January 16, 2009 Categorized under: Report Reunion Fototeacher - No Comment

REPORT – REUNION FOTOTEACHER

rf00011

rf00021

rf0003

rf0004

rf0005

rf0006

rf0007

rf0008

rf0009

rf0010

rf0011

rf0013

rf0014

rf0015

rf0016

rf0017

rf00182

rf0019

Untuk download group photo dalam saiz besar, sila ke – http://www.fototeacher.com/RFGroupPhotoLarge.jpg

Program Reunion Fototeacher ini telah diadakan pada 14 Januari 2009 di Shah’s Village Hotel, Petaling Jaya. Program sehari ini diadakan khas untuk bekas peserta program fototeacher.com sebagai menghargai sokongan yang telah diberikan. Program santai ini, dipenuhi dengan berbagai aktiviti menarik seperti merakam gambar model, sesi praktikal merakam gambar interior, sesi kritik, sesi panduan ringkas,  perkongsian ilmu dan sesi networking.

Seramai 30 0rang peserta telah hadir ke program ini. Kesemua mereka telah dibimbing oleh 5 orang jurulatih iaitu Hasnuddin, Kaharuddin, Jaggat, Affandi dan Amin. 3 orang model profesional turut bekerjasama menjayakan sesi praktikal merakam gambar potret.

Program Reunion Fototeacher ini akan dijadikan acara tahunan sebagai satu langkah mengumpulkan semula bekas pelajar di fototeacher dan sebagai salah satu usaha fototeacher kearah memberikan bimbingan berterusan ke arah kejayaan bekas peserta yang pernah megikuti program anjuran fototeacher. Insyaallah, program ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan.
TESTIMONI DARI PESERTA PROGRAM REUNION FOTOTEACHER:

“Saya amat berpuas hati dengan program Reunion Fototeacher ini. Semoga pada masa akan dating dapat diadakan program ini di luar Kuala Lumpur (Outstation) Penceramah-penceramah yang berpengalaman luas dalam bidang fotografi tidak kedekut dalam berkongsi ilmu & pengalaman. Keep it up fototeacher!!!”
- Nor Hafizah Harun

“Tak rugi sertai program ini. Banyak perkara yang saya pelajari dari penceramah yang cukup hebat. Pendek kata, saya cukup berpuas hati kerana disamping mempelajari beberapa teknik fotografi, saya juga dapat menemui semula rakan-rakan kursus fototeacher yang lain. Program ini sangat bagus dan rugilah pada sesiapa yang tidak menyertainya.”
- Rashidah Ahmad

“Saya sangat berpuas hati dengan program yang dijalankan kerana ia telah memberi pengalaman yang berharga untuk saya. Diharapkan aktiviti seperti ini akan sentiasa diadakan pada masa akan datang.”
- Nor Hisham B. Mohammad

“Harap diteruskan lagi program seperti ini. Sangat bermanfaat untuk peserta dan menambahkan lagi pengetahuan dengan menguatkan lagi silaturrahim antara penceramah dan bekas peserta program-program fototeacher.”
- Firdaus B. Muhaiyiddin

“Program yang sangat bagus! Penceramah dan fasilitator yang ramai dapat memberi pengajaran yang sangat baik! Penceramah best + model best = fototeacher.com.”
- Ezuan B. Ibrahim

“Program ini sangat berguna kepada semua peserta terutamanya saya kerana ia banyak mendedahkan banyak teknik-teknik dari professional photographer seperti teknik foto landskap, portrait & model portrait, juga mengajar saya cara berinteraksi dengan model. Alhamdulillah, saya akan menggunakan sepenuhnya ilmu yang telah diajar. Selamat maju jaya kepada fototeacher.com!”
- Mahyuddin Johari

“Reunion ini sangat memberi kesan baik yang boleh mengembangkan lagi pengetahuan peserta dalam bidang fotografi terutama bagi peserta yang telah menyertai program AFD sebelum ini.”
- Mohd. Azalan Iberahim

“Hebat! Walaupun sehari, amat mengujakan! Lebih-lebih lagi dapat bertukar-tukar dan berkongsi ilmu dengan photographer yang hebat hasil didikan fototeacher.com. Thanks fototeacher!”
- Wan Mohd. Nazif Wan Mahmud

“Banyak yang telah dipelajari dari program reunion ini. Amat kerugian jika tidak mengikuti program ini. Hari ini saya dapat berjumpa dan belajar dari ramai photographer & tenaga pengajar yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang dahsyat! TQ fototeacher!”

- Mohd. Norarfian B. Mohd. Nordin

“Terlalu banyak yang dipelajari dalam masa yang singkat. Program reunion ini boleh dikatakan sebagai kursus lanjutan daripada apa yang dipelajari sebelum ini. Program ini amat hebat!”
- Azmizan  Mohd. Ghazali

“Sesi kritikan telah membuka minda saya dalam ‘membuat’ gambar.”
- Mat Rusdi Yusof

“Dapat berjumpa dengan ‘hardcore’ dalam bidang photography.”
Mohd. Rizal B. Abd. Razak

“Program yang padat dengan pengisian. Pengalaman yang ditimba dari jurugambar profesional amat bernilai!”
- Jasripin B. Patoni

“Sangat berbaloi dengan wang yang dikeluarkan. Team fototeacher telah menjadikan peserta ahli seperti ahli keluarga.”
- Mohd Jasni B. Mat Nayan

“Program “sensasi” yang sangat baik! Gembira dapat bertemu dangan rakan-rakan lain.”
- Zahiruddin B. Suprabto

“Details explaination was very good. Makanan sedap. Harga murah. Overall best!!!”

- Kamal Redzuan Rasyid

“Saya teramat berpuas hati dan berterima kasih pada fototeacher kerana sudi mengadakan reunion ini. Walaupun dah pernah datang program sebelum ini, tapi kali ini saya rasa banyak lagi yang dapat saya improve, lebih-lebih lagi cara shoot interior yang dibantu oleh En. Kahar.”
- Mohd. Hafidz Fadillah

“Thanks fototeacher!”

- Zanariah Odin.

Untuk melihat banyak lagi komen dan gambar-gambar semasa Reunion Fototeacher ini, sila ke – http://www.facebook.com/group.php?gid=41335238146

No Responses to “REPORT – REUNION FOTOTEACHER”

  1. zahir says:

    salam…alhamdulilah pgm ini berjalan lancar,tahniah & ribuan teima kasih kpd team fototeacher terutama cik din krn menganjurkan pgm spt ini.
    rasa terharu apabila dpt bertemu rakan2 satu kursus yg lepas & dpt berkenalan dgn rakan2 yg lain.
    aktiviti merakam gambar landskap & potrait serta komen terus dr cik din & fasilitator lain juga secara x langsung dpt meningkatkan skill pfotografi peserta.

  2. Rokokdauns says:

    Semuanya dah ok .. cuma satu je kekurangan .. Aku.. aku sepatutnya nak join tapi awal2 lagi tak boleh .. jadi Aku terlepas Ilmu .. argghhh ..
    Mohon fototeachers buat repeat reunion nih ..

  3. wan says:

    ehh. ktmane.. xtau pon

  4. Didie says:

    Aku minat nak belajar amik2 gambar cam nie. Erm, aku suker gambar Hafidz yang kat pool tu.

    I found this blog by googling.

  5. yon says:

    program yg menarik dan memuaskan hati…..penuh dgn ilmu….rugi jika terlepas peluang mengikuti program spt ni…harap diadakan setiap tahun…atau 6 bulan sekali ke…..

  6. areteam says:

    wow~! mmg happening beb reunion nieh :D

Leave a Reply