April 17, 2008 Categorized under: Photo Improvement - No Comment

ONLINE PHOTO IMPROVEMENT

kalamphotoimprovement.jpg
Gambar oleh: Kalam
http://kalam3630.fotopages.com/

MAKLUMAT GAMBAR:
Camera Model Name: Canon EOS 400D DIGITAL
Tv(Shutter Speed): 1/160Sec.
Av(Aperture Value): F10
Metering Modes: Split metering
Exposure Compensation: 0
ISO Speed: 400
Focal Length: 35.0 mm
Flash: Off

KOMEN SAYA:
Maaf saya terpaksa katakan, gambar ni tidak cukup menarik. Ada banyak kelemahan pada gambar ini. Pada pedapat saya, kelemahan tersebut ialah:

  1. Ekspresi wajah subjek yang kurang menarik.
    Ekspresi wajah sangat penting. Untuk rakam gambar potret, jurugambar perlu memastikan subjeknya dalam keadaan yang selesa dan berkeyakinan untuk memberikan ekspresi yang natural. Dalam gambar ini, subjek nampak agak kekok. Untuk lebih fahami mengenai cara rakam gambar potret, sila baca artikel saya di – http://fototeacher.com/blog/?p=55
  2. Pose yang tidak menarik
    Pose memainkan peranan penting dalam merakam gambar potret. Pose ialah kedudukan atau gaya bahagian badan subjek kita. Subjek dalam gambar ini berada dalam kedudukan yang kurang natural dan kelihatan agak membongkok. Pelajari teknik pose dengan memperbanyakkan melihat gambar-gambar potret oleh jurugambar yang hebat. Komunikasi jurugambar juga penting untuk mendapatkan pose subjek yang baik.
  3. Latar belakang yang berserabut.
    Untuk gambar potret, subjek perlulah menonjol dari latarbelakang. Latarbelakang seeloknya dikaburkan dengan menjadikannya out of focus dengan menggunakan teknik depth of field. Latarbelakang sepatutnya membantu menaikkan dan mencantikkan lagi subjek, bukan mengganggu tumpuan mata kita pada subjek. Dalam gambar ini, grill pagar dan tingkap rumah kelihatan tidak sesuai dalam gambar. Anda patut mencari sudut lain untuk mendapatkan latar belakang yang lebih membantu.
  4. Penggunaan lensa yang tidak sesuai.
    Untuk merakam gambar potret sebegini, lensa yang sesuai digunakan adalah lensa telephoto. Lensa telephoto mengurangkan distortion pada wajah subjek serta memberikan depth of field yang sempit. Depth of foeld yang sempit ini amat membantu untuk menyerlahkan subjek dari latar belakang.
  5. Pencahayaan yang kurang baik.
    Jika dilihat betul betul, cahaya yang kena pada muka subjek agak kurang sekata. Ini mungkin disebabkan subjek duduk di bawah pokok. Daun daun dan ranting pada pokok yang tidak seragam, menyebabkan cahaya matahari yang melepasinya kelihatan tidak sekata. Saya rasa, kesan cahaya begini tidak sesuai untuk subjek ini. Anda sepatutnya memperbaiki masalah ini dengan menggunakan reflector atau fill in flash atau ubah posisi subjek supaya berada di tempat yang mempunyai kesan cahaya yang lebih baik.

Nasihat saya – anda perlu banyakkan melihat gambar-gambar potret dalam majalah atau internet untuk pelajari dan fahami tentang ekspresi, pose dan pencahayaan. Banyakkan merakam gambar orang-orang yang anda kenali dengan rapat sebagai latihan sebelum anda merakam gambar potret pelanggan sebenar.
Saya harap penjelasan saya ini dapat membantu untuk memperbaiki kualiti gambar anda pada masa akan datang. Terima kasih kerana sudi berkongsi gambar dengan lain-lain pembaca blog ini.

Sekiranya, ada pembaca lain yang ingin memberikan pendapat, sila tuliskan pada ruangan komen di bawah.

Hasnuddin
PHOTOGRAPHY LEARNING CENTRE – http://www.fototeacher.com

Jika anda ingin gambar anda disiarkan di sini dan diberikan komen, sila hantarkan melalui segmen ONLINE PHOTO IMPROVEMENT. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini – http://fototeacher.com/blog/?page_id=131

Untuk kemajuan anda dalam fotografi, sila layari laman web rasmi fototeacher.com di http://www.fototeacher.com

Leave a Reply