Kursus Pengenalan Fotografi NAHRIM
Kursus Pengenalan Fotografi NAHRIM
Pada 3-5 Februari baru-baru ini, fototeacher telah mengadakan Kursus Pengenalan Fotografi untuk staf NAHRIM (National Hydraulic Research Institute of Malaysia). Kursus yang diadakan di Hotel Seri Malaysia Port Dickson ini telah disertai oleh 24 orang peserta terdiri dari pelbagai jawatan termasuk beberapa orang pengarah jabatan.
4 orang krew fototeacher, Hasnuddin (Jurulatih utama), Aminor Azmi (Pembantu jurulatih), Affandi (Pembantu jurulatih) dan Zaly (koordinator) telah mewakili fototeacher dalam menjayakan kursus ini.
Kursus yang berteraskan latihan praktikal ini telah diisi dengan berbagai aktiviti menarik, antaranya; sesi praktikal teknik fotografi, sesi praktikal merakam gambar alam benda, sesi praktikal merakam gambar potret, beberapa demonstrasi teknik fotografi, sesi kritik dan sesi soal jawab.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta di atas kerjasama yang telah diberikan. Semoga kita dapat berjumpa lagi di masa akan datang!




















Untuk muat turun gambar di atas dalam saiz besar, sila ke – http://www.fototeacher.com/NahrimGroupPhotoPDLarge.jpg (Sila right click dan save image as)



byk ilmu pengetahuan ttg fotografi bila join kursus mcm nieh.. aku je yg tak pernah lg join mana2 kursus hahaha
haiii saya nk tnya ada tak kursus asas photography untuk tahun 2010?
Untuk melihat kursus fotografi tahun 2010, sila ke – http://www.fototeacher.com