Hakikat Jurugambar Berani Mati
Pada entry yang lepas, saya ada menyiarkan gambar seorang jurugambar yang membuat ‘lompatan maut’ di atas jurang di Grand Canyon. Gambar tu agak meragukan keasliannya. Gambar yang saya maksudkan ialah gambar di bawah:

Seorang pengunjung blog ini – Alchemist memberitahu saya, bahawa ada kisah disebalik gambar ini. So, saya pun carilah di internet maklumat yang berkaitan. Saya dapati, gambar ni bukanlah gambar tipu, tapi separuh benar
Sebenarnya, 2 batu besar tu bersambung di bawahnya. Kalau jurugambar yang melompat tu terjatuh, dia taklah jatuh tinggi sangat. Sekurang-kurangnya dia masih boleh hidup. Untuk lebih faham, bagaimana sebenarnya rupa batu tu, lihat gambar di bawah ini yang dirakam dari sudut lain:

Ada pulak seorang photographer lain, yang rakam gambar di tempat yang sama dan suruh seorang budak lompat kat situ:

Jadi, dari segi fotografi, gambar ni telah menunjukkan aksi yang mendebarkan hanya menggunakan teknik komposisi gambar. Menurut jurugambar yang merakam gambar yang kontroversi ini, beliau tidak berniat untuk menipu kerana beliau tidak perasan yang batu itu bercantum di bawahnya. Beliau juga bukan orang yang bertanggungjawab menyebarkan gambar tersebut di internet.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web:
http://truthorfiction.com/rumors/g/gcdaredevil.htm
http://www.hoax-slayer.com/grand-canyon-leap.shtml
http://www.flickr.com/photos/hansvandevorst/216200392/in/set-72157594222213140/
Hasnuddin

