May 6, 2008 Categorized under: Report BPF - No Comment

REPORT – Bengkel Portable Flash

Alhamdulillah, Begkel Portable Flash yang pertama telah selesai. Seramai 10 orang peserta telah menghadiri bengkel intensif selama 2 hari ini. Turut hadir adalah 2 orang peserta dari Brunei dan seorang lagi peserta jauh yang datang dari Tawau. Kepada lain-lain peserta yang datang dari seluruh Semenanjung Malaysia juga saya ucapkan ribuan terima kasih. Seronok rasanya dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama peserta yang sungguh bersemangat.

din_4780.JPG
Iqa, model yang telah bekerjasama untuk sesi pencahayaan potret

din_4786.JPG
Ni pulak Nina, sorang lagi model untuk sesi off camera technique

din_4819.JPG
Saudara Jaggat selaku Jurulatih Bersama, banyak membantu saya sepanjang sesi rakaman bersama model. Seorang lagi Jurulatih saudara Amin, tiada dalam gambar (Sorry Amin, takde gambar la…)

din_4856.JPG
Salah satu dari sesi latihan praktikal tentang cara mengimbangkan cahaya flash dengan cahaya semulajadi

din_4832.jpg
Gambar para peserta bersama model dan jurulatih untuk Bengkel Portable Flash 12-13 April 2008. Untuk muat turun gambar di atas dalam saiz besar, sila klik – http://fototeacher.com/BPFgroupphotolarge12&13April08.JPG

Bengkel Portable Flash seterusnya akan diadakan pada bulan Jun 2008. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://fototeacher.com/FlashPhotography.html

Hasnuddin

No Responses to “REPORT – Bengkel Portable Flash”

  1. zahir says:

    salam cikgu din & rakan2 lain,
    alhamdulillah dpt sy mengikuti kursus ini selama 2 hari.
    bnyk teknik2 penggunaan flash telah dikongsikan oleh cik din.
    sy enjoy dlm kelas ini & mencabar terutama sewaktu sesi praktikal dgn produk & model.
    selain dpt kenal dgn peserta kursus dpt juga kenal dgn photog yg berpengalaman spt sdr. jaggat,melat
    & amin dan juga model2 yg comel2.
    tima kasih cik din semoga kita jumpa di kursus yg lain.
    wassalam

  2. zamdee says:

    satu usaha yang sangat dipuji.. teruskan membantu pada yang perlu :-)

  3. Bro nak tanya sket, camner nak ikut kursus ni, boleh bagi kontak no.

  4. hasnuddin says:

    Untuk pertanyaan, sila hubungi Encik Zaly di 03-91017155

Leave a Reply