KURSUS ASAS FOTOGRAFI DIGITAL – sesi kali ini telah selesai…
Alhamdulillah, saya baru saja selesai menjalankan tanggungjawab saya sebagai jurulatih untuk Kursus Asas Fotografi Digital pada hari Ahad lepas. Dari feedback oleh para peserta, rata2 berpuas hati dengan kualiti kursus yang diberikan. Tapi, sudah tentu ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki lagi dan saya berjanji akan memperbaiki kekurangan yang ada.
Saya nak ucapkan tahniah kepada semua peserta yang sanggup melaburkan masa dan wang ringgit untuk menghadiri kursus ini. Terima kasih kerana memberikan kepercayaan dan sokongan kepada saya untuk berkongsi ilmu dengan anda semua.
Saya juga rasa terharu kerana ada yang sanggup datang dari jauh seperti dari Ipoh, Penang, Batu Pahat dan Johor Baharu semata-mata untuk belajar dari saya. Saya tabik kepada semangat anda! Saya juga ingin memberi tabik hormat saya kepada beberapa peserta yang lebih berusia dari saya yang turut hadir untuk belajar…
Seronok dapat berkenalan dengan anda semua dan diharap kita dapat berjumpa lagi!
Hasnuddin Abu Samah
www.fototeacher.com
Untuk mengikuti kursus yang akan datang, sila klik di sini

Bergambar dengan kesemua peserta Kursus
Untuk melihat gambar besar atau muat turun gambar di atas, sila klik di sini
Kepada peserta dalam gambar di atas, sila bagitau nama anda dan di mana posisi anda dalam gambar di atas dan sertakan sekali URL online portfolio anda. Sila tulis dalam komen di bawah ya…



gambar group tu kat mana nak ambik ?
nak print…nak tunjuk kat isteri….bukti
ada p AFD…tak le dia kata p melencong tempat lain…!
Zul, betul jugak tu, kena ada bukti baru isteri senang hati. Lain kali senanglah nak datang ke fototeacher lagi… Untuk muat turun gambar group photo tu, sila klik http://www.fototeacher.com/AFD14AprilLarge.jpg
Terima kasih.
Hasnuddin
Assalamualaikum
Terima kasih din…..gambaq tu dah save dan cuci
Isteri dah tengok…..kompom aku tak p kelab Dangdut…
bila plak nak adakan kursus asas ni…yg ni dah terlepas…harap2 buat plak ler yer..!
Assalamualaikum… Alhamdulillah….
Dapat gak gambar nie… terima kasih cikgu din….
ops sebelum terlupa… kedudukan kawan, berdiri no. 3 dari kiri…
Mohar, kursus asas ni akan diadakan lagi pada 9 & 10 Jun. Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.fototeacher.com/basicphotography.htm
Terima kasih.
zulkamal othman
berdiri
4 dari kiri
Assalamualaikum…
Tahniah bro Din! Dh ada blog. Best ni, mcm2 boleh share ni…
Course AFD aritu mmg best. Kepada sesiapa yg minat nk belajar photography saya rekomen ambil AFD anjuran fotoTeacher ni. Beginer mcm saya mmg dpt byk input! InsyaAllah ada course yg lain saya akan join lagi….
Thanks bro untuk segala input yg diberi dalam AFD. Dlm picture tu saya yang duk sblh kanan abg Din.
assalamualaiikom semua!
betul la ijam, mmg best bile dah ade blog nie. leh la selalu ‘keep in touch’ ngn member2 n bro din.
kursus2 mcm nie mmg perlu diperbanyak dan diperluaskan lagi. hebah2kan la pada member2 lain yg berminat nk jadi photographer. thats good for beginner photographer.
nway, congratulation to bro din!
* dalam gambar kat atas tu, sy pakaii cap & duduk depan bro din
-ally-
risktaker5711@yahoo.com