Kamera Murah dan RM1 Juta

Dari Kiri – Flash Nikon SB 26, Lensa Nikkor 28-105mm f/3.3-4.5 dan Kamera filem Nikon F80.
Peralatan di atas memberikan nostalgia yang penting dalam hidup saya.
Walaupun dah lama dan ketinggalan zaman, saya masih simpan peralatan
ini dengan baik. Menambahkan ‘sayang’ saya pada setiap satu peralatan
ini ialah kerana saya membelinya pada satu ketika dulu dengan wang
yang begitu terasa besar nilainya buat saya.
Flash tu dah berusia 13 tahun. Saya beli ketika masih lagi belajar di
UiTM. Saya beli hasil dari wang yang dikumpul beberapa bulan hasil
dari kerja-kerja fotografi sambilan yang dibuat. Harganya pada waktu
itu RM850, terasa cukup besar bagai menggigil nak membayar.
Lens tu pulak dibeli 2nd hand pada tahun 2001. Waktu tu duit
cukup-cukup untuk bayar harga lens. Wang RM800 yang dikeluarkan tidak
meninggalkan baki dalam dompet. Tapi hati tetap senang bila dapat
bawak balik lens baru.
Kamera F80 ini saya beli dengan harga RM1,600 ketika mula-mula
menubuhkan Adan Impresif pada tahun 2001. Di waktu itu, jurugambar
perkahwinan yang lain dah ramai menggunakan kamera yang lebih gah
seperti F90 dan F100. Saya terpaksa berpuas hati dengan kamera F80
yang bertaraf kamera amateur ini – janji boleh buat kerja.
Dengan keseluruhan peralatan yang berharga RM3,250.00, saya mendirikan
Adan Impresif. Sedar tak sedar, berpunca dari kamera buruk inilah yang
telah membuahkan berbagai keuntungan dalam perniagaan saya sekarang.
Bak kata pepatah, perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah
pertama.
Ada apa dengan modal wang? Kita ada masa 24 jam sehari, kita
masing-masing dianugerahkan dengan bakat yang unik. Gunakan apa saja
yang ada. Jangan complaint dengan apa yang kita tidak ada. Saya masih
ingat, Tan Sri Halim Mohammad (Pemilik Halim Mazmin, salah seorang
multi jutawan Malaysia) pernah berkata kepada saya, “Orang kita
berniaga tak banyak modal wang. Tapi kita ada modal kemahiran dan
masa. Gunakan ini habis-habisan. Cuma ini yang kita ada”
Tidak keterlaluan jika saya katakan, kamera ini telah membantu saya
membuat lebih dari RM1 juta ringgit untuk Adan Impresif. Saya tak kata
saya jutawan sebab saya tidak ada RM1 juta dalam bank sekarang. Tapi,
jutaan ringgit telah dibuat dalam tempoh 7 tahun walaupun
kebanyakannya telah hangus membayar sewa, gaji, stok dan sebagainya.
Tanpa bapak, tak ada anak. Tanpa kamera murah, tak ada kamera mahal.
Walaupun kamera buruk saya ni dah tak digunakan sekarang, rasanya tak
patutlah ianya dijual. Biarlah disimpan saja sebagai lambang permulaan
yang kerdil.
Oleh: Hasnuddin Abu Samah
Hakcipta Terpelihara fototeacher.com 2008




alhamdulillah. artikel ini memberi impak keilmuan kpd saya.
satu ilmuan berguna tuk dikongsi..thnks bro hasnuddin
hnya Allah yg dapat mmbalasnya..moga brtambah maju amin
artikel ini bagi semangat kepada saya untuk memulakan peniagaan saya dalam fotografi. Saya terfikir nak beli kamera baru yang lebih baik seperti Nikon or Canon. tapi saya tengah cari wang untuk beli kamera tu. sakarang cuma ada Olympus e-410. Mungkin saya akan gunankan kamera ini dulu dengan membeli flash n lens baru. Dah cukup modal baru beli yang lagi baik.
Zul, kalau nak berniaga, biar kamera yang buat duit, jangan duit habis asyik beli kamera…
Belajar hingga 100 tahun lagi…dengan ilmu baru boleh baru boleh berjaya…thanks cikgu din
Sama seperti saya, masih menyimpan kamera yang memulakan kerjaya saya dulu…walaupun bukan SLR tapi ia tetap memberi seribu kenangan yang memulakan langkah saya dalam fotografi…
Salam bro Adan
Firstly TABIK SPRING BRO for those good photos of urs….
saya sering membaca blog fototeacher (at least seminggu sekali) dan ada beberapa nukilan yg menjadi motivasi buat saya.
tapi article yg ni memberi satu impak yang mendalam buat saya. It really opens up my eye.
And I salute you bro
cerita ni bagi semangat..
sebab saya selalu rasa rendah diri bila tengok orang lain gune dSLR.. sedangkan saya masih lagi guna film SLR… terima kasiH!!!!!!
inspirasi … dan wajar dijadikan teladan dan contoh.. bagus adan
saya sblm ini menggunakan D40 y merupakan kamera SLR pertama saya, namun saya telah menjualnya kepada kawan saya ingin melihat dia turut saya meminati bidang foto.