May 2, 2008 Categorized under: Personal - No Comment

FOTOGRAFI DI TOKYO

Baru-baru ni saya sempat berjalan-jalan di bandaraya tokyo. Cuaca agak sejuk sekitar 9-12 darjah celcius. Kalau hujan ditambah pulak dengan angin yang bertiup makan sejuk dibuatnya. Time macam ni, memanglah teringat kat cuaca panas kat Malaysia memang lagi bagus. Saya rasa biarlah panas berpeluh dari sejuk menggigil…

Tokyo sememangnya bandaraya yang amat besar, maju, bersih dan yang paling seronok, ianya adalah sebuah bandaraya yang selamat. Kadar jenayah di bandaraya ini amat rendah. Kepada sesiapa yang suka shopping, Tokyo sememangnya syurga membeli belah. OKlah, saya nak ringkaskan cerita saya kepada skop fotografi sahaja. Antara banyak tempat yang saya lawati, saya tidak ketinggalan untuk melawat kedai kamera terbesar di Tokyo iaitu Yodobashi Akiba yang terletak di Akihibara.

Yodobashi Akiba ni asalnya jual kamera aje, tapi sekarang ni dia turut menjual berbagai barang-barang elektronik yang lain. Yodobashi Akiba ni macam satu shopping complex, tapi cuma jual kamera dan barang elektronik sahaja. Ada lebih kurang 7 tingkat dan satu tingkat dikhaskan untuk jual barang kamera saja, dari kamera compact, DSLR, medium format hinggalah peralatan darkroom dan studio fotografi.

nikondemocamera.jpg
Di Yodobashi Akiba, hampir semua kamera yang dijual dipamerkan untuk demo. Kamera high end seperti Nikon D3 pun dengan selambanya diaorang letak kat tempat demo – sesiapa pun boleh main dengan kamera tu.

mediumformatcamera.jpg
Ni antara kamera medium format jenama MAMIYA, ROLLEI dan PENTAX yang dibiarkan atas meja demo untuk orang ramai mencubanya sebelum membeli.

filmfreezer.jpg
Ni antara 2 freezer besar macam kat Carrefour untuk display sayur. Diaorang guna freezer ni untuk display berbagai jenis filem. Cara ini memastikan filem berada dalam suhu yang sepatutnya agar sentiasa berada pada kualiti yang optimum dan tahan lama. Saya lihat, di Tokyo, penggunaan filem masih begitu popular kerana di kedai ini masih banyak dijual kamera analog, filem dan peralatan lengkap untuk conventional darkroom.

cameravendingmachine.jpg
Vending machine seperti ini ada di merata-rata tempat seperti stesyen keretapi dan tempat tumpuan pelancong. So, kat sana, diaorang jual kamera pakai buang macam ni guna vending machine saja.

pelicancase.jpg
Ini adalah antara deretan Pelican case yang dijual di Yodobashi Akiba. Case Pelican ni ada jugak dijual di Malaysia, tapi pilihannya tak banyak. Satu-satu tempat tu cuma jual 2-3 model saja. Tapi, kat Tokyo, diaorang ada 2 rak penuh dengan berbagai saiz dan rekabentuk yang berlainan.

Pendek kata, pengalaman saya di Tokyo amat menyeronokkan. Banyak perkara baru dapat dipelajari dari melihat budaya kerja rakyat Jepun. Kunjungan saya selama 7 hari rasanya amat pendek.

Hasnuddin

No Responses to “FOTOGRAFI DI TOKYO”

  1. yon says:

    Asyik berjalan je….best tul…. kalau dapat pergi melawat tempat org sekali sekala……Apa urusan sampai ke Tokyo Bro…

  2. razal says:

    mcm mana lak dgn harga dslr kat sana?mana lebih murah banding dgn m’sia?

  3. hasnuddin says:

    Yon, saya ke tokyo utk leisure trip. Berehat sekejap setelah penat bekerja. Sekali sekala kena reward diri sendiri :-) .
    Razal, harga kamera kat Tokyo sama je lebih kurang macam harga kat Malaysia.

  4. red says:

    sempat singgah di hombu dojo tak?

  5. farid says:

    wahhh…film2 itu amat menggiurkan ….bnyaknya~

Leave a Reply