LAPORAN – KURSUS AFD KHAS UNTUK LPB, BINTULU

Bergambar bersama peserta kursus. Untuk muat turun gambar di atas dalam saiz besar, sila klik – http://www.fototeacher.com/lpb.JPG

Para peserta sedang tekun mengikuti kursus

Saya sedang menunjukkan teknik menggunakan point and shoot camera
Menikmati keindahan Gua Niah

Puan Azida, pembantu penceramah (paling kanan) bersama Puan Rajuna, LPB (Dua dari kanan) dan Puan Azah, LPB (tiga dari kanan) ketika lawatan ke Gua Niah.

Saya setelah tiba di KLIA – rasa lega setelah selesai menjalankan tanggungjawab di Bintulu.
Pada 8-9 Januari lalu, fototeacher.com telah mengadakan kursus Asas Fotografi Digital (AFD) khas untuk staf-staf Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB). Turut serta adalah staf-staf dari Bintulu Development Authority, Bintulu Port Sdn. Bhd dan Petronas. Kesemua peserta kursus seramai 26 orang. Kursus diadakan di bilik latihan LPB di Bintulu,
- Encik Nordin kerana memjemput dan menghantar kami setiap hari
- Encik Awang yang telah membawa kami ke Gua Niah dan Miri. Terima kasih juga sebab tolong membawa beg kamera saya yang berat tu semasa pulang trekking dari Gua Niah
- Encik Zul yang telah menyediakan peralatan AV dan kemudahan bilik latihan
Terima kasih kepada semua – Kapten Zakhir, Encik Henry, Ir Zawawi, Cik Tini, Puan Hida, Puan Rajuna dan lain-lain di atas jasabaik anda semua. Budi anda semua tidak akan saya lupakan.
Saya harap anda mendapat manfaat dari kursus yang dihadiri dan saya berharap kita dapat berjumpa lagi.
Hasnuddin.


a’kum,
terima kasih en din kerana sudi meluangkan masa utk mengajar kami di bintulu,sarawak nie..memang susah nak dapatkan peluang begini di sarawak..saya memang minat dalam bidang fotografi & videografi..byk yg saya pelajari dalam 2 hari..tidak terlintas dii fikiran saya seorang yang profesional mengajar saya tentang asas @ kemahiran menggunakan kamera..barulah sekarang saya menghargai setiap gambar yang saya “SNAP”
..