E-mel Yang Buat Saya Terharu
Baru-baru ini saya dapat satu e-mel dari seorang pesera kursus AFD 29-30 Disember 2007. Kandungan e-mel ni membuatkan saya rasa terharu kerana penulisan yang ikhlas dan nilai yang murni dalam diri seorang yang begitu menghargai ilmu fotografi. Kandungan e-mel ini telah saya sunting tanpa menjejaskan maksud asalnya. Antara kandungan e-mel tersebut:
“Alhamdulillah, setelah lebih kurang 10 bulan menunggu untuk hadir kelas AFD ni, dapat jugak saya datang & timba ilmu dari tenaga pengajar yang sangat berpengalaman dan profesional dalam bidang ini. Terima kasih banyak-banyak.
Disebabkan mesej ini dihantar ke e-mel, saya anggap ianya adalah peribadi. Jadi nama penghantarnya tidak dapat saya siarkan. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada penulisnya. Harap anda dapat manfaatkan ilmu yang dipelajari. Kami akan membantu apa yang terdaya untuk kemajuan ilmu fotografi anda.
Hasnuddin



en adan.
saya pun dah lama nak join kelas en adan.tgk dari jauh shj sbb bayaran mmg diluar kemampuan saya tetapi bg saya harga itu terlalu murah jika dibandingkan dgn ilmu yg akan diperolehi. Akhirnya impian saya hampir tercapai bila bos bg green light, disponsor, seronok tp terpaksa tunda hasrat tersebut kerana tgh menunggu kelahiran cahaya mata. Saya harap en adan berterusan mengadakan kelas tersebut, dan harapnya dapatlah bertemu dan belajar dgn en adan sendiri.JUMPA NANTI.
hye,
sy masih seorg student , so blom ade duit sendiri.
sbb tu amik masa lama utk pujuk ayah utk bg green light.
hehehe…
kak siti ,
jgn lepaskan peluang lps nih.
ADAN pasti akan teruskan kursus AFD ni utk masa akan dtg.
mmg x akan rugi punya lah…
seronok tau…
hehe…
TQ
en. adan
saya juga adalah di antara peminat fotografi yang telah menunggu sejak dari awal tahun lepas utk mengikuti kelas en. adan.. malangnya atas kesibukan kerja hakiki yang tiada ruang utk bersama2 menyertai kursus ini serta perbelanjaan wang yang juga agak tidak mengizinkan atas beberapa perkara yang perlu diselesaikan menyebabkan saya terpaksa menunggu masa yang betul2 terluang utk mempelajari kursus asas fotografi bersama en. adan.. dan saya amat berharap masa itu akan datang.. tak sabar sungguhh!!