April 3, 2008 Categorized under: Photo Improvement - No Comment

ONLINE PHOTO IMPROVEMENT

hatimphotoimprovement.jpg
Gambar oleh: Hatim Salleh
http://www.flickr.com/photos/atim

KOMEN JURUGAMBAR:
“Saya cuba mempraktikan pemahaman saya tentang rules of third dan composition gambar. Maka saya mengambil KLCC sebagai subjek dan cuba mengaplikasi tetapi masih terasa kurang cantik dan perlu pembaikan. Selain itu penggunaan exposure pd kamera masih agak tidak mahir.”

KOMEN SAYA:
Bagi saya, gambar ni OK. Maksudnya, kalau ikut markah tu, sekadar lulus. Dari segi komposisi, saya kira gambar ni menepati rule of third. Kelemahan dalam gambar ni ialah kontras dan color. Gambar ni kelihatan flat. Ini disebabkan oleh keadaan cuaca agak mendung ketika gambar dirakam serta exposure yang sedikit under. Untuk dapatkan gambar yang cantik, sebaiknya gambar dirakam dalam keadaan cahaya yang cantik. Tak salah rakam gambar dalam keadaan mendung, tapi untuk gambar KLCC ni, saya rasa tak sesuai.

Nasihat saya: Pelajari dan fahami sifat cahaya semulajadi iaitu cahaya matahari. Perhatikan kesan cahaya yang berbeza pada waktu subuh, pagi, lewat pagi, tengahari, petang, senja, mendung dan sebagainya. Setiap keadaan cahaya memberikan kesan cahaya yang berbeza. Subjek tertentu hanya sesuai dirakam dalam keadaan cahaya yang tertentu. Contohnya, tidak sesuai merakam gambar potret kanak-kanak di bawah panas terik (tanpa guna reflector atau fill-in flash) sebab bayang kuat dan cahaya yang keras. Karakter cahaya tengahari yang keras tidak sesuai dengan karakter kanak-kanak yang lembut. Tapi, kalau nak rakam gambar lelaki dan tunjukkan keperkasaannya, penggunaan cahaya matahari terik adalah bersesuaian. Sama macam gambar di atas, gambar KLCC yang gah, tak sesuai dirakam dalam cahaya yang mendung…

Walau apa pun, saya rasa Hatim mempunyai bakat dalam fotografi dan mampu untuk pergi lebih jauh lagi. Yang penting, perlu terus banyakkan belajar.

Sekadar pendapat saya. Pastinya, dalam fotografi, setiap orang ada pendapat yang berbeza. Apa pendapat anda? Sila kongsikan bersama…

Hasnuddin

Jika anda ingin gambar anda disiarkan dan diberi komen di sini, sila ke – http://fototeacher.com/blog/?page_id=131

Untuk kemajuan anda dalam fotografi, sila layari laman web rasmi fototeacher.com di http://www.fototeacher.com

No Responses to “ONLINE PHOTO IMPROVEMENT”

  1. atim says:

    salam ,

    Terima kasih atas komen en. hasnuddin..saya amat bersetuju ttg komen bro hasnuddin dlm perihal cahaya dlm memberi impak pd gambar yg dirakam..adakah mungkin sy dapat atasi masalah merakam gambar dikala mendung sperti kes KLCC diatas ini dengan menjadikan gambar tersebut as black & white..??

    harap mendapat respon…

    Terima kasih.

  2. hasnuddin says:

    Atim, betul… kalau gambar di atas ditukar jadi B&W dan ditambah kontras, tentu boleh membantu. Saya panggil ni teknik ikan kering. Ikan kalau dah tak fresh, elok buat ikan kering… boleh jadi sedap jugak.

Leave a Reply