REPORT – Kursus Asas Fotografi Digital (8-9 November 2008)
Kursus pada kali ini paling padat. Patutnya peserta dihadkan kepada 15 orang atau maksimum 20 orang sahaja. Tapi, tak sampai hati pulak nak tolak permintaan orang-orang lain yang terlalu ingin nak ikut kursus ni. Akhirnya, kami benarkan juga 23 orang untuk ikut kursus pada kali ini. Disebabkan penambahan peserta, saya tambah juga seorang lagi jurulatih (Encik Affandi) dan tambah lagi seorang pembantu jurulatih (Encik Firdaus) selain dari saya sendiri sebagai jurulatih utama. Ini dilakukan demi memastikan setiap peserta mendapat perhatian yang sebaiknya dari tenaga pengajar. Kepada 7 orang peserta lain yang terpaksa kami tolak penyertaan mereka, harap, anda dapat bersabar untuk mengikuti kursus AFD seterusnya. Untuk kursus AFD seterusnya, kami terpaksa tegas, cuma 20 orang peserta sahaja untuk satu kursus.
Seperti biasa, kami mendapat berbagai maklum balas mengenai kursus ini. Terima kasih di atas pandangan ikhlas dan bernas dari anda semua. Berikut ini adalah beberapa testimoni dari para peserta kursus:
“Walaupun saya pernah mengikuti kursus fotografi di salah sebuah kolej swasta selama satu semester, namun input yang saya dapat dari kursus di fototeacher selama 2 hari ini lebih berbaloi! Insyaallah saya akan hadir lagi pada program fototeacher yang lain”
Nor Diana Md. Noor
“Kursus ini adalah kursus yang amat tepat dengan tajuknya ‘Kursus Asas Fotografi Digital’, berbanding kursus yang saya pernah hadir sebelum ini”
- Mohd. Roslan Ramli
“Kesediaan penceramah menerangkan sesuatu subjek berulang kali dan menjawab semua soalan supaya peserta kursus lebih memahami tentang satu-satu subjek banyak membantu dan baik sekali”
- Monaliza Mohd. Nor
“Alhamdulillah, kursus ini amat berguna kepada saya sebagai orang baru dalam bidang fotografi. Saya bermula dengan zero knowledge, tetapi setelah menyertai kursus ini, saya semakin memahami asas-asas fotografi digital dan berasa amat berbaloi menyertainya. Terima kasih saya ucapkan kepada team fototeacher.com!”
- Mohd. Azli B. Che Ni
“Thanks to brader Din. Asas Fotografi saya makin jelas!”
- Khairul Hafin Bin Noordin
“Memberikan lebih keyakinan kepada diri saya untuk mengendalikan kamera DSLR. Dengan menghadiri kursus ini, banyak perkara yang dapat dipelajari dan dapat mengenali kamera dengan lebih mendalam”
- Azmi B. Ahmad
“Terima kasih kepada fototeacher kerana memberi kefahaman kepada saya yang selama ini hanya mendapat info melalui buku-buku dan forum dalam internet sahaja”
- Hanif Ismail
“I think, I’m cleverer than my camera now!”
- Dr. Norasyikin Mustafa
“Penceramah tidak lokek ilmu. Segala pertanyaan peserta akan dijawab sebaik mungkin hingga benar-benar faham. Saya amat berpuas hati dengan kursus ini. Banyak tips fotografi yang saya dapat. Saya lebih berkeyakinan untuk rakam gambar secara manual selepas ini. Terima kasih kepada Encik Hasnuddin, Encik Affandi dan krew-krew fototeacher!”
- Rasidah Ahmad
“Walaupun sudak memiliki kamera DLSR sejak 5 tahun lalu, saya hanya guna auto function. Kursus ini telah memberikan saya kefahaman dari A-Z mengenai DSLR. Kini saya lebih berkeyakinan untuk guna kawalan manual. Terima kasih fototeacher.”
- Nor Azlinda Mahmood
“Sangat bagus, sesuai dengan peserta yang masih baru dalam bidang ini seperti saya untuk menyertai kursus ini. Saya mendapat pelbagai info dan tips-tips dari penceramah.”
- Mohd. Firdaus B. Mohd. Muhaiyiddin
Berikut ialah gambar-gambar ketika kursus AFD pada kali ini:

Encik Affandi sebagai Jurulatih Jemputan untuk kursus kali ini.

Ini Encik fototeacher@Encik Adan. Nama sebenar – Hasnuddin

Peserta kursus dengan ‘gaya bebas’. Untuk muat turun gambar di atas di dalam saiz besar, sila ke – http://www.fototeacher.com/afd8-9Nov08largesize.jpg
- Hasnuddin
p/s- Untuk mengikuti Kursus Asas Fotografi Digital (AFD) seterusnya, sila langgan newsletter percuma dari kami. Anda akan dimaklumkan secara otomatik melalui e-mel sebaik sahaja tarikh baru diumumkan. Sila langgan newsletter kami di sini – http://www.fototeacher.com/subscribe.htm Untuk pertanyaan, sila hubungi Encik Zaly di 03-91017144/03-91017155 atau e-mel fototeacher@gmail.com



Salam. hai team Fototeacher. Saya salah seorang daripada peserta di atas dan terlupa submit borang komen masa hari akhir tu
.
Komen dari saya.
Paling saya suka dalam KAFD, “Sekarang saya tahu menggunakan exposure yang betul. Thumbs up untuk team Fototeacher. and thanks”.
Setelah mengikuti kursus pertama pada november 2007, ambil masa 4 bulan cari kamera terbaik untuk diri saya(hasil racunan Cik Din jugak) beli kamera D80. Setelah belek-belek buku manual,video,survey gambar kat internet dan buku masih tak puas lagi macam ada benda tertinggal.
Macam kata En.Mohd. Roslan Ramli
“Kursus ini adalah kursus yang amat tepat dengan tajuknya ‘Kursus Asas Fotografi Digital’ “.
Saya sokong 100%
Ape-ape hal kalau ada bekas peserta rasa tak cukup lagi masuk jek kelas nih balik “RM50″ jek.. Tak rugi ooo…. tutor pun 2.
tapi make sure “khatam” baca manual nanti 2nd class mesti bertambah seronok.
Salam Cikgu2
Kalau ada lagi KURSUS ASAS ni lagi jangan lupa emaiil kat saya erk
Saya tunggu!!!!!!
salam…
syabas & tahniah kpd peserta kursus AFD tentu bnyk yg dipelajari ttg
asas fotograf dlm kursus tersebut
Lepas ni ade bnyk lg kursus/bengkel yg akan kami anjurkan. Selalu2 la tgk kat web fototeacher yeah. Nway thanks to all of u guys. Korang mmg best la!
-ally,team fototeacher.com-
Jom join bengkel pd Dis ini !!!
- Bengkel Photoshop
- Asas Vudeografi
-ally,team fototeacher.com-
Assalamualaikum En Din, saya salah seorang peserta kursus. Saya nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada En Diin dan semua krew fototeacher. Tanpa anda siapalah saya yang tidak tahu mengenali apa itu kamera dengan lebih dekat. Terima kasih sekali lagi
Terima kasih cik Din , tunjuk ajar yang jelas berserta kelengkapan pembelajaran yang sistematik
membuatkan saya berpuas hati hadir untuk kursus AFD ini . Walaupun dah 4 tahun memiliki DSLR bermula dari D70 tapi kalau saya tak hadir ke tempat anda mungkin masih dalam kesesatan . Kata Orang belajar tanpa guru maka sesat lah jadi nya . Rasanya tak sabar untuk hadir bengkel photoshop dan portable Flash pulak. Tahniah sekali lagi semuga Allah akan menambah Ilmu untuk anda dan memberkati usaha murni ini !!
Cik Ally
kalau tak ada asas lagi Pgotography ni boleh ke masuk kelas Photoshop tu?
Kalau boleh nak gak register nih:-)
Tahniah kpd peserta yg telah menghabiskan krusus AFD ni….
Tgh tunggu Cik Hasnuddin buat Bengkel Fotografi Kreatif…heee…
wahhh..dah kuar muke kite..hehe..
trima kasih pd en.din n sume krew..bes betoi bengel ni..
sampai skarang saya dah boleh mengendalikan senapang D80 saya ni ngan baik..
alhamdulillah…bila tu nk buat bengkel fotografi kreatif..bagitau eh..
a’kum kpd warga foto teacher…nk ngadu ni..foto AFD Nov2008 dh publish….saya dr sessison AFD Aug2008 iaitu dgn Cikgu Kaha…gambar ngan kengkawan n Trainer takde kuar ler…tak ACI ler camni…heheh…bukan ape cuma nk download gambar freestyle dgn collegue semua…harap ada response yerr…
Dean, gambar group kamu tu dah publish le… cuba scroll down sikit. Tak pun, klik kat sini – http://fototeacher.com/blog/?p=374 Betul kan?
Yeah, looking forward to go to other kursus by fototeacher. But to ex-students bagi la diskaun lebih sikit. 50% ker… heheh