February 21, 2008 Categorized under: Photo Improvement - No Comment

ONLINE PHOTO IMPROVEMENT

Ini dia entry pertama untuk segmen ONLINE PHOTO IMPROVEMENT!
Sila teruskan membaca…

freakdiver.jpg
Gambar oleh: Hafiz Ismail
http://www.hafizsmail.net
http://www.flickr.com/photos/freakdiver

KOMEN JURUGAMBAR:
“Gambar ini diambil waktu pre wedding outdoor portraiture tempoh hari. Gambar telah dimanipulasi dalam photoshop dgn gaussian blur, sharpening, color boost and vignetting. Exif gambar – f4.5, 12mm, ISO 200, 1/400s , Manual, WB Cloudy, No Flash. Setelah 10 kali ulang alik, gambar ini antara yg terbagus.”

KOMEN SAYA:
Hafiz atau freakdiver ni sebenarnya pada pendapat saya, adalah seorang jurugambar yang dah otai la jugak. Patutnya saya tak boleh siarkan gambar dia kat segmen photo improvement ni sebab dia ni dah ‘over qualified’ :-) Tapi, sebagai ‘pembukaan’ segmen baru ni, saya siarkanlah jugak. Secara keseluruhannya, gambar ni adalah gambar yang baik. Sebabnya:

  1. Rakaman gambar secara ‘slanting’ menjadikan gambar lebih kelihatan informal. Sesuai dengan mood subjek yang ceria.
  2. Subjek utama (pasangan pengantin), walaupun berada di sekelilingi orang ramai, masih berjaya ‘ditonjolkan’ atau outstanding dalam gambar. Ini berjaya dihasilkan kerana subjek yang memakai baju merah dirakam disamping orang lain yang berpakaian dengan warna monotone (hitam, kelabu dan putih). Cuba bayangkan kalau orang yang lalu lalang tu pakai baju warna striking jugak seperti warna kuning, oren dan sebagainya. Tentu sekali subjek utama akan tenggelam dalam gambar.
  3. Kesan vignetting yang digunakan (bucu dan keliling gambar digelapkan) telah berjaya menaikkan lagi subjek utama.
  4. Ekspresi subjek juga dapat dirakam dengan baik. Subjek nampak rileks dan benar-benar happy!
  5. Lagi satu yang saya suka pasal gambar ni, jurugambar berjaya jadi invisible man. Orang-orang dalam gambar ni macam buat tak tau aje, macam jurugambar tak wujud kat situ. So, gambar ni nampak natural.

Pada pendapat saya, gambar ni dah cukup baik. Tak tahu dah apa yang boleh diimporove :-)
Syabas kepada jurugambar – Hafiz Ismail. Kalau ada sesiapa nak tambah komen, sila tulis di ruang komen di bawah.

Kalau anda ingin gambar anda disiarkan dan diberi komen di sini, sila ke – http://fototeacher.com/blog/?page_id=131

P.S. – Jangan lupa, ikuti Bengkel Portable Flash oleh fototeacher.com. Harga pengenalan istimewa untuk anda! Untuk maklumat lanjut, sila lawati – http://fototeacher.com/FlashPhotography.html

Hasnuddin.

Blog fototeacher.com disenaraikan dalam:

BlogMalaysia.com

Leave a Reply