-
CATEGORY
- Artikel Kreativiti
- Artikel Teknikal
- Berita / Pengumuman
- Berita & Pengumuman
- BLOG ARKIB
- Fikiran
- Gambar
- Inspirasi & Motivasi
- Personal
- Photo Improvement
- Program Mini/Percuma
- Relaks
- Report – DIP
- Report – Kursus Fotografi Khas
- Report AFD
- Report AVD
- Report BAP
- Report BDW
- Report BLF
- Report BPF
- Report FMR
- Report FOTOXPRESS
- Report KFP
- Review
- Sembang
- Survey & Poll
- TANYA HASNUDDIN
- Tips
- Umum
- Uncategorized
- video
Gambar peserta Kursus Fotografi Perkahwinan (KFP) yang telah diadakan pada 29 Oktober 2011 di Fototeacher Training Centre, Cheras Kuala Lumpur. Kepada peserta yang ingin mendapatkan foto ini di dalam saiz besar, sila ke - http://fototeacher.com/GroupPhotoKFP29Oktober2011.jpg
Berikut adalah diantara beberapa testimoni peserta yang hadir:
“Proses pembelajaran yang sangat menarik dan tidak membosankan” - Abdul Hassan Ab Wahab
“Program yang sangat sesuai untuk yang ingin menjadikan ‘Wedding Photography’ sebagai karier separuh masa ataupun sepenuh masa” - Mohd Rizal Ahmad
“Jurulatih yang berpengalaman, kursus yang padat dan menyeluruh serta fasiliti yang sangat bagus” - Shahrul Azimi
“Sistem penyampaian yang berkesan, praktikal yang melibatkan peserta, sangat sesuai dihadiri oleh bakal jurugambar perkahwinan atau yang telah berada dalam bidang ini untuk mendapat ilmu baru untuk kegunaan masa depan” - Azizi bin Sabu
“Teori yang digunakan banyak diperolehi dari pengalaman jurulatih. Sangat mudah dan senang difahami” - Zulkifli Baharuddin
Kepada anda yang ingin menyertai kursus ini pada masa akan datang, sila dapatkan maklumat lanjut dan buat pendaftaran di - http://fototeacher.com/kfp.htm
Untuk pertanyaan, sila hubungi 03-91017155/012-6020770 (waktu pejabat) E-mel: sales@fototeacher.com
Sila layari laman web kami - http://fototeacher.com/index.htm
Penginapan Murah Ketika Mengembara di Luar Negara
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM
Saya pernah mengembara ke New Zealand (bahagian pulau selatan) selama 7 hari. Saya memandu dari Christchurch melalui Arthurs Pass, Hokitika, Franz Josef, Queenstown hingga ke Te Anau. Dari Te Anau, saya ke Milford Sound dan pulang ke Te Anau semula. Seterusnya, saya teruskan perjalanan ke Dunedin, Timaru dan akhir sekali tiba semula di Christchurch. Selama 7 hari ini saya menginap di beberapa tempat. Di sini saya ingin berkongsi maklumat tentang cara untuk menjimatkan kos penginapan apabila kita mengembara di luar negara.
Semasa di New Zealand, saya tinggal di hostel (asrama) di bawah rangkaian pertubuhan Hostelling International (HI). Mereka mempunyai rangkaian hostel di seluruh dunia dengan harga yang rendah. Ketika di New Zealand, harga penginapan di hostel ini cuma dalam lingkungan RM120 satu bilik untuk 2 orang bagi satu malam. Tetapi harga ini bergantung kepada lokasi hostel dan beberapa faktor lain. Apa yang pasti, harganya adalah jauh lebih rendah dari harga menginap di hotel biasa.
Mulanya memang agak curiga untuk menginap di hostel. Tetapi, jangkaan saya meleset sama sekali. Hostel di bawah pertubuhan Hostelling International ini amat berbeza dengan hostel atau asrama yang kita biasa bayangkan. Hostel mereka adalah selamat, bersih dan lengkap. Ia bukan seperti sesetengah asrama backpackers yang biasa kita lihat di Malaysia yang kelihatan kotor dan berada di lokasi yang kelihatan tidak menyenangkan.
Biasanya jenis bilik yang disediakan adalah dorm, 2 orang sebilik dan satu orang sebilik. Kemudahan yang disediakan di dalam bilik hanyalah yang asas tetapi cukup selesa untuk berehat dan tidur. Tiada meja, peti sejuk atau TV.
Bilik mandi dan tandas disediakan di luar bilik tidur dan dikongsi bersama penginap yang lain. Tetapi, jarak diantara bilik tidur dengan bilik mandi atau tandas adalah tidak terlalu jauh. Bilik mandi dan tandasnya juga adalah bersih.
Penginap-penginap di sini kebanyakannya adalah di kalangan pengembara (backpackers) yang kerap mengembara ke seluruh dunia dan biasa menggunakan khidmat Hostelling International ini. Rata-rata penginap di sini nampak mementingkan kebersihan, berdisiplin, bersopan santun dan peramah.
Berbeza dengan hotel, hostel ini tidak menyediakan keperluan mewah seperti kolam renang, room service, bell boy, coffe house dan sebagainya bagi mengurangkan kos operasi mereka. Tetapi, hostel ini menyediakan segala keperluan asas dengan tahap yang memuaskan, sesuai dengan harganya yang rendah.
Apa yang menarik mengenai hostel ini ialah, mereka menyediakan ruang dapur yang lengkap dengan peralatan memasak untuk kita memasak sendiri. Ini satu lagi cara yang menjimatkan apabila berada di luar negara. Apabila berada di luar negara seperti di New Zealand, adalah agak sukar untuk mendapat makanan halal (bagi yang beragama islam). Harga makanan di restoran juga adalah agak mahal. Jadi, anda boleh menjimatkan kos dengan cara memasak sendiri di dapur yang disediakan di hostel ini. Bagi anda yang beragama islam, apabila anda memasak sendiri, anda boleh pastikan makanan anda adalah halal.
Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh semua hostel tempat saya menginap. Saya dapat perkara penting yang saya harapkan – kos rendah, selesa, bersih, selamat dan layanan mesra.
Untuk menginap di mana-mana rangkaian hostel di bawah Pertubuhan Hostelling International, kita perlu menjadi ahli untuk mendapat diskaun dan beberapa kelebihan lain. Wakil Hostelling International di Malaysia ialah Hostelling International – Malaysia (HI Malaysia) Untuk menjadi ahli, perlu mendaftar dan membuat bayaran kepada HI Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web HI Malaysia di – http://www.hi-malaysia.org.my/V3/
Untuk melihat senarai hostel di seluruh dunia di bawah Pertubuhan Hostelling International, sila ke laman web – http://www.hihostels.com/web/about.en.htm
Report – Kursus Fotografi Perkahwinan & Asas Photoshop
Gambar peserta Kursus Fotografi Perkahwinan dan Asas Photoshop yang telah diadakan pada 29-30 Oktober 2011 untuk Kolej Komuniti Hulu Langat. Kursus dikendalikan oleh Fototeacher. Kepada peserta yang ingin mendapatkan foto ini di dalam saiz besar, sila ke – http://fototeacher.com/GroupPhotoKFPandBAPKolejKomuniti29to30Oktober2011Large.jpg
Kepada anda yang ingin menyertai berbagai kursus fotografi pada masa akan datang, sila dapatkan maklumat lanjut dan buat pendaftaran di – http://fototeacher.com/index.htm
Untuk pertanyaan, sila hubungi 03-91017155/012-6020770 (waktu pejabat) E-mel: sales@fototeacher.com
Report – Kursus Asas Fotografi Digital (15-16 Oktober 2011)
Gambar peserta Kursus Asas Fotografi Digital (AFD) yang telah diadakan pada 15-16 Oktober 2011 di Fototeacher Training Centre, Cheras, Kuala Lumpur. Kepada peserta yang ingin mendapatkan foto ini di dalam saiz besar, sila ke – http://fototeacher.com/GroupPhotoAFD15to16Okt2011Large.jpg
Berikut adalah diantara testimoni dari peserta yang telah hadir:
“Kursus ini amat menarik dengan tenaga pengajar yang berpengalaman” - Yaki bin Zakaria
“Saya amat berpuas hati dengan kursus serta tenaga pengajar yang berdedikasi mengajar dan apa yang telah diajar oleh jurulatih mudah difahami” - Amir bin Nordin
“Selepas menghadiri kursus ini (AFD), pengetahuan saya dalam bidang ini bertambah. Selain itu, cara penyampaian pun amat mudah difahami” - Mohd Firdaus Najmi
“Kursus ini baik untuk orang yang berminat dengan fotografi dan kepada mereka yang baru hendak belajar fotografi” - Wan Rosidi bin Wan Hashim
“Penerangan yang diberi jelas dan tidak membosankan” - Mohd Hudzairi Mansor bin Mohd Nadzir
Kepada anda yang ingin menyertai kursus ini pada masa akan datang, sila dapatkan maklumat lanjut dan buat pendaftaran di – http://fototeacher.com/basicphotography.htm
Untuk pertanyaan, sila hubungi 03-91017155/012-6020770 (waktu pejabat) E-mel: sales@fototeacher.com
Sila layari laman web kami – http://fototeacher.com/index.htm
BLOG ARKIB – APA ITU BULB?
APA ITU BULB?
Oleh: Hasnuddin Abu Samah
(Telah diubahsuai dari entry asal di blog FOTOTEACHER bertajuk
“Apa Itu Bulb?”– 15 Mac 2009)
Pada kamera DSLR kita, kita akan jumpa pelarasan shutter speed yang dinamakan BULB. Apabila kita menggunakan setting BULB, shutter akan terbuka apabila shutter release button ditekan. Selagi kita tidak lepaskan shutter release button tersebut, selagi itulah shutter akan terus terbuka. Ini bermaksud, anda boleh tentukan sendiri berapa lama shutter ingin dibuka.
Kebanyakan kamera DSLR mempunyai kawalan shutter speed diantara kelajuan 1/4000 saat sehingga ke 30 saat. Jika anda ingin membuka shutter lebih lama dari 30 saat, anda boleh laraskan kawalan shutter kepada BULB.
Setting BULB biasanya digunakan dalam keadaan cahaya yang kurang seperti pada waktu malam. Dengan membuka shutter dalam satu tempoh yang panjang, lebih banyak cahaya akan masuk. Dengan ini, suasana yang gelap akan dapat dicerahkan.
Tapi, bila menggunakan slow shutter, anda perlu pastikan kamera berada dalam keadaan stabil tanpa ada sebarang gegaran ketika foto sedang dirakam. Anda boleh gunakan tripod untuk mengatasi masalah ini. Anda juga perlu pastikan subjek anda tidak bergerak apabila menggunakan slow shutter.
Mengapa BULB dinamakan BULB?
BULB mendapat namanya dari ‘flash bulb‘. Pada zaman awal fotografi, apabila jurufoto ingin merakam gambar dengan flash bulb, mereka perlu membuka shutter dalam tempoh yang agak panjang. Setelah shutter terbuka, flash bulb akan dipancarkan secara manual oleh jurugambar. Setelah itu, jurugambar perlu menutup semula shutter. Sebab itulah, shutter perlahan dimana kita kawal bila ianya dibuka dan ditutup dinamakan BULB.
Jurugambar zaman lalu perlu menggunakan BULB apabila ingin merakam gambar menggunakan flash. Ini berbeza dengan teknologi sekarang. Kini Flash boleh dipancarkan secara otomatik sebaik shutter terbuka. Ini juga disebut sebagai flash synchronization.
Oleh: Hasnuddin Abu Samah
Dapatkan berbagai artikel dan tips fotografi – dihantar terus ke e-mel anda. Langgan newsletter percuma dari FOTOTEACHER di – http://fototeacher.com/subscribe.htm
Jurufoto Sambilan
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM
Bagi peminat fotografi baru (beginners), salah satu cara yang paling mudah untuk menjana pendapatan adalah melalui fotografi perkahwinan. Bagi golongan yang mempunyai pendapatan tetap, bisnes fotografi perkahwinan dilakukan secara sambilan. Apabila dilakukan secara sambilan, ada segelintir jurufoto sambilan yang kurang bersungguh-sungguh dalam kerja fotografi perkahwinan. Tanpa minat dan kesungguhan, seseorang itu tidak boleh maju dalam bidang ini.
Tanpa ilmu dan bimbingan yang betul, ada masanya seseorang itu akan terperangkap dalam beberapa masalah. Adakalanya ini akan membuatkan seseorang itu berputus asa lalu meninggalkan terus bidang ini. Selain dari itu, ada juga golongan yang terlibat dalam fotografi perkahwinan dalam satu tempoh masa yang lama, tetapi malangnya mereka tidak memperolehi hasil yang setimpal walaupun telah mengorbankan banyak wang dan masa mereka.
Sebenarnya, jika pekerjaan ini dilakukan dengan cara yang betul, ianya boleh memberikan pendapatan yang lumayan. Sudah terbukti, ramai jurufoto perkahwinan di luar sana yang telah berjaya.
Bidang fotografi perkahwinan nampak mudah pada awalnya. Tetapi, sebenarnya, ia tidak semudah yang disangka. Memang betul, sesiapa sahaja boleh merakam foto perkahwinan, tetapi untuk merakam foto perkahwinan yang berkualiti tinggi, memerlukan ilmu, kemahiran, pengalaman dan usaha yang bersungguh-sungguh. Adalah lebih sukar lagi untuk menjana keuntungan dari fotografi perkahwinan. Seseorang itu perlu ada ilmu perniagaan selain dari ilmu fotografi. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan, ilmu perniagaan adalah lebih penting dari ilmu fotografi sekiranya seseorang itu ingin berjaya dalam fotografi perkahwinan.
Ramai jurufoto sambilan menyangka mereka mendapat untung setiap kali mendapat pelanggan. Tetapi, hakikatnya mereka selalu rugi, terutamanya dalam jangka masa panjang. Memanglah setiap kali kerja dilakukan, mereka akan mendapat sedikit wang untung bersih, tetapi, mereka tidak sedar bahawa mereka telah rugi satu perkara yang lebih bernilai, iaitu – masa. Untung bersih yang diperolehi tidak setimpal dengan masa yang telah dikorbankan jika bisnes ini dilakukan dengan cara yang salah.
Antara kesilapan lain yang selalu dilakukan oleh jurufoto perkahwinan yang melakukan kerja secara sambilan ialah:
1) Menganggap fotografi perkahwinan adalah sebahagian dari hobinya dalam fotografi. Disebabkan itu, mereka tidak begitu kisah dengan jumlah bayaran yang diterima. Mereka tidak faham maksud hobi. Hobi ialah melakukan sesuatu untuk kepuasan diri sendiri, tetapi fotografi perkahwinan bukan satu hobi kerana kita perlu merakam gambar untuk kepuasan pelanggan.
2) Membelanjakan wang dengan cara yang salah untuk membeli kamera, lensa dan lain-lain peralatan fotografi yang sebenarnya tidak diperlukan. Mereka menyangka, peralatan yang mahal boleh memajukan perniagaan mereka, tetapi sebenarnya itu tidak benar. Kesilapan pengurusan kewangan ini boleh mengundang masalah lain yang lebih besar. Mereka sepatutnya turut memperuntukkan sejumlah wang untuk tujuan pemasaran, modal pusingan dan lain-lain.
3) Tidak mengetahui dan tidak mahir teknik yang betul dalam merakam foto perkahwinan. Bidang fotografi adalah bidang yang luas dan setiap bidang pengkhususan dalam fotografi itu mempunyai teknik-tekniknya yang tersendiri. Teknik yang digunakan untuk merakam foto sebagai hobi misalnya, adalah berlainan dengan teknik merakam foto perkahwinan. Biasanya, teknik dalam fotografi perkahwinan mementingkan teknik yang ringkas, cepat tetapi berkesan. Di dalam fotografi perkahwinan juga, imej yang dihasilkan mestilah mempunyai tahap kesenian yang tertentu disamping ianya juga perlu menambat hati pelanggan.
4) Mudah terikut dan meniru gaya foto yang dihasilkan oleh jurufoto lain. Disebabkan meniru, hasil karya mereka tidak mempunyai keaslian atau identiti sendiri. Dengan cara mengikut tanpa faham konsep dan tanpa ada kemahiran mengenainya, hasilnya juga tidak begitu menjadi. Untuk bersaing, seseorang jurufoto itu perlu mempunyai karya yang unik agar dia boleh ‘dilihat’ dan dihargai oleh bakal pelanggan.
5) Tidak mahir dalam bidang pemasaran. Walau sebagus mana pun karya seseorang itu, tanpa pemasaran yang betul, karya itu tidak dapat menjana pendapatan untuknya. Jurufoto sambilan biasanya tidak sanggup untuk membelanjakan wang untuk pemasaran (tetapi sanggup membeli kamera mahal) Mereka tidak faham bahawa, wang yang dikeluarkan untuk menjalankan pemasaran yang berkesan adalah satu pelaburan, bukannya satu pembaziran. Bukankah bijak jika terpaksa membelanjakan RM10,000 untuk pemasaran jika kita akan mendapat untung RM50,000 darinya?
Tetapi, semua ini adalah normal – dalam proses belajar, kita memang akan sentiasa membuat kesilapan. Apa yang penting ialah kita belajar dari kesilapan. Makin besar kesilapan yang dibuat, makin besar pengajaran yang akan didapati. Tetapi, orang yang lebih bijak ialah orang yang belajar dari kesilapan orang lain. Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya jurufoto sambilan yang masih baru di dalam bidang ini menambahkan usaha untuk mencari ilmu dan belajar dari jurufoto lain yang lebih berpengalaman.
Akan sampai masanya nanti apabila seseorang itu telah lama dalam bidang ini, dia akan tiba di satu titik untuk membuat keputusan – berhenti kerja tetap dan lakukan fotografi perkahwinan secara sepenuh masa! Untuk pergi lebih jauh, semua orang akan melalui peringkat ini. Peringkat yang lebih sukar, lebih mencabar dan lebih berisiko. Tetapi, pulangannya berbaloi jika kita berjaya.
Jika dilakukan dengan cara yang betul, setelah beberapa tahun melakukan fotografi perkahwinan secara sepenuh masa, seseorang itu akan pergi ke langkah seterusnya, iaitu mempunyai pejabat yang khusus untuk perniagaannya. Bukan lagi beroperasi dari rumah. Disebabkan tugasan yang banyak, pada peringkat ini juga, jurufoto akan mula mempunyai pekerja yang akan membantu dalam beberapa urusan. Pada peringkat ini juga, jurufoto tadi bukan sahaja sibuk merakam foto, tetapi dia juga akan sibuk dalam menguruskan bermacam-macam hal berkaitan perniagaannya. Mungkin selepas beberapa ketika, dia akan membuka satu lagi perniagaan baru, menambah bilangan pekerja atau berpindah ke pejabat yang lebih besar. Ini menandakan bahawa seseorang jurufoto itu telah berjaya di dalam bidangnya, walau pada awalnya dia hanya bermula dari seorang jurufoto sambilan.
Kursus Fotografi Perkahwinan
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila ke – http://fototeacher.com/kfp.htm
Menara Berkembar Petronas
Ramai yang memanggil bangunan ini sebagai menara KLCC (Kuala Lumpur City Centre), tetapi nama sebenarnya ialah Menara Berkembar Petronas atau di peringkat antarabangsa mengenalinya sebagai Petronas Twin Tower. Bagi kita yang tinggal di Kuala Lumpur, kita tentu sering melihat pemandangan Menara Berkembar Petronas ini sehingga kadangkala kita terlupa bahawa, sebenarnya menara ini sangat popular di seluruh dunia. Ianya masih memegang rekod sebagai menara berkembar tertinggi di dunia. Pelancong dari seluruh dunia datang dari jauh untuk melihat dan menghargainya; mungkin lebih dari kita sendiri menghargai menara ini. Kita tidak berapa kisah kerana menara ini ada di negara kita sendiri. Biasalah begitu.
Saya sebagai peminat fotografi sering mengembara ke seluruh Malaysia dan kadangkala ke luar negara untuk merakam foto yang menarik. Tetapi, pelik sekali, saya tidak pernah merakam foto Menara Berkembar Petronas sebelum ini. Ini mungkin disebabkan saya selalu berkunjung ke sini dan boleh ke sini pada bila-bila masa. Jadi, tiada sebarang desakan. Lagi satu sebab ialah kerana saya rasakan terlalu ramai orang yang telah merakam gambar menara ini dan sukar untuk mendapatkan gambar yang unik.
Jadi, apa yang mendorong saya untuk merakam gambar Menara Berkembar Petronas ini?
Saya ada terlihat beberapa gambar Menara Berkembar Petronas yang dirakam dengan begitu baik sekali oleh beberapa orang jurufoto antarabangsa. Saya kagumi karya mereka. Saya terfikir, jika mereka boleh datang dari jauh untuk merakam gambar menara ini, kenapa saya yang tinggal di Kuala Lumpur tidak turut cuba merakam gambar bangunan yang sungguh indah ini? Ini akan menguji diri saya sendiri. Bolehkah saya merakam gambar satu subjek yang popular ini dengan baik? Apa yang pasti, saya mempunyai satu kelebihan. Saya tinggal tidak jauh dari menara ini dan saya boleh merakam gambarnya setiap hari jika saya mahu, sehinggalah saya dapat gambar yang baik!
Lalu, saya membuat sedikit persediaan. Melayari laman web mencari foto-foto Menara Berkembar Petronas dan mengkaji gambar-gambar tersebut. Saya membuat rumusan mengapakah sesuatu foto itu menarik dan bagaimana saya boleh jadikan foto saya lebih menarik atau sekurang-kurangnya sama taraf.
Bagi saya, ada 2 perkara paling penting dan paling sukar untuk merakam foto menara ini. Pertama, saya perlu dapatkan sudut yang menarik dan kalau boleh, perlu rakamkan dari sudut rakaman atau komposisi yang belum pernah jurufoto lain rakamkan. Perkara kedua, saya perlu dapatkan atau tunggu keadaan cahaya matahari yang sesuai. Saya sedar, saya tidak boleh mengawal cahaya matahari. Semuanya bergantung kepada nasib. Saya juga sedar, saya mungkin perlu membuat beberapa kali cubaan atau kunjungan sehingga saya mendapat pencahayaan yang sesuai.
Saya bercadang untuk merakam gambar dengan cahaya matahari pagi kerana pada waktu ini, cahaya yang datang dari sisi adalah lembut dan biasanya kurang habuk atau jerebu pada waktu ini. Untuk merakam foto ini, saya telah berada di lokasi pada sekitar jam 6.30 pagi. Keadaan masih gelap pada waktu itu. Jadi, saya masih ada masa untuk mencari sudut penggambaran yang terbaik. Setelah mencuba beberapa sudut, akhirnya saya dapat satu lokasi yang saya kira boleh memberikan gambar terbaik. Saya membuat komposisi gambar dan menunggu sehingga cahaya yang sesuai menjelma. Syukur, memang rezeki saya pada hari itu, cuaca dan cahaya adalah sangat baik. Langit juga cerah dengan sedikit awan yang saya rasa boleh menjadikan gambar saya lebih menarik. Saya merakam foto di atas pada kira-kira jam 7.15 pagi.
Saya suka imej Menara Berkembar Petronas yang dipantulkan pada permukaan air seperti yang kita dapat lihat di dalam gambar yang dipaparkan ini. Pembalikan imej sebegini hanya boleh didapati ketika air tenang. Biasanya air di kolam ini tidak setenang ini kerana air ini sentiasa mengalir disebabkan oleh beberapa pancuran air. Pada asalnya, imej pada pantulan air adalah lebih gelap berbanding imej menara sebenar. Jadi, untuk mengimbangkan kecerahannya, saya terpaksa menggunakan Gradual Neutral Density filter yang bertujuan untuk menggelapkan bahagian atas gambar ini, lalu menjadikan kecerahan bahagian atas dan bawah gambar ini kurang ketara perbezaanya.
Lain-lain data teknikal rakaman foto ini adalah seperti berikut – kamera Nikon D300s bersama lensa Nikkor 10-24mm f/3.5 digunakan. Focal length dilaraskan pada 11mm, aperture pada f/22, shutter speed pada kelajuan 1 saat dan ISO 200. Oleh kerana shutter perlahan digunakan, saya turut menggunakan tripod dan electronic release bagi mengelakkan gegaran.
Diharap anda mendapat manfaat dari perkongsian ini. Ingatlah, amalan tanpa ilmu boleh menjadi sesat. Ilmu tanpa amal adalah sia-sia. Jadi, rajin-rajinlah menambahkan ilmu dan selalulah berlatih merakam foto agar karya anda menjadi semakin baik setiap hari. Pesan ini juga untuk diri saya kerana saya juga masih dalam proses belajar.
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM
Dapatkan berbagai info dan tips fotografi di laman Facebook FOTOTEACHER.COM. Sila ke http://www.fb.com/fototeacher
Dapatkan berbagai aksesori fotografi seperti tripod, filter dan sebagainya di kedai online FOTOTEACHER. SILA KLIK DI SINI
Seminar Percuma di KLPF
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM
Kuala Lumpur Photography Festival (KLPF) akan diadakan lagi pada 7-9 Oktober 2011 bertempat di Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur. Selain dari pameran dan jualan peralatan fotografi, acara ini juga akan menawarkan berbagai sesi seminar fotografi percuma untuk para pengunjung.
Saya akan turut serta dalam acara ini dengan menyampaikan seminar yang bertajuk Fotografi Perkahwinan yang akan berlangsung pada jam 3.30 petang hingga 4.15 petang, 8 Oktober 2011 iaitu pada hari Sabtu. Saya juga akan membuka sesi soal jawab sekiranya anda ingin bertanya sebarang soalan berkaitan fotografi perkahwinan. Untuk maklumat lanjut, SILA KLIK DI SINI
Selain dari itu, ramai lagi jurufoto lain yang akan turut berkongsi pengetahuan mereka di dalam berbagai bidang fotografi. Untuk melihat jadual mengenai tajuk-tajuk seminar dan masa ianya akan berlangsung, SILA KLIK DI SINI
Anda semua dijemput hadir ke seminar-seminar ini. Ianya adalah percuma dan anda tidak perlu membuat apa-apa pendaftaran sebelum hadir. Cuma, anda dinasihatkan supaya hadir awal bagi memastikan anda mendapat tempat duduk. Tetapi, sekiranya anda membuat pendaftaran awal, anda berpeluang untuk memenangi hadiah menarik yang ditawarkan oleh pihak penganjur. Jika anda ingin mendaftar, SILA KLIK DI SINI
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM
BLOG ARKIB – PENJAGAAN PERALATAN
Penjagaan Peralatan
Oleh: Amir Ridhwan untuk fototeacher.com
(Telah diubahsuai dari entry asal di blog FOTOTEACHER bertajuk
“Penjagaan Peralatan”– 12 Januari 2009)
Ketika saya mengambil gambar di satu majlis kecil di pejabat, tiba-tiba flash saya tidak menyala. Memang panik sekejap kerana ini tidak pernah lagi berlaku kepada saya sebelum ini. Setelah beberapa frame yang saya lepaskan akhirnya flash tersebut menyala juga tetapi tidak konsisten. Saya telah periksa semua setting seperti shutter release priority namun masalah sama masih berulang. Memandangkan saya akan pergi bercuti, saya agak keberatan untuk menghantarnya ke pusat servis takut tidak sempat siap.
Setelah berfikir sejenak, saya rasa mungkin puncanya ialah lekapan (contact) antara flash dan hotshoe yang mungkin tidak bersih. Maklumlah selama ini sudah bertahun-tahun saya menggunakannya tanpa peduli untuk mencuci bahagian yang melibatkan contact tersebut. Lagipun saya lebih banyak mengambil gambar di kawasan hutan yang mana sistem kamera saya banyak terdedah kepada debu dan kotoran.
Apa yang saya lakukan ialah menyental logam contact pada hotshoe kamera (tempat melekapkan flash) menggunakan getah pemadam. Ini adalah kaedah paling mudah untuk mencuci contact point untuk kebanyakan alat elektronik malah digunakan juga untuk menyelenggara mesin elektronik yang kompleks. Setelah daki pada hotshoe dibuang, saya gunakan pengepam angin (air blower) untuk membuang sisa getah pemadam atau anda boleh lap dengan kain yang biasa digunakan untuk mengelap lensa. Apa yang bagus tentang kain sebegini ialah ia tidak meninggalkan sisa benang pada permukaan yang dilap.
Kaedah penjagaan umum yang lain termasuklah menyimpan sistem kamera anda di dalam drybox. Walaupun drybox agak mahal, namun kelebihannya ialah ia boleh mengawal kadar kelembapan di dalam drybox tersebut. Ini penting kerana kelembapan yang tinggi menggalakkan pertumbuhan fungus manakala coating pada lensa boleh merekah jika kelembapan terlalu rendah. Jika anda tidak mampu, gunakan tong plastik kedap udara yang diisi dengan silikon penyerap air (silica gel). Buka tudung tong tersebut setiap 2-3 minggu untuk memastikan udara di dalamnya tidak terlalu kering.

Drybox jenama AIPO yang boleh didapati di Malaysia.
Mungkin ramai yang beranggapan bahawa penjagaan peralatan adalah perkara yang leceh. Tetapi, anda perlu melabur sedikit masa dan wang untuk memastikan peralatan fotografi anda yang bernilai ribuan ringgit selamat daripada dirosakkan oleh fungus. Apa yang lebih penting ialah, kamera anda perlu sentiasa dalam keadaan elok dan bukannya meragam tiba-tiba pada waktu kritikal.
Oleh: Amir Ridhwan untuk fototeacher.com
Dapatkan berbagai artikel dan tips fotografi – dihantar terus ke e-mel anda. Langgan newsletter percuma dari FOTOTEACHER di – http://fototeacher.com/subscribe.htm
BLOG ARKIB – Editing Melampau
EDITING MELAMPAU
Oleh: Amir Ridhwan untuk fototeacher.com
(Telah diubahsuai dari entry asal di blog FOTOTEACHER bertajuk “Editing Melampau”– 11 Januari 2009)
Di era digital kini, kita tidak dapat lari daripada melakukuan post processing yang melibatkan manipulasi imej secara digital dalam komputer. Antara perisian yang popular di kalangan jurugambar adalah Adobe Photoshop, Lightroom dan Picasa. Post processing atau editing adalah peringkat kedua dalam penghasilan foto dimana kecacatan dapat dikurangkan dan beberapa aspek lain dapat diolah agar menghasilkan imej yang menepati citarasa jurufoto.
Daripada teknik asas seperti curve, sharpening dan cropping hinggalah ke teknik yang lebih tinggi seperti level masking. Apa yang penting ialah anda perlu tahu apakah hasil yang anda inginkan di akhir proses tersebut. Ada kalanya kita cuba edit sesebuah gambar ikut sesedap rasa sehingga gambar tersebut kelihatan cantik namun kaedah cuba jaya bukanlah cara yang efektif untuk melahirkan kreativiti. Seharusnya apabila anda melihat foto yang belum diedit, anda boleh membayangkan apa yang perlu dilakukan agar foto tersebut menjadi lebih sempurna. Cari apa yang kurang dan apa yang tidak boleh dikompromi. Dari situ anda memulakan kaedah editing sehingga foto tersebut mencapai apa yang dihasratkan.
Di kalangan jurugambar baru, mungkin kaedah editing ini sesuatu yang agak perlahan untuk dimahiri. Maklumlah untuk mahir dalam teknik fotografi pun banyak masa yang perlu dilaburkan. Adakalanya saya melihat hasil editing yang agak keterlaluan seperti levelling yang terlalu agresif sehingga dynamic range jadi sempit dan sharpening yang terlalu tinggi sehingga kulit manusia kelihatan seperti plastik. Jika anda tidak pasti di manakan garis yang perlu diletakkan antara cukup dan keterlaluan, sila bayangkan hasil akhir sebelum anda memulakan proses editing.
Ada juga kes di mana editing melampau digunakan untuk menyelamatkan gambar yang agak teruk. Biasanya kes over/under expose, salah white balance dan noise akan menjadi mangsa editing yang berlebih-lebihan agar kecacatan tersebut dapat ditutup. Memang kesilapan teknikal sebegini boleh diselamatkan dengan editing tetapi adalah lebih baik jika jurufoto dapat menyesuaikan semua aspek ketika gambar dirakam. Bukan sahaja editing berlebihan akan memakan masa tetapi kesan sampingan seperti peningkatan noise dan kehilangan dynamic range akan menjejaskan kualiti gambar.
Oleh: Amir Ridhwan untuk fototeacher.com
Pelajari teknik yang betul untuk mencantikkan foto semasa post processing
Sertai Bengkel Asas Photoshop oleh FOTOTEACHER.COM!
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila ke – http://fototeacher.com/photoshop.htm
Dapatkan berbagai artikel dan tips fotografi – dihantar terus ke e-mel anda. Langgan newsletter percuma dari FOTOTEACHER di – http://fototeacher.com/subscribe.htm
Video Menarik Mengenai Pengembaraan
Entry kali ini tidak berkaitan dengan fotografi, tetapi mengenai travel atau pengembaraan. Saya suka mengembara. Tentu ramai juga diantara anda yang suka mengembara di dalam atau luar negara. 2 video mengenai pengembaraan ini sungguh menarik untuk ditonton. Mungkin ia dapat menaikkan semangat anda untuk ke destinasi pengembaraan seterusnya!
Video ini dirakam menggunakan kamera VDSLR Canon EOS 5D MKII dengan lokasi penggambaran di 11 buah negara. Video yang diarahkan oleh Rick Mereki ini mengambil masa lebih 44 hari untuk disiapkan.
Video oleh Matt Harding ini memaparkan beliau ‘menari’ di seluruh dunia dan telah menarik lebih dari 38 juta penonton di laman YouTube. Baca kisah lanjut mengenai beliau di laman web – http://blog.wherethehellismatt.com/
Langgan Newsletter dari kami. Artikel dan Info mengenai fotografi akan dihantar ke e-mel anda dari masa ke semasa. Sila langgan newsletter percuma ini di sini
BLOG ARKIB – Rahsia Fotografi dan Pembancuh Kopi
BLOG ARKIB – Rahsia Fotografi dan Pembancuh Kopi
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM
(Telah diubahsuai dari entry asal di blog FOTOTEACHER bertajuk
“Rahsia Fotografi dan Pembancuh Kopi”– 6 Mac 2009)
Rahsia perniagaan atau trade secret adalah satu cabang ilmu yang amat sukar diperolehi. Seseorang jurufoto akan menyimpan rahsia ilmu tertentu agar dirinya boleh terus bersaing dalam perniagaan fotografi yang diceburi. Walaupun ilmu ini dirahsiakan, anda tetap boleh mendapatkannya dengan cara belajar dari ramai orang jurufoto.
Saya teringat sebuah kisah yang diceritakan oleh arwah datuk saya. Kisahnya mengenai seorang pemuda bernama Ali yang ingin membuka sebuah kedai kopi. Beliau ingin belajar cara membuat kopi yang sedap. Tetapi, tidak ada sesiapa yang ingin mengajar dan mendedahkan rahsia bancuhan kopi yang sedap itu.
Demi untuk mendapatkan rahsia ini, Ali telah bekerja di Kedai Kopi Abu. Abu membancuh kopi dengan memasukkan mentega dan 2 bahan rahsia ke dalam kopinya. Kopi Abu memang sedap. Tapi, 2 bahan rahsia itu tetap menjadi misteri.
Setelah beberapa lama bekerja di Kedai Kopi Abu, Ali bekerja di Kedai Kopi Kasim pula. Kopi Kassim pun memang sedap. Ali perhatikan Kassim memasukkan kapur dan dua bahan rahsia lain dalam kopinya. Sekarang, Ali telah dapat tahu, 2 bahan penting dalam bancuhan kopi adalah mentega dan kapur!
Akhir sekali, Ali telah bekerja dengan Kedai Kopi Mamat. Mamat juga tidak mendedahkan rahsia cara membuat kopi yang sedap. Tetapi, Ali dapat melihat, Mamat memasukkan garam bersama 2 bahan rahsia di dalam kopinya. Kini, Ali telah mendapat tahu ketiga-tiga bahan rahsia dalam bancuhan kopi yang sedap!
Pengajaran dari cerita diatas? Bekerjalah dengan beberapa orang jurufoto. Setiap jurufoto mungkin akan menyembunyikan rahsia tertentu. Kalau pun dia tidak berniat untuk merahsiakan ilmu tertentu, setiap orang jurufoto mempunyai kelemahan dan kelebihan yang tersendiri dalam ilmu yang mereka miliki. Jika anda bekerja dan belajar dari ramai jurufoto, anda akan dapat berbagai jenis ilmu dan kepakaran dari ‘guru-guru’ anda ini!
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM
Untuk mengikuti kursus dan bengkel fotografi anjuran fototeacher, sila ke –http://www.fototeacher.com
Untuk mendapat artikel dan informasi percuma dari fototeacher, sila ke –http://www.fototeacher.com/subscribe.htm
MEMORY CARD
MEMORY CARD
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM
Artikel ini adalah sebahagian dari nota untuk Kursus Asas Fotografi Online (AFO) anjuran FOTOTEACHER.COM
Apabila anda merakam gambar, imej (dalam bentuk fail digital) akan disimpan di dalammemory card. Format fail yang disimpan bergantung kepada format yang telah anda pilih sebelum ini samada anda ingin imej anda disimpan sebagai fail format JPEG, TIFF atau RAW.
Biasanya, memory card yang digunakan untuk kamera DSLR adalah dari jeni CF Card (CompactFlash) atau SD Card (Secure Digital). Namun ada beberapa lagi jenis memory cardseperti Mini SD, Memory Stick, xD–Picture Card (xD) dan lain-lain lagi.
CF Card
CF card lebih digemari oleh golongan profesional kerana kad ini adalah lebih tahan lasak kerana saiz dan ketebalan fizikal kad ini. CF card yang digunakan secara meluas ketika ini adalah CF card versi terbaru yang dinamakan CompactFlash II.
SD Card
SD Card lebih kecil dari CF Card tetapi agak kurang sesuai untuk kegunaan yang lasak. SD Card terdapat dalam 3 saiz iaitu saiz biasa yang dinamakan SD card, saiz kecil yang dinamakan Mini SD card dan saiz yang lebih kecil yang dinamakan Micro SD card.
Selain dari saiz yang pelbagai, SD Card juga mempunyai 3 jenis format yang berlainan iaituSDSC, SDHC dan SDXC. Perbezaan diantara ketiga-tiga jenis kad ini adalah disebabkan setiap SD Card ini boleh menampung kapasiti data yang berlainan. Berikut adalah maklumat lanjut untuk setiap format SD Card ini:
- SDSC – Secure Digital Standard Capacity (maks. 4 GB)
- SDHC – Secure Digital High Capacity (4 GB – 32 GB)
- SDXC – Secure Digital eXtended Capacity (32 GB – 2 TB)
Memory card adalah satu produk yang amat berkait rapat dengan perkembangan teknologi digital. Maka, ianya selalu berubah dan diperbaharui dari masa ke semasa. Untuk mengetahui maklumat terkini berkenaan memory card, sila rujuk laman web pengeluar memory cardberikut:
http://sandisk.com/
http://lexar.com/
http://www.kingston.com/asia/
http://www.toshiba-memory.com/en/home.html
http://www.transcendusa.com/
http://www.kingmax.com/
Sekiranya anda berminat untuk mempelajari asas fotografi secara online, sila ke – http://fototeacher.com/KursusAsasFotografiOnline.htm
BLOG ARKIB – Ibnu Haytam & Fotografi
BLOG ARKIB – Ibnu Haytam & Fotografi
Oleh Amir Ridhwan untuk FOTOTEACHER.COM
(Telah diubahsuai dari entry asal di blog FOTOTEACHER bertajuk
“Ibnu Haytam & Fotografi”– 2 Januari 2009)
Ibnu Haytam & Fotografi
Oleh Amir Ridhwan untuk FOTOTEACHER.COM
Beliau adalah seorang berketurunan Iraq yang lahir di Basra pada tahun 965 masihi. Beliau dikenali di zamannya sebagai cendikiawan Islam tersohor dan oleh saintis sedunia sebagai bapa optik moden.
Apa yang menarik tentang beliau ialah sumbangannya terhadap kajian optik yang mana ratusan tahun selepas itu menjadi asas kepada fotografi. Dalam kitabnya berkenaan kajian optik, Ibnu Haytam telah menggariskan beberapa teori dan eksperimen tentang sifat cahaya seperti kesan biasan dan pantulan. Ratusan tahun sebelum kelahiran saintis terkemuka Sir Isaac Newton, Ibnu Haytam telah menulis tentang sifat cahaya yang hanya bergerak dalam garis lurus dan mempunyai ciri-ciri zarah. Bahkan Kitab Optik (Al-Manazir) tulisan beliau telah diletakkan sama taraf dengan karya agung Sir Isaac Newton, Philosophiae Naturalis Principia Mathematica, kerana sumbangannya yang sangat besar kepada asas fizik sedunia.
Fotografi terbit daripada ciptaan kamera lubang jarum. Sesiapa yang pernah mempelajari teori berkenaan kamera lubang jarum tentu jelas tentang sifat imej yang terbentuk- lebih kecil dan terbalik secara vertikal. Ciri-ciri ini telah dijelaskan dengan kaedah saintifik oleh Ibnu Haytam yang mana membolehkan pengiraan jitu dilakukan untuk membuat lensa yang sesuai. Walaupun kemungkinan besar beliau tidak pernah terfikir bahawa imej tersebut satu hari nanti dapat diabadikan sebagai foto, kerja asas untuk mencipta kamera telah dihuraikan dalam tulisan beliau.
Sepanjang hayat beliau dipercayai telah menulis lebih 200 buku namun kebanyakannya telah musnah. Sebahagian besar buku yang selamat hanyalah salinan yang telah dialih bahasa ke Latin dan Hebrew (Yahudi) ketika Perang Salib.
Oleh Amir Ridhwan untuk fototeacher.com
Dapatkan berbagai aksesori fotografi di kedai online FOTOTEACHER di – http://www.fototeacher.com/shop.html

















