ONLINE PHOTO IMPROVEMENT
Gambar oleh: Mohd Firdaus bin Abu Hassan – http://fier1285.fotopages.com
Maklumat teknikal: Shutter 1/125, Aperture f/5.6, ISO 800, Focal Length 300mm, Exposure Mode Manual
KOMEN JURUGAMBAR:
Gambar ini saya ambil ketika konsert setia kawan 2 anjuran RTM yang mebabitkan artis- artis dari 4 buah negara. Memandangkan saya berada di bahagian kanan pentas (sisi), ini memudahkan untuk saya mengaplikasikan teori rules of third.
KOMEN SAYA:
Bagi saya, gambar ini tidak mengikut panduan rule of third dengan tepat dan tidak menepati kehendak komposisi looking room. Untuk faham mengenai rule of third dan looking room, sila rujuk artikel saya di – http://fototeacher.com/blog/?p=9 Dari segi kawalan depth of field, saya kira anda telah mendapat kesan shallow depth of field yang baik dengan menggunakan lensa 300mm. Warna skin tone boleh diperbaiki lagi dengan mengawal White Balance supaya skin tone nampak lebih natural. Dalam gambar ni subjek nampak lebih kekuningan.Secara keseluruhan, gambar ni OK.
Hasnuddin


