Report – Program JPP

Seminar anjuran FOTOTEACHER.COM disampaikan oleh Min dari Pretty Peektures.

Min Dari Pretty Peektures

BONUS! Penceramah Jemputan – Bustamam Mokhtar dari White Studio.

Sesi soal jawab

Jualan T-shirt jenama FOTOTEACHER.COM

T-shirt FOTOTEACHER.COM sedang laris dijual!

Jualan album oleh IMPRESSIVE ALBUMS. Sister company FOTOTEACHER.COM. Untuk membeli album album ini, sila ke – http://impressivealbums.com/

Suasana ketika minum pagi tajaan Majlis Tindakan Pelancongan Putrajaya

Hasnuddin, Pengarah Program FOTOTEACHER.COM (Berjaket biru), Affandi, selaku pengacara majlis (Kiri sekali) bersama rakan-rakan yang hadir ke program JPP.

Pass peserta program JPP dan Baucer Tunai RM100 oleh FOTOTEACHER.COM
Rakaman Gambar oleh Nasir Roli
Seminar Fotografi – Panduan Jurugambar Perkahwinan Profesional (JPP) telah diadakan pada 28 Mac lepas di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Seminar ini telah disampaikan oleh Min dari Pretty Peektures. Min juga merupakan pengasas kumpulan jurugambar perkahwinan profesional CLICK COUTURE.
Pada hujung seminar, kami telah menampilkan seorang jurugambar fesyen tersohor tanahair iaitu Bustamam Mokhtar untuk berkongsi sedikit tips dalam fotografi. Bustamam Mokhtar turut akan tampil dalam program FOTOINSPIRASI pada 11 April 2009 ini di Hotel Cititel Mid Valley.
Program JPP ini telah diadakan sempena Pesta Perkahwinan Putrajaya 2009 yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan Pelancongan Putrajaya dengan kerjasama FOTOTEACHER.COM
Seramai 250 orang peserta telah hadir ke program JPP ini. Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan anda semua! Kami harap, anda mendapat sedikit sebanyak informasi berguna di dalam seminar ini.
Gambar kumpulan peserta (Group Photo) akan disiarkan di dalam blog ini tidak lama lagi. Anda boleh muat turun gambar ini nanti dalam saiz besar. Nantikan kemunculannya!
Oleh: Hasnuddin Abu Samah
FOTOTEACHER.COM
SERTAI KAMI DI FACEBOOK!
Sertailah GROUP PHOTOTEACHER di Facebook untuk mendapat beberapa keistimewaan dari FOTOTEACHER.COM. Sila klik di sini.


En Din.. Gambar ke empat tu ada muka saya.. i need your permission utk save kan gambar tu utk letakkan ke facebook saya.. terima kasih
saudara din… nanti update pulak bengkel asas perkahwinan ya.. yg pic ramai2 tu pon kene upload jgak.. x sabar nk tgk!!! nk tunjuk kat kawan2…. ;=)
Nuppy, kalau nak gambar tu, boleh ambik
izaimi, saya akan upload gambar APP tidak lama lagi
hooo…x sabo nunggu gambo group…hehe..
pe pon..syabas kpd fototeacher atas anjuran program ini…
tq encik adan… =)
yang penting nasik goreng sedap… ukukuku…. syabas fototeacher, seminar yg amat berinformasi. harap2 akan ada byk lagi seminar joinbencer yg canni tuk pembajet rendah cam sy nih. abg din sy xsempat join yg ari ahad punye la arituh… cepat sangat abis ‘tiket’ nye
wahhh..apa ni apa ni… bestnyee :p
abg din… mane group photo nih