ONLINE PHOTO IMPROVEMENT
MAKLUMAT GAMBAR:
Camera Model Name : Canon EOS 400D DIGITAL
Tv(Shutter Speed) : 1/200Sec.
Av(Aperture Value) : F5.6
Metering Modes : Evaluative metering
ISO Speed : 200
Lens : 18-55mm
Focal Length : 53.0m
Flash: Off
KOMEN JURUGAMBAR:
Gambar ini telah diambil sewaktu saya menghadiri Kursus Fotografi baru-baru ini. Diharap saudara dapat memberi komen untuk saya membaiki kelemahan-kelemahan yang dilakukan oleh saya.
KOMEN SAYA:
Yang menarik mengenai gambar ini ialah warna hijau baju subjek anda yang nampak mesra dengan warna kehijauan pada latar belakang. Tapi, sayang sekali, warna keseluruhan nampak flat disebabkan sedikit over exposed. Pencahayaan pada muka pengantin perempuan kurang baik kerana bahagian dahi nampak agak gelap manakala bahagian pipi pula agak cerah. Ekspresi wajah subjek juga kurang baik terutamanya pada wajah pengantin perempuan – nak kata senyum macam tak senyum. Dalam rakaman gambar potret, anda harus ingat, ekspresi adalah sangat-sangat penting. Namun, secara keseluruhannya, gambar ni OK
Hasnuddin



Saya ada lihat anda sedang shoot model pengantin ini masa saya melawat eye of Malaysia.
Sila lihat my blog.