Report – Kursus Asas Videografi Digital (20-21 Disember 2008)
Kursus Asas Videografi Digital anjuran fototeacher ini telah diadakan pada 20-21 Disember 2008. Encik Shahirman Sahalan telah menjadi jurulatih utama untuk kursus ini. Kursus ini turut dihadiri oleh peserta dari Indonesia dan Singapura. Saya ucapkan terima kasih kepada kesemua peserta dan krew yang terlibat menjayakan program ini.
Antara testimoni dari para peserta:
"Penceramah yang berpengalaman telah memberi tunjuk ajar yang berguna dan berkesan di dalam bidang ini"
- Mohamad Amran bin Othman
"Setelah mengikuti program ini, saya baru faham bagaimana hendak membuat sebuah video dengan running order yang terancang. Saya dapat belajar teknik rakaman video secara profesional"
- Maswardi
"Sungguh berpuas hati dengan kursus ini walaupun saya terpaksa datang dari jauh. Terima kasih kepada fototeacher kerana menganjurkan program ini"
- Md. Noor B. Haji Shahri
Kursus Asas Videografi ini akan diadakan semula tidak lama lagi. Jika anda berminat untuk menyertainya, sila buat pra pendaftaran di - http://fototeacher.com/videography.htm
- Hasnuddin



Impressive! Baru pertama kali ke sini setelah diberitahu oleh Aminorazmi. Usaha yg sungguh baik sekali! Syabas kepada semua yg menjayakan program2 ini.