June 18, 2008 Categorized under: Relaks - No Comment

Jurugambar Berani Mati

Gambar-gambar suspens ini dipanjangkan kepada saya oleh Baidura Iskandar (Terima kasih) Saya harap gambar ni gambar asli, bukan gambar helah. Menurut keterangan yang diberikan, gambar ini dirakam oleh Hans Van De Vorst dari Netherlands.

011.jpg

02.jpg

03.jpg

04.jpg

Menurut Hans Van De Vorst, Jurugambar di dalam gambar ini sedang merakam gambar matahari terbenam di Grand Canyon. Setelah selesai merakam gambar, dia pun dengan selamba, membuat lompatan maut di atas jurang yang sangat tinggi itu. Yang menariknya, jurugambar ini cuma memakai sandal dan membuat lompatan sambil memegang kamera, tripod dan sebuah beg plastik. Kedalaman jurang tersebut adalah kira-kira 3,000 kaki!

Ini memang betul-betul punya hardcore photographer. Ini baru namanya hidup dan mati dalam fotografi :-)

Terima kasih Baidura Iskandar yang sudi berkongsi cerita dan gambar ini dengan kita semua. Jika anda ada bahan menarik yang hendak dikongsi di sini, sila hantarkan e-mel kepada fototeacher@gmail.com

Hasnuddin

No Responses to “Jurugambar Berani Mati”

  1. hanif says:

    rasa dia hari2 pn lompat dkt situ..tak pun tak perasan tempat tu tinggi..haha

  2. zahir says:

    sape-sape ada berani ikut mcm mamat ni!…peh

  3. alchemist says:

    Gambar nie memang ori, tapi tak habis di situ gambar tu, ada sambungannya lagi, kalau you pun ada kat sana, you pun boleh lompat, anglenya yang buat dia nampak macam menngerunkan, hakikatnya tidak, budak darjah satu pun boleh buat camtu, hari tu dalam forum lain saya ada bagi link, keadaan sebenar tempat tu, you google dan search la, baru tau yang budak darjah satu pun boleh buat. Itulah dia kekuatan “angle”…

  4. hasnuddin says:

    Terima kasih alchemist. Saya dah search di inernet dah dapat cerita sebenar. Saya akan tulis mengenainya di blog ini tidak lama lagi.

  5. donbatara says:

    betui cakap mr zawari tu, setelah dikaji dan dicari dalam sambungan, mmg benar ‘angle’ memainkan peranan sangat tinggi.

Leave a Reply