June 22, 2011 Categorized under Report BDW - No Comment

Report – Basic Darkroom Workshop (BDW)

Gambar semasa Basic Darkroom Workshop (BDW) yang telah diadakan pada 21 Jun 2011 di Darkroom FOTOTEACHER.COM, Cheras, Kuala Lumpur.

Workshop ini diadakan secara hands-on dan eksklusif hanya untuk 2 orang peserta sahaja untuk setiap sesi. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri untuk menghadiri program ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari – http://fototeacher.com/bdw?.html

June 20, 2011 Categorized under Report AFD - No Comment

Report – Kursus Asas Fotografi Digital (AFD)

Gambar peserta Kursus Asas Fotografi Digital (AFD) yang telah diadakan pada minggu lepas (18-19 Jun 2011). Kepada peserta yang ingin mendapatkan gambar ini dalam saiz yang lebih besar, sila ke – http://fototeacher.com/GroupPhotoAFD18to?19Jun2011Large.jpg

Kepada anda yang ingin menyertai kursus ini pada masa yang akan datang, sila dapatkan maklumat lanjut di – http://fototeacher.com/basicphotography.?htm

Berikut adalah diantara beberapa testimoni dari peserta yang telah menyertai kursus ini pada minggu lepas:

“Sangat berterima kasih kepada Fototeacher kerana memberi saya pengajaran dan pengalaman. Saya akan tingkatkan mutu pembelajaran ini sehingga ke tahap yang lebih baik”
- Zail Hafiz bin Abd Aziz

“Saya telah memiliki kamera DSLR hampir setahun. Namun, masih tidak tahu cara untuk mengendalikan kamera dengan baik. Setelah mengikuti kursus ini, saya telah mendapat ilmu yang amat berharga, menjimatkan masa untuk memahami dan mengendalikan kamera DSLR. Dengan hanya dalam masa dua hari, saya berasa lebih yakin”
- Mohd Isa bin Abdullah

“Secara keseluruhannya, kursus ini berjaya mengubah perspektif saya dalam dunia fotografi, dan ianya mampu menjadikan saya meminati serta mendalami ilmu fotografi”
- Mohd Fadzil Mazlan

“Dapat menghargai kelebihan menggunakan fungsi manual dari automatik”
- Mohamad Baki bin Mansor

“Setelah mengikuti kursus ini, pemahaman saya tentang DSLR ini menjadi lebih baik lagi di mana saya dapat mengawal kamera mengikut kehendak saya”
- Rohaiman

June 17, 2011 Categorized under Report BDW - No Comment

Report – Basic Darkroom Workshop (BDW)

Gambar semasa Basic Darkroom Workshop (BDW) yang telah diadakan pada 16 Jun 2011 di Darkroom FOTOTEACHER.COM, Cheras, Kuala Lumpur.

Workshop ini diadakan secara hands-on dan eksklusif hanya untuk 2 orang peserta sahaja untuk setiap sesi. Anda boleh pilih tarikh anda sendiri untuk menghadiri program ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari – http://fototeacher.com/bdw?.html

June 13, 2011 Categorized under Report AFD - No Comment

Report – Kursus Asas Fotografi Digital (AFD)

Gambar peserta Kursus Asas Fotografi Digital oleh FOTOTEACHER.COM. Program ini telah dianjurkan oleh Kolej Komuniti Hulu Langat di bawah Program Latihan 1 Malaysia 2011.

Kepada peserta yang ingin mendapatkan gambar ini dalam saiz yang lebih besar, sila ke – http://fototeacher.com/GroupPhotoAFDKole?jKomunitiHuluLangatJun2011Large.jpg

Kepada anda yang ingin mengikuti kursus-kursus anjuran FOTOTEACHER.COM, sila ke – http://www.fototeacher.com/

June 12, 2011 Categorized under Report - DIP - No Comment

Report – Darkroom Introduction Program (DIP)

Gambar aktiviti semasa Darkroom Introduction Program (DIP) yang telah diadakan pada 11 Jun 2011 di Pusat Latihan FOTOTEACHER.COM. Kepada anda yang berminat untuk sertai program ini pada masa akan datang, sila ke – http://fototeacher.com/dip?.html

June 12, 2011 Categorized under Report - DIP - No Comment

Report – Darkroom Introduction Program (DIP)

Gambar aktiviti semasa Darkroom Introduction Program (DIP) yang telah diadakan pada 11 Jun 2011 di Pusat Latihan FOTOTEACHER.COM. Kepada anda yang berminat untuk sertai program ini pada masa akan datang, sila ke – http://fototeacher.com/dip?.html

June 11, 2011 Categorized under Report BPF - No Comment

Report – Bengkel Portable Flash (BPF)

Gambar peserta Bengkel Portable Flash oleh FOTOTEACHER.COM untuk Jabatan Penjara Malaysia. Program ini telah dianjurkan oleh Kolej Komuniti Hulu Langat di bawah Program Latihan 1 Malaysia 2011.

Kepada peserta yang ingin mendapatkan gambar ini dalam saiz yang lebih besar, sila ke – http://fototeacher.com/GroupPhotoBPFJaba?tanPenjaraMalaysiaKolejKomunitiHuluLanga?tJun2011Large.jpg

Kepada anda yang ingin mengikuti kursus-kursus anjuran FOTOTEACHER.COM, sila ke – http://www.fototeacher.com/

June 10, 2011 Categorized under Artikel Kreativiti, Artikel Teknikal, Gambar - 7 Comments

Light Painting

Light Painting - Pantai Nenasi, Pekan, Pahang

Light Painting ialah satu teknik dimana imej dirakam di dalam gelap; sumber cahaya dari lampu suluh dan sebagainya digunakan untuk menyuluh subjek agar imejnya dapat dirakam oleh sensor kamera. Apa yang menarik mengenai light painting ialah, kita dapat memberikan kesan pencahayaan kepada subjek dari berbagai arah dengan berbagai tahap kecerahan, walau hanya menggunakan satu sumber cahaya. Ini dapat dilakukan apabila merakam gambar di tempat gelap menggunakan tempoh dedahan shutter yang lama.

Foto di atas dirakam pada kira-kira jam 8.30 malam di kawasan yang gelap. Kamera dipasang pada tripod dan shutter dibuka selama 4 minit menggunakan BULB. Aperture f/8 dan ISO 200 digunakan. Sepanjang tempoh dedahan selama 4 minit itu, 2 lampu suluh digunakan untuk menyuluh bahagian-bahagian yang hendak ditunjukkan di dalam gambar. Lampu kereta digunakan untuk menyuluh subjek dari tepi. Saya dibantu oleh 2 orang rakan untuk proses ini.

Setiap objek di dalam gambar disuluh dari arah yang berbeza untuk mendapatkan kesan sudut pencahayaan yang menarik. Setiap objek juga disuluh dengan tempoh suluhan yang berbeza agar kecerahan yang pelbagai diperolehi. Objek yang ingin dicerahkan disuluh lebih lama berbanding objek yang ingin digelapkan. Dalam gambar di atas, terdapat 8 jenis pencahayaan berbeza digunakan untuk menerangi keseluruhan gambar.

Light painting memang satu proses yang seronok untuk dilakukan. Harap anda dapat mencubanya sendiri.

Oleh: Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM

Sertai FOTOTEACHER di Facebook untuk mendapatkan berbagai tips fotografi dan info terbaru tentang dunia fotografi. Sila ke Page Facebook kami di – http://www.facebook.com/fototeacher

June 10, 2011 Categorized under Report AFD - No Comment

Report – Kursus Asas Fotografi Digital (AFD)

Gambar peserta Kursus Asas Fotografi Digital oleh FOTOTEACHER.COM untuk Jabatan Penjara Malaysia. Program ini telah dianjurkan oleh Kolej Komuniti Hulu Langat di bawah Program Latihan 1 Malaysia 2011.

Kepada peserta yang ingin mendapatkan gambar ini dalam saiz yang lebih besar, sila ke – http://fototeacher.com/GroupPh​otoAFDJabatanPenjaraMalaysiaKo​lejKomunitiHuluLangatJun2011La​rge.jpg

Kepada anda yang ingin mengikuti kursus-kursus anjuran FOTOTEACHER.COM, sila ke – http://www.fototeacher.com/

May 30, 2011 Categorized under BLOG ARKIB - 10 Comments

BLOG ARKIB – Kreatif Tak Tentu Hala @ Syok Sendiri


KREATIF TAK TENTU HALA @ SYOK SENDIRI
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM

(Telah diubahsuai dari entry asal di blog FOTOTEACHER bertajuk Kreatif Tak Tentu Hala @ Syok Sendiri – 10 November 2008)

Tadi saya sempat dengar feedback dari seorang client yang tak berapa puas hati dengan hasil gambar yang dia dapat. Client ini baru kahwin. Jadi, semasa majlis perkahwinan dia baru-baru ini, dia telah upah seorang photographer. Photographer ini banyak shoot gambar-gambar ala-ala kreatif dengan ‘trend terkini’.

Masalahnya, client ini sudah melepasi usia ‘remaja’ dan jenis yang ada ‘citarasa. Client macam ini biasanya tidak berapa suka gambar yang terlalu kreatif dan style gila-gila. Gambar sebegini biasanya hanya digemari oleh pengantin remaja. Pengantin yang bukan remaja dan dari golongan pertengahan ke atas, lebih suka gambar standard yang cantik dengan sedikit sentuhan kreatif. Jadi, jurugambar seharusnya tahu, gambar jenis macamana yang boleh tackle hati pengantin.

Kalau shoot gambar kreatif yang berpada-pada, saya rasa, ramai orang boleh terima. Kreatif itu memang bagus -yang menjadi masalah sekarang ini, gambar kreatif yang sudah jadi karya syok sendiri; gambar yang dirakam tanpa memikirkan ‘hati dan perasaan’ orang lain.

Ramai jurugambar sekarang terikut-ikut dengan trend dan pelbagai gaya fotografi. Yang mengikut itu pula, tidak tahu kenapa dia mengikut. Yang dia tahu, dia mengikut sahaja. Orang shoot pakai fisheye lens, dia ikut. Orang shoot low angle, dia ikut. Orang shoot candid, dia ikut.

Nak shoot pakai  fisheye lens, kenalah tengok subjek yang sesuai. Bukan semua subjek sesuai dirakam guna fisheye lens. Kalau boleh, janganlah letak muka subjek di bucu framing sampai kembang muka subjek kita tu dek distortion. Kita sebagai jurugambar memanglah suka efek distortion dan perspective yang unik ini. Tapi, kita kena tanya diri kita, siapa yang bayar kita ambil gambar ni? Dia sukakah apa yang kita suka? Client ni, selalunya dia tak complaint depan-depan kita – maklumlah, orang Melayu penuh dengan sopan santun. Tapi, saya banyak kali dengar client complaint pasal kes gambar herot dan kembang ni. OK, sebelum saya diserang, saya nak buat disclaimer. Kalau ada jurugambar yang memang confirm kata client dia sangat suka gambar muka herot dan kembang – then, go ahead. Janji client suka. Lagi satu, pasal isu distortion ni, saya bercakap untuk wedding photography saja. Bidang fotografi lain seperti fine art, photojournalism dan sebagainya, saya taknak komen pasal distortion. Itu dah tajuk lain.

Lagi satu pasal shooting dari low angle. Shoot dari low angle ni memang dah ada dalam teknik fotografi sejak zaman Tok Kadok lagi. Cuma sekarang ni dah terover popular. Kalau nak shoot low angle tu memanglah boleh. Tapi, kena tengoklah jugak kalau-kalau angle tu mencacatkan gambar, terutamanya muka subjek kita. Satu orang client ni complaint kat saya, ada sorang jurugambar ni banyak shoot gambar kahwin dia dari low angle. Kata client ni, lubang hidung dia nampak besar dari low angle. Lubang hidung dia ni dahlah memang besar, shoot pulak dari low angle, memang nampak lubang hidung je la.

Lagi satu complaint yang selalu saya dengar dari client ialah pasal photographer shoot gambar kandid budak-budak. Budak-budak kecil ni memang comel. Tapi, kalau boleh, kena tengok jugak, apa hubungan budak kecil tu dengan pengantin dan samada pengantin suka atau tidak gambar-gambar kandid macam ni. Janganlah main tembak saja – shoot gambar kandid budak-budak ni sampai 50 frame, macam-macam gaya, sampai lupa nak shoot gambar pengantin.  Alih-alih, budak kecil tu rupanya anak kepada kawan kepada pakcik kepada jiran kepada mamat yang supply P.A. System kat majlis kahwin tu. Tak ke haru. Gambar budak tu pulak dah dimasukkan dalam custom album, dengan centre spread layout. Double haru…

Minta maaf kalau saya ada menyinggung mana-mana pihak dalam artikel ni. Sekadar berkongsi dan menyampaikan apa yang saya dengar dari pelanggan – untuk kebaikan kita bersama. Apa yang saya tulis, hanya betul bagi pendapat saya dan saya percaya, ada pendapat lain yang betul juga. Harap anda boleh kongsi pengalaman dan pendapat anda di ruangan komen di bawah ni.

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA DARI fototeacher.com! Anda akan diberitahu secara automatik melalui e-mel sekiranya ada sebarang artikel baru, kursus percuma, promosi, program baru, berita terkini dan sebagainya. Untuk melanggan newsletter percuma ini, sila ke –http://www.fototeacher.com/subscribe.htm

May 25, 2011 Categorized under Relaks, Umum - No Comment

Kamera Gergasi

Kamera Gergasi
Diterjemahkan oleh Adam Ariff untuk FOTOTEACHER.COM (sumber dari Neatorama)

Pada tahun 1900, George R. Lawrence telah membina kamera gergasi yang sangat besar sehingga menjangkau berat 400 kilogram. Kamera yang berharga $5,000.00 ini sama nilainya dengan sebuah rumah yang besar pada zaman itu. Seramai 15 orang diperlukan untuk membolehkan kamera gergasi tersebut berfungsi.

Kamera gergasi ini dibina bagi merakam foto untuk ‘Chicago & Alton Railway’ bagi merakamkan foto bersaiz 8×4.5 kaki (ini merupakan saiz foto terbesar pada zaman itu) Foto yang dirakam oleh kamera gergasi ini telah digunakan untuk risalah keretapi yang bertajuk ‘The Largest Photograph in the World of the Handsomest Train in the World.’

Dapatkan berbagai tips fotografi dan info terkini di laman Facebook FOTOTEACHER.COM. Sila layari – http://www.facebook.com/fototeacher

May 20, 2011 Categorized under BLOG ARKIB - No Comment

BLOG ARKIB – DSLR TERUNGGUL

DSLR Terunggul
Oleh Amir Ridhwan untuk FOTOTEACHER.COM
(Artikel telah diubahsuai dari entry asal dari blog FOTOTEACHER bertajuk DSLR Terunggul – 18 Ogos 2008)

Sejak 4 hari lalu seorang rakan lama acapkali menelefon saya untuk bertanya tentang kamera yang dia patut beli. Sehari sampai 3-4 kali beliau menelefon untuk bertanya DSLR apa yang bagus dan ciri-ciri yang dimiliki setiap satu model. Saya agak kebingungan untuk menjawab, kerana soalan tersebut terlalu umum. Setelah menerangkan perihal beberapa model popular di pasaran, saya bertanya kembali beberapa soalan kepadanya:

1) Beli kamera untuk apa? Adakah untuk ambil gambar keluarga dan percutian atau untuk dijadikan hobi?
2) Berapa bajet sekarang dan adakah bersedia untuk menambah perbelajaan berkenaan kamera di kemudian hari?
3) Berapa kerapkah rasanya kamera tersebut akan digunakan?
4) Jika untuk hobi, gambar jenis macam mana yang minat untuk dirakam?
5) Bersediakah untuk melabur masa dan wang untuk belajar teknik fotografi?

Beliau tidak pasti tentang jawapan untuk kebanyakan soalan di atas. Akhirnya saya menasihatkannya untuk membeli kamera compact sahaja.

DSLR bukan untuk kegunaan semua orang. DSLR juga tidak menjamin gambar anda 100% cantik.

Oleh Amir Ridhwan untuk fototeacher.com

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA DARI fototeacher.com! Anda akan diberitahu secara otomatik melalui e-mel sekiranya ada sebarang artikel baru, promosi, program baru, berita terkini dan sebagainya. Untuk melanggan newsletter percuma ini, sila ke –http://www.fototeacher.com/subscribe.htm

May 15, 2011 Categorized under Relaks, Umum - No Comment

Kamera dan Larian Kuda

Kamera dan Larian Kuda
Diterjemahkan oleh Adam Ariff untuk FOTOTEACHER.COM (sumber dari Neatorama)

Pada tahun 1872, seorang warga British bernama Eadweard Muybridge, telah diupah oleh Leland Stanford bagi menjawab satu persoalan – adakah keempat-empat kaki kuda sentiasa mencecah tanah ketika berlari? Persoalan ini menjadi pertaruhan yang bernilai $25,000.00!

Untuk menjawab persoalan ini, Eadweard Muybridge telah mengaturkan 12 kamera di sepanjang trek larian kuda dan kemudiannya meletakkan tali-tali merentasi trek larian tersebut. Tali ini pula disambungkan terus ke suis kamera.  Apabila kuda berlari dan menyentuh tali yang telah dipasang, maka kamera akan terus merakam gambar. Dengan itu, terhasillah beberapa keping foto yang menunjukkan aksi kuda yang sedang berlari. Susunan foto yang telah dirakam menunjukkan bahawa apabila kuda berlari, keempat-empat kakinya akan berada di udara. Lalu terjawablah persoalan yang sebelum ini tiada siapa yang tahu jawapannya.

Hasil dari peristiwa ini, Muybridge kemudiannya mencipta satu sistem dan teknik untuk merakam pergerakan manusia dan haiwan.

Untuk mendapatkan berbagai maklumat mengenai kursus dan bengkel fotografi yang diadakan oleh FOTOTEACHER, sila layari laman web rasmi FOTOTEACHER di – http://www.fototeacher.com

May 13, 2011 Categorized under video - No Comment

Perbezaan Jenis-Jenis Mikrofon


Video menarik ini menunjukkan hasil perbezaan bunyi yang dihasilkan oleh berbagai jenis mikrofon. Tonton video ini bagi membolehkan anda membuat pilihan yang tepat sebelum membeli mikrofon untuk rakaman video anda.

May 10, 2011 Categorized under BLOG ARKIB - No Comment

BLOG ARKIB – Kit Lens Sahaja

Kit Lens Sahaja
Oleh Amir Ridhwan untuk FOTOTEACHER.COM
(Telah diubahsuai dari entry asal dari blog FOTOTEACHER bertajuk Kit Lens Sahaja – 8 Ogos 2008)

Lensa yang biasanya dijual bersama dengan DSLR kelas rendah digelar kit lens. Secara umum, kit lens adalah lensa yang bernilai rendah, mempunyai aperture maksima yang agak kecil dan kualiti optiknya di bawah par. Ada sesetengah jenama kamera memberikan kit lens yang agak canggih seperti Zuiko 12-60mm SWD dan Nikkor AF-S 18-85mm VR namun kebanyakan kit lens tidak mempunyai apa-apa keistimewaan dan kurang nilai terpakainya.

Ini tidak bermakna anda harus mengeluh dengan kit lens kerana ia tetap mempunyai beberapa kelebihan lain. Kit lens adalah lensa yang ringan dan mempunyai julat zoom yang sesuai untuk kebanyakan aplikasi. Jika digunakan dengan berkesan, kit lens berupaya menghasilkan gambar yang menakjubkan. Mungkin dari segi kualiti imej ia kurang memberangsangkan namun disebabkan ia ringan dan mudah digunakan, anda mungkin lebih senang merakam gambar aksi tanpa memerlukan bantuan tripod. Ingat, lensa yang laju (fast lens/high performance lens) bukan sahaja lebih mahal tetapi juga lebih berat.

Jika anda hanya mempunyai kit lens sahaja, tidak perlu untuk tergesa-gesa membeli lensa baru hanya kerana segan dengan jurugambar lain. Melainkan anda perlu lensa kegunaan khas seperti lensa makro atau super telephoto, penggunaan kit lens adalah memadai untuk kebanyakan situasi.

Oleh Amir Ridhwan untuk fototeacher.com

Untuk mendapatkan berbagai maklumat mengenai kursus dan bengkel fotografi yang akan adakan oleh FOTOTEACHER.COM, sila layari laman web rasmi kami di – http://www.fototeacher.com