Photo Trip to Dabong Railway Station

Bagi saya, ini adalah gambar terbaik saya semasa trip ini. Station Master ini seolah-olah merenung masa depan stesen lama dan usang ini yang mungkin akan ditutup terus tidak lama lagi disebabkan oleh arus kemodenan. Gambar ini dirakam dari atas keretapi di Stesen Keretapi Limau Kasturi, Kelantan.

Gambar ini dirakam di Stesen Keretapi Gua Musang. Gambar ini adalah gambar kedua favourite saya. Saya suka silhouttte penumpang yang berdiri di platform dan lokomotif yang nampak ‘bergerak’ dengan penggunaan slow shutter.

Gambar orang-orang kampung sedang main dam di kedai kopi ni dirakam berhampiran dengan Stesen Keretapi Krai. Waktu ni hujan lebat. Kami terperangkap di kedai kopi ni. Nasib baik ada subjek menarik. Jadi, memang puaslah kami rakam aksi diaorang ni dari berbagai angle.
Setelah sekian lama kepala menjadi berat dengan kerja-kerja pengurusan Adan Cameraworks dan fototeacher.com, saya rasa skill fotografi saya juga semakin tumpul. Jiwa dahagakan kerja-kerja fotografi kreatif yang dah agak lama ditinggalkan. Jadi, saya nekad untuk habiskan beberapa hari keluar dari KL untuk shooting dan shooting sahaja.
Saya bersama kawan lama saya, Nasir Roli (Jurugambar Kanan, Berita Publishing) dan Aminorazmi untuk pergi shooting di Stesen Keretapi Dabong dan kawasan sekitarnya. Sebenarnya, saya dah lama menyimpan hasrat untuk sesi shooting seperti ini, tapi selalu tak kesampaian disebabkan tidak ada masa yang sesuai. Kini, akhirnya, hajat saya kesampaian.
Kenapa Dabong? Dabong terletak di kawasan yang agak terpencil dalam negeri Kelantan. Fokus saya ialah untuk merakam kehidupan di sekitar Stesen Keretapi Dabong dan stesen-stesen lain yang berhampiran seperti Gua Musang, Krai, Manek Urai dan Limau Kasturi. Antara yang menarik di sini ialah, terdapatnya keretapi ‘local’ yang berfungsi untuk kegunaan penduduk setempat untuk berulang-alik. Keretapi ‘local’ ini buruk (klasik), para penumpangnya terdiri dari penduduk kampung dan orang-orang tua yang ‘berseni muka dan pakaiannya’. Suasana di sini sungguh menggambarkan Malaysia dan penuh dengan nostalgia.
Selain dari itu, satu lagi ciri unik di sini ialah, kita boleh melihat budak-budak sekolah berulang-alik naik keretapi ke sekolah setiap hari. Ini kerana, di sesetengah kawasan di sini, keretapi adalah satu bentuk pengangkutan utama yang paling penting bagi menghubungkan pekan-pekan kecil di kawasan ini.
Pengalaman menaiki keretapi sentiasa membawa nostalgia kepada saya. Boleh dikatakan, saya membesar dengan keretapi. Dulu, sekitar tahun 80an, tak ada PLUS highway. Orang ketika itu kalau dari Butterworth nak ke Kuala Lumpur takkan naik bas. Kalau ikut jalanraya, boleh ambil masa 8 jam untuk sampai. Jadi, ketika itu, keretapi adalah satu pengangkutan yang amat popular dan penting kerana, naik keretapi lebih cepat dan selesa. Saya percaya, sesiapa saja yang pernah naik keretapi waktu tu, mesti setuju dengan saya bahawa, pengalaman naik keretapi waktu dulu, memang seronok. Pengalaman yang hampir sama boleh didapati kini hanya di laluan keretapi Pantai Timur. Jadi, ke sanalah tujuan saya dan 2 orang rakan yang lain…
Kami bertolak pada 21 Oktober 2008 menaiki tren malam dari KL Sentral ke Dabong. Saya membawa peralatan kamera dan pakaian paling minima bagi memudahkan pergerakan di sana nanti. Cuma 2 beg galas – satu beg kamera dan satu beg pakaian. Sepanjang perjalanan, kami bertiga tak berhenti bercerita dan berbincang mengenai fotografi. Banyak perkara yang saya pelajari.
Secara umumnya, kami shooting dari pagi hingga ke malam, setiap hari. Kira macam marathonlah – memang penat. Dah lama tak buat kerja macam ni. Tapi, sekurang-kurangnya, skill taklah tumpul lagi.
Pada mulanya, saya bercadang untuk berada di sana selama 5 hari. Tapi, disebabkan keletihan dan cuaca yang sentiasa mendung dan tidak memberangsangkan, saya ambil keputusan untuk pulang pada hari yang ketiga. Lagipun, saya ada last minute job yang memerlukan saya shooting di Batu Pahat. So, kami semua pulang ke Kuala Lumpur pada 24 Oktober 2008 menaiki tren malam ke Kuala Lumpur. Kami masing-masing membawa pulang pengalaman dan pengetahuan baru yang sungguh istimewa.
- Hasnuddin

Saya bersama Nasir Roli berhampiran Stesen Keretapi Dabong. Gambar dirakam oleh Aminorazmi.



Alamak!! fototeacher dah buat dulu la.. aku br plan nk ke Dabong dr JB.. nk menembak & bercerita sepanjang perjalanan macam En Hasnuddin buat..
Boleh buat lagi… ada banyak subjek yang masih belum dicover. In fact, sebelum ni pun dah ramai photographer lain pernah pergi ke area sana.
mmg pix cmney best..photojournlst gitu..
ish..ish..apa la cikgu din ni…mari kelate to ghoyak kito…kalu tidok kito boleh bowok gi jale2 guo ike ko…banyok guo lagila situ gak..lain kali nok mari kelate ghoyak ko ambo deh…penginapan free.
Hi En Din,
masih ingat pada saya? Kenapa dah sampai Dabong tidak terus panjang Gunung Stong…saya pernah sampai ctu..memang cantik..
Apa2 pun, ilmu yang En Din curahkan dulu dah banyak membantu saya dalam bidang fotografi..saya baru je abih menjelajah satu sabah dan sarawak untuk koleksi gambar yang baru untuk website opis. anyway..ucapan terima kasih banyak-banyak tu macam tak cukup je kan…mungkin lain kali boleh jumpa..
sy mencadangkan kalo pergi dabong lain kali, singgahla di air terjun stong. da dekat da kalo smpi ke dabong. daki smpi kem baha bley shoot very nice scenery especially mase matahari terbit n terbenam.
Saya penah pegi sini suatu ketika dulu… yang mana dari stesyen ni saya naik ke kaki gunung stong…
alangkah indahnya pemandangan di atas gunung tu… kalau skang tak larat dah rasanya naik panjat gunung tu
Terima kasih semua. Nampaknya memang ramai yang dah kenal Dabong…
Salam Bro…..
Bangganyan den bro pilih sekitar kampung den untuk tangkap gambar…..
GUnug Stong lagi best untuk pengetahuan bro………
Selamat maju jaya bro……………..
Saya dapat rasakan suasananya, its should be a very nice trip.. Tahniah
gambar b&w yg marbeless.. full of story bro.. kalo tgk pada gambar.. xde tumpulnyer… agak2, ade x nk wat dr kl ke jb plak?
by the way, kim salam kt bro nasir roli…
saya juga begitu…
dari segi fotografi @ kerja..mmg kadang kala kita perlu lari dari kebiasaan/rutin harian…
tak dinafikan, kadang2 mengambil gambar2 event merupakan periuk nasi kita..
tapi…gambar2 utk kepuasan diri sendiri tu lain rasanya bila diambil..
dan skill2 serta environmentnya juga lain.. something new and fresh..
just my 2 cents!
saya tertarik dengan gambaran yang dipaparkan.tapi kalau dapat gambar atau rakaman lagi menarik.
kerana saya ingin mencari gambaran suasana dalam perjalanan ke pantai timur.dan tahniah atas gambaryang diambil sungguh menarik macam ada feeel yang begitu mendalam.tahniah.