May 21, 2010 Categorized under Tips, Umum - No Comment

Macamana Saya Beli Buku Fotografi

Macamana Saya Beli Buku Fotografi
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM

Apabila saya ingin tahu atau belajar mengenai sesuatu tajuk dalam fotografi, mula-mula saya akan search tajuk-tajuk buku yang berkenaan di dalam amazon.com. Setelah terjumpa tajuk buku yang saya cari dan minati, saya akan membaca kandungan ringkas buku tersebut dari laman web http://www.amazon.com

Jika saya dapati buku tersebut berkualiti dan menepati kehendak saya, saya cari pula tajuk buku tersebut di dalam laman web Kinokuniya Malaysia di – http://bookweb.kinokuniya.co.jp/guest/cgi-bin/bookscohb.cgi?AREA=05

Saya akan tahu samada buku tersebut ada dalam stok di Kinokuniya Malaysia di Suria KLCC. Kalau ada stok, saya akan terus ke sana dan membeli buku tersebut. Jika tiada stok atau saya tiada masa untuk ke Suria KLCC, maka saya akan terus beli secara online dari amazon.com. Kalau beli secara online dari amazon.com perlu guna kad kredit dan penghantaran buku tersebut akan diterima dalam masa lebih kurang 10 hari. Saya pernah beberapa kali membeli buku dari amazon.com dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

Kinokuniya di Suria KLCC mempunyai koleksi buku fotografi yang banyak dan yang lebih penting, buku fotografi di sini lebih berkualiti berbanding kedai buku lain. Kebanyakan buku di Kinokuniya berbalut dengan plastik. Tetapi, jika anda ingin melihat bahagian dalam buku tersebut, anda boleh minta staf di service desk bukakan plastik tersebut untuk anda. Jangan buka sendiri plastik yang membalut buku tersebut kerana ianya adalah etika yang tidak betul dan tidak disukai oleh kedai buku.

Seorang pembaca artikel ini di Facebook (Diyana Ab Rahman) pula telah memberi maklum balas bahawa beliau suka membeli buku di – www.bookdepository.com kerana di sini harga bukunya lebih murah dan mereka menghantar buku yang dipesan ke seluruh dunia secara percuma!

Harap tips ini dapat membantu. Sila kongsikan pengalaman dan tips anda pula.

Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM

Antara buku fotografi yang menjadi rujukan saya
Antara buku fotografi yang menjadi rujukan saya

May 17, 2010 Categorized under Fikiran - 3 Comments

Jack of All Trade, Master in None

Jack of All Trade, Master in None, sebuah ungkapan yang maksudnya lebih kurang – orang yang buat macam-macam bidang, tidak mahir apa-apa bidang. Dengan erti kata lain, untuk menjadi pakar, kita perlu fokus kepada satu bidang sahaja. Tetapi…

Adakah ungkapan ini sesuai untuk zaman sekarang? Adakah kita hanya perlu tumpu kepada satu bidang sahaja untuk jadi pakar? Saya teringat pesan seorang pensyarah fotografi saya Prof. Madya Zulkalnain Zainal Abidin (kini pensyarah di UNIMAS). Kata beliau, ungkapan itu harus ditukar sesuai dengan zaman sekarang.

Dalam zaman sekarang yang menuntut kita belajar banyak bidang, ungkapan tersebut lebih sesuai ditukar kepada:Jack of All Trade, Master in ONE. Maksudnya, kita perlu belajar dan mahir banyak bidang, tetapi kita perlu juga jadi batul-betul pakar dalam satu bidang.

Apa pendapat anda?

Oleh Hasnuddin Abu Samah
FOTOTEACHER.COM

May 14, 2010 Categorized under Report BPF - 1 Comment

Report – Bengkel Portable Flash Sabah (BPFS)

groupphotobpfs17april2010small2
Gambar peserta Bengkel Portable Flash Sabah (BPFS) yang telah diadakan pada 17 April 2010 di Hotel Promenade Kota Kinabalu. Kepada peserta yang ingin mendapatkan foto di atas dalam saiz besar, sila muat turun di – http://www.fototeacher.com/GroupPhotoBPFS17April2010Large.jpg

Kepada anda yang berminat untuk mengikuti Kursus Asas Fotografi seterusnya, sila dapatkan maklumat lanjut dan buat pendaftaran di -  http://www.fototeacher.com/FlashPhotography.html

May 11, 2010 Categorized under Artikel Teknikal - No Comment

Tips Penggunaan Flash

flashsample
Contoh foto dengan kawalan flash yang baik.

TIPS PENGGUNAAN FLASH
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM

Bila merakam foto menggunakan flash, biasanya hasil gambarnya akan kelihatan tidak natural. Saya selalu pesan kepada peserta kursus – kalau pakai flash, jangan bagi nampak macam pakai flash. Maksudnya, kita mesti kawal supaya cahaya flash tersebut nampak natural dan cantik. Untuk mendapatkan kesan cahaya flash yang menarik, anda boleh mengikuti beberapa tips ini:

1) Jadikan flash sebagai fill-in sahaja, bukan sebagai main light. Secara mudahnya, gunakan ISO yang agak tinggi, aperture yang paling besar dan shutter speed yang paling perlahan untuk mendapatkan kesan flash yang natural dan teradun dengan cahaya semulajadi. Jika anda menggunakan kawalan TTL pada flash, anda boleh letakkan flash compensation pada -1, -2 dan sebagainya, untuk menjadikan flash anda sebagai fill-in sahaja.

2) Lembutkan cahaya flash dengan cara memantulkan (bounce) flash tersebut ke syiling atau ke dinding. Cuma pastikan sudut pantulan anda adalah betul dan menghasilkan kesan pencahayaan yang menarik. Anda juga perlu ingat agar elakkan bounce kepada syiling atau permukaan yang terlalu tinggi atau berwarna gelap kerana kuasa flash anda tidak mampu memantulkan balik cahaya tersebut. Ini akan mengakibatkan flash anda jadi cepat panas, tempoh recycle bateri menjadi perlahan dan bateri cepat habis. Jika permukaan tersebut terlalu jauh atau terlalu gelap, gambar yang dihasilkan akan menjadi gelap (under exposed)

3) Untuk mengurangkan bayang yang dihasilkan oleh flash, anda boleh gunakan reflector untuk memantulkan kembali cahaya utama sekaligus mengurangkan bayang. Reflector adalah satu aksesori yang amat penting dan berguna untuk jurufoto perkahwinan atau jurufoto potret. Terdapat berbagai jenis reflector di pasaran, tetapi yang paling praktikal adalah reflector bernama TriGrip buatan Lastolite. Anda boleh dapatkan reflector jenis ini dari FOTOTEACHER dengan harga diskaun jika anda adalah bekas peserta kursus FOTOTEACHER. Malah anda boleh mencuba dahulu sebelum membeli dari kami.

4) Anda juga boleh lembutkan cahaya flash dengan menggunakan diffuser dihadapan flash. Diffuser ini boleh dibuat dari sebarang objek yang lutcahaya. Setiap bahan akan memberikan kesan cahaya yang berlainan. Anda boleh gunakan kertas putih, kertas tisu atau plastik putih yang lutcahaya (seperti botol susu yang dibuat dari plastik) Untuk anda yang lebih serius, anda boleh gunakan aksesori seperti umbrella atau softbox. Antara jenama yang terkenal adalah Lumiquest dan Lastolite. Kini, produk-produk ini juga boleh didapati di FOTOTEACHER.

5) Untuk kesan yang lebih semualajadi, jangan pakai flash langsung jika keadaan mengizinkan. Anda perlu ada lensa dengan aperture yang besar seperti f/2.8 untuk tujuan ini. Anda juga mestilah boleh merakam foto dengan shutter yang perlahan seperti 1/8 saat serta ISO tinggi seperti ISO 800. Untuk merakam foto dengan shutter yang perlahan, anda perlu ada lensa VR atau IS. Atau anda boleh guna lensa biasa, tetapi perlu mempunyai tangan yang stabil.

6) Selain dari cahaya lembut, cahaya direct flash juga boleh menghasilkan foto yang menarik jika kena dengan subjeknya. Cahaya direct flash lebih kasar dan menghasilkan bayang yang ketara. Untuk menjadikan direct flash lebih menarik, anda perlu pancarkan flash anda secara off-camera (flash tidak berada di atas kamera) Anda perlu mempunyai TTL cord untuk tujuan ini. Anda boleh pancarkan flash dari sudut tepi kamera anda dan sebagainya. Dengan pancaran flash secara off-camera, foto anda tidak akan kelihatan seperti foto biasa dimana flash dipancarkan dari atas kamera.

7) Diharap tips ringkas di atas dapat memberi manfaat kepada anda. Jika anda berminat untuk mempelajari teknik flash dengan lebih mendalam, saya cadangkan anda untuk menghadiri Bengkel Portable Flash yang akan datang. Kami menawarkan harga diskaun early bird yang sungguh rendah kepada peserta yang membuat bayaran awal. Kami juga menawarkan diskaun istimewa untuk peserta yang ingin membeli peralatan flash dari jenama Lastolite dan Lumiquest dengan harga yang tidak ditawarkan di tempat lain! Kemudahan bayaran menggunakan kad kredit Visa dan Mastercard juga disediakan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.fototeacher.com/FlashPhotography.html
Untuk pertanyaan, sila hubungi: 03-91017155 atau 012-3937155

Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM

bpflastolite

May 10, 2010 Categorized under BLOG ARKIB - No Comment

BLOG ARKIB – CARA MERAKAM FOTO SILHOUETTE

blogarkiblogosmall

Cara Merakam Foto Silhouette
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM
Entry asal dari blog FOTOTEACHER – 30 Jun 2007

Untuk rakam gambar silhouette, kecerahan subjek dan latarbelakang mestilah mempunyai perbezaan kecerahan sekitar 4 stop atau lebih. Ini bermaksud, subjek dan latarbelakang mesti mempunyai perbezaan kecerahan yang ketara. Kalau subjek dan background berada dalam kecerahan cahaya yang hampir sama, gambar silhouette tak akan dapat dihasilkan.

Expose gambar anda supaya subjek menjadi under expose 4 stop atau lebih. Exposure untuk background boleh jadi normal atau over expose, bergantung kepada situasi.

Gambar silhouette boleh dirakam dalam keadaan dimana subjek berada dalam tempat gelap manakala latarbelakangnya terang. Untuk cuba teknik ini, anda boleh rakam satu subjek di dalam rumah (di tepi tingkap) dengan latarbelakangnya adalah pemandangan luar rumah diwaktu siang yang panas. Anda pasti akan dapat hasilkan silhouette.

silhoutte
Gambar silhouette – seorang kanak-kanak di tepi tingkap

Artikel dan foto adalah hakcipta terpelihara FOTOTEACHER.COM. Tidak dibenarkan disiarkan semula tanpa kebenaran bertulis dari FOTOTEACHER.COM

SERTAI BERBAGAI KURSUS FOTOGRAFI ANJURAN FOTOTEACHER.COM. UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA KLIK DI SINI

May 9, 2010 Categorized under Report AFD - No Comment

Report – Kursus Asas Fotografi Digital Sabah (AFDS)

groupphotoafds12to13april2010small1
Gambar peserta Kursus Asas Fotografi Digital Sabah (AFDS) yang telah diadakan pada 12-13 April 2010 di Hotel Promenade Kota Kinabalu. Kepada peserta yang ingin mendapatkan foto di atas dalam saiz besar, sila muat turun di – http://www.fototeacher.com/GroupPhotoAFDS12to13April2010Large.jpg

Kepada anda yang berminat untuk mengikuti Kursus Asas Fotografi seterusnya, sila dapatkan maklumat lanjut dan buat pendaftaran di – http://www.fototeacher.com/AFDSabah.htm

May 3, 2010 Categorized under Report AFD - No Comment

Report – Kursus Asas Fotografi Digital (AFD)

groupphotoafd3to4april2010small
Gambar peserta Kursus Asas Fotografi Digital (AFD) yang telah diadakan pada 3-4 April 2010. Kepada peserta yang ingin mendapatkan foto di atas dalam saiz besar, sila muat turun di – http://www.fototeacher.com/GroupPhotoAFD3to4April2010Large.jpg

Kepada anda yang berminat untuk mengikuti Kursus Asas Fotografi seterusnya, sila dapatkan maklumat lanjut dan buat pendaftaran di – http://www.fototeacher.com/basicphotography.htm

May 1, 2010 Categorized under BLOG ARKIB - 3 Comments

BLOG ARKIB – HARGA MURAH UNTUK KAWAN-KAWAN?

blogarkiblogosmall

HARGA MURAH UNTUK KAWAN-KAWAN?
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM
Entry asal 23 April 2007

Bagi anda yang menjadikan fotografi sebagai sumber pendapatan…

Kita tentu selalu dengar ayat macam ni – “Takkan takde diskaun untuk kawan-kawan?” Ayat ni kita biasa dengar bila ‘kawan’ kita nak guna khidmat kita untuk rakam gambar untuk mereka… Masalahnya di sini:

1) Diskaun ‘harga kawan-kawan’ tu adakalanya tak munasabah. Dahlah mintak diskaun sampai kita hampir rugi, lepas tu nak free gift lagi, lepas tu nak kualiti ngalahkan anak raja… Dan yang paling peritnya, bila time nak bayar, bukan main liat lagi…

2) Kalau kawan yang mintak diskaun tu memang kawan lama dan kawan baik yang dah banyak berjasa, tak apa jugak. Memang dengan rela hati, saya boleh bagi FREE aje. Tapi masalahnya, jenis kawan yang hanya mengaku kawan bila nak guna khidmat kita. Kawan kepada kawan kepada kawan kita pun mengaku jadi kawan kita dan nak mintak diskaun. Teruk la macam ni…

Maaflah, wahai ‘kawan-kawan’, saya terpaksa bercakap yang benar untuk mengubah mentaliti orang kita. Sepatutnya, kalau ada kawan kita buat bisnes, kita bukan mintak harga murah, tapi, lebih baik kalau kita bayar dia harga yang sepatutnya untuk menyokong dan memajukan lagi bisnes kawan kita tu. Kalau asyik bayar murah, macamana orang kita nak maju berniaga?

Ada sorang kawan saya mintak saya shoot gambar kahwin dia. Disebabkan kawan saya ni banyak berjasa dengan saya, maka saya cakap kat dia, saya nak bagi FREE aje. Dia cakap, “Jangan bagi free. Kau charge berapa kau nak charge. Aku takut kalau kau bagi free nanti, aku dapat kualiti macam gambar free!” Saya respek dengan mentaliti dia ni. Dia faham pasal bisnes.

Saya ada sorang makcik yang jual nasi lemak. Dia ni baik hati dan selalu panggil kitaorang datang makan kat rumah dia. Satu hari tu, saya tak ada duit nak makan (ni cerita zaman dulu la ni…) So, saya pun pergi le ke gerai makcik saya ni dengan harapan nak makan nasi lemak free. Bila dah habis makan, makcik saya suruh saya bayar – dia tak bagi kurang satu sen pun! Saya kena bayar macam harga orang lain jugak. Prinsip dia, kalau berniaga kena tegas. Tak kira sedara ke, kawan ke, harga sama. Business is business. Saya belajar sesuatu dari dia…

Macam jugak satu cerita ni, saya pernah nak beli barang dari sorang tauke cina yang agak baik dengan saya. Saya mintak dia bagi diskaun RM 2 dari harga asal. Puas mintak, dia tak bagi jugak sebab tu dah best price katanya. Last sekali dia kata, “Kawan, ni harga sudah spesel, gua tak boleh kasi kurang, nanti gua rugi. Lu bayar ini harga, nanti gua belanja lu minum kopi, itu lain cerita”

So, saya faham, tauke ni ada prinsip. Dia berniaga mesti ada untung. Tapi, kalau di luar bisnes dia, dia boleh ‘rugi’ untuk belanja kawan minum kopi. Macam makcik saya yang jual nasi lemak tu jugak, rajin belanja sedara mara makan kat rumah dia dan selalu bagi hadiah kepada anak-anak buah. Tapi, kalau nak beli barang dengan dia, strictly no diskaun! Again, business is business.

Sekarang ni kalau ada kawan-kawan atau sedara-mara yang tak faham pasal bisnes datang nak mintak khidmat kami, saya dengan baiknya akan menolak dengan berkata, “Maaflah, tak boleh buat job tu, kami dah ada job lain….”

Apa pendapat anda? Mari kita kongsi bersama…

Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM
Entry asal 23 April 2007

DAPATKAN ARTIKEL FOTOGRAFI PERCUMA, DIHANTAR TERUS KE E-MEL ANDA. SILA KLIK DI SINI

April 28, 2010 Categorized under Berita & Pengumuman - No Comment

Harga Diskaun Early Bird Akan Ditutup – FOTOXPRESS

fotoxpress-logo

Kursus fotografi padat dengan harga yang sungguh rendah – FOTOXPRESS akan diadakan pada 29 Mei 2010 (Sabtu) di Petaling Jaya. Bayaran menggunakan kad kredit secara online diterima. Cepat, tawaran diskaun early bird RM230 akan ditutup pada 1 Mei 2010! Untuk maklumat lanjut, sila ke – http://www.fototeacher.com/fex.html

Kami juga menawarkan diskaun istimewa untuk penyertaan berkumpulan atau pelajar.
Untuk pertanyaan, sila hubungi 03-91017155 atau 012-3937155 atau e-mel kepada sales@fototeacher.com

Mohon jasabaik anda untuk hebahkan kepada rakan-rakan lain yang berminat. Terima kasih.

April 19, 2010 Categorized under Report BPF - No Comment

Report – Bengkel Portable Flash (BPF)

groupphotobpf28mac2010small
Gambar peserta Bengkel Portable Flash (BPF), 28 Mac 2010. Kepada peserta yang ingin dapatkan foto di atas dalam saiz besar, sila muat turun di – http://www.fototeacher.com/GroupPhotoBPF28Mac2010Large.jpg

SERTAI KURSUS FOTOGRAFI PERKAHWINAN YANG AKAN DATANG! SILA DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT DAN BUAT PENDAFTARAN DI SINI

Untuk pertanyaan, sila hubungi 03-91017155 / 012-6020770 atau e-mel kepada sales@fototeacher.com

April 16, 2010 Categorized under BLOG ARKIB - No Comment

BLOG ARKIB – WAYAR BERSERABUT, OTAK BERSERABUT

blogarkiblogosmall

WAYAR BERSERABUT, OTAK BERSERABUT
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM
Entry asal 20 April 2007

Bila guna kamera digital ni, kita banyak menggunakan equipment yang berwayar – wayar charger bateri kamera, wayar charger bateri rechargeable AA, wayar USB, wayar video output dan sebagainya. Kalau wayar ni tidak diuruskan dengan betul, kadang2 tu berserabut kepala kita nak meleraikan wayar yang berserabut tu. Kerja pun boleh jadi lambat.

serabut1
Ni baru satu wayar. Bayangkan kalau ada 2-3 wayar lain yang bergumpal sekali…

Untuk memastikan equipment berwayar ni semua sentiasa kemas dalam beg kamera saya, saya gunakan velcro strap untuk ikat wayar-wayar ni. Velcro wire strap ni boleh dibeli di ACE HARDWARE. Saya beli ni di ACE HARDWARE Midvalley Megamall.

serabut2
Velcro wire strap

Bila dah ikat wayar ni elok2 dengan velcro wire strap ni, nampak kemas la sikit… Saya jenis tak boleh tengok barang bersepah dan berserabut. Saya suka semuanya dalam keadaan yang kemas. Disiplin macam ni rasanya penting untuk bekerja dengan lebih efisyen dan lebih profesional.

serabut3
Nampak lebih kemas? Apa pendapat anda?

Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM

Jadilah ‘fan’ di PAGE FOTOTEACHER dalam FACEBOOK dan dapatkan berbagai keistimewaan! Sila ke – http://www.facebook.com/fototeacher

April 7, 2010 Categorized under Berita & Pengumuman - 1 Comment

FOTOXPRESS – KURSUS FOTOGRAFI DARI SERENDAH RM180!!!

detailedposterfexgifforblog
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila ke: http://www.fototeacher.com/fex.html
Untuk pertanyaan, sila hubungi: 03-91017155 / 012-3937155 atau e-mel kepada sales@fototeacher.com

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA DARI FOTOTEACHER.COM!
Anda akan mendapat artikel dan tips fotografi secara percuma, diberitahu mengenai promosi terkini, berita terkini, kursus terkini dan lain-lain lagi. Langgan newsletter FOTOTEACHER sekarang! SILA KLIK DI SINI

April 1, 2010 Categorized under Berita & Pengumuman - No Comment

TAWARAN HARGA ISTIMEWA UNTUK KURSUS FOTOGRAFI PERKAHWINAN

posterofferkfp
UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN PENDAFTARAN, SILA KLIK DI SINI

April 1, 2010 Categorized under Report KFP - 1 Comment

Report – Kursus Fotografi Perkahwinan (KFP)

groupphotokfp27mac2010small
Gambar peserta Kursus Fotografi Perkahwinan (KFP) 27 Mac 2010. Kepada peserta yang ingin dapatkan foto di atas dalam saiz besar, sila muat turun di – http://www.fototeacher.com/GroupPhotoKFP27Mac2010Large.jpg

SERTAI KURSUS FOTOGRAFI PERKAHWINAN YANG AKAN DATANG! SILA DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT DAN BUAT PENDAFTARAN DI SINI

Untuk pertanyaan, sila hubungi 03-91017155 / 012-6020770 atau e-mel kepada sales@fototeacher.com