ONLINE PHOTO IMPROVEMENT

Gambar oleh: Md Zaini Bin Awang
http://www.flickr.com/photos/jai8778
KOMEN JURUGAMBAR:
“Gambar ini dirakam secara sepontan apabila secara tiba-tiba anak saya ‘pose’ sebegini sewaktu berehat di pusat membeli belah. Exif Gambar: Exposure: 0.017 sec (1/60), Aperture: f/2.8, Focal Length: 50 mm, ISO Speed: 200, Exposure Program: Manual, No Flash”.
KOMEN SAYA:
Secara keseluruhan, pada pendapat saya, gambar ini boleh dikatakan gambar yang baik, kerana:
- Cahaya semulajadi yang lembut (diffused) yang sesuai dengan karakter kanak-kanak perempuan.
- Sudut cahaya dari bahagian sisi memberikan kesan cahaya yang baik. Kurang cantik kalau cahaya datang dari atas.
- Penggunaan shallow depth of field yang berkesan dimana hanya muka subjek sahaja yang ‘sharp’, manakala bahagian badan dan latarbelakang jadi out of focus. Ini membuatkan wajah subjek lebih menyerlah di dalam gambar
- Latarbelakang yang berwarna hijau gelap juga membantu untuk menonjolkan lagi subjek utama
- Dari segi composition dan cropping pun dah cukup baik – gambar tak terlalu loose atau terlalu tight.
Cuma, saya rasa, ada satu lagi perkara yang boleh diperbaiki pada gambar ini. Ekspresi subjek kita ni bagi saya, tak berapa ‘kuat’ dan tak berapa natural. Untuk mendapatkan gambar potret yang berkualiti, ekspresi yang baik adalah sangat-sangat penting. Subjek tidak boleh nampak malu-malu atau kekok. Subjek mestilah nampak natural dan menampilkan karakter dirinya yang sebenar. Untuk membaca tips saya tentang cara merakam gambar potret, sila lihat di – http://fototeacher.com/blog/?p=55
Sekadar pendapat saya. Ada sesiapa yang ingin bagi pendapat lain? Sila berikan komen di bawah…
Kalau anda ingin gambar anda disiarkan dan diberi komen di sini, sila ke – http://fototeacher.com/blog/?page_id=131
Hasnuddin


saya setuju dgn kesemua 5 points yg diberikan oleh Hasnudin. cuma warna nampak agak pudar
tak over expose ke..warna putih lain macam je