rulururu

post ONLINE PHOTO IMPROVEMENT

February 21st, 2008

Filed under: Uncategorized — hasnuddin @ 5:53 pm

INGIN RAKAM GAMBAR YANG LEBIH BAIK?
INGIN TAHU KESILAPAN DALAM GAMBAR ANDA?
INGIN TAHU KEKUATAN DALAM GAMBAR ANDA?

Caranya mudah sahaja, cuma hantarkan sekeping gambar rakaman anda kepada fototeacher dan saya akan berikan komen untuk memperbaiki gambar tersebut. Sila ikuti arahan berikut:

  1. Resize gambar anda terlebih dahulu. Jika gambar horizontal, lebarnya mestilah 500 pixel. Untuk gambar vertical, tingginya mestilah 500 pixel. Save dalam format jpeg dengan kualiti medium.
  2. Hantar gambar melalui e-mel kepada fototeacher@gmail.com
  3. Tuliskan tajuk e-mel sebagai - ONLINE PHOTO IMPROVEMENT
  4. Dalam e-mel, sila nyatakan:
    • Nama anda
    • URL laman web anda (fotopages, flickr, blog dan sebagainya)
    • Sedikit catatan penting mengenai gambar anda

UNTUK SETIAP GAMBAR YANG DISIARKAN, KAMI AKAN BERIKAN LINK KEPADA LAMAN WEB ANDA.
Ini satu cara yang baik untuk mempromosikan laman web anda kepada rakan-rakan lain!

MAKLUMAT PENTING: Kami hanya akan siarkan gambar yang mempunyai kualiti yang tertentu. Gambar yang akan disiarkan adalah gambar yang agak baik, tetapi masih ada ruang untuk diberi komen. Untuk tujuan pembelajaran bersama, maka gambar yang terlalu teruk atau terlalu baik tidak akan disiarkan. Untuk gambar yang terlalu teruk, nampaknya anda perlu belajar dan berlatih dengan lebih kuat lagi. Untuk gambar yang terlalu baik, saya cadangkan anda hantarkan ke http://chapayam.blogspot.com/ untuk dikongsi di sana.

10 Comments »

  1. [...] Kalau anda ingin gambar anda disiarkan dan diberi komen di sini, sila ke - http://fototeacher.com/blog/?page_id=131 [...]

    Pingback by fototeacher.com » ONLINE PHOTO IMPROVEMENT — 13/03/2008 @ 6:08 am

  2. Che Din,

    Saya baru sahaja menghantar gambar untuk ‘ONLINE PHOTO IMPROVEMENT’. Tetapi email saya di ‘bounce’ balik. Email account che din ni valid tak -> fototeacher@gmail.com

    Comment by Lina — 17/06/2008 @ 2:15 pm

  3. macam mane kalau saya minat kat bidang fotografi ni….tapi! saya tak tau langsung pasal asas fotografi…ermmmmmmmm…macam mane ea????
    plzzzzzzzz

    Comment by shahrul — 11/08/2008 @ 8:45 pm

  4. Satu usaha yg murni bg melahirkan generasi yg lebih profesional dalam bidang fotografi.Harap kursus ini dapat diadakan lselain dr K.L

    Comment by najet — 20/08/2008 @ 4:27 pm

  5. Salam cikgu…hope bleh kasi komen gambar saya…links http://www.flickr.com/photos/marzuki82/

    Comment by Marzuki — 29/10/2008 @ 3:02 pm

  6. saya berminat utk attend kursus fotografi…n nahu belajar asas fotografi…

    Comment by sha — 14/11/2008 @ 1:15 pm

  7. salam cikgu .. ada photog yg bgtau shot sy ade yang tak kene..
    harap cikgu dapat komen sikit berkenaan dgn shoot sy.. apa yg perlu di perbaiki.. sy nak join class fototeacher.. bile buat class lg?

    Comment by nazri — 03/02/2009 @ 1:56 am

  8. Salam cikgu din,harap dapat beri komen pada foto saya dlm afaworkz.blogspot.com.saya baru je menceburi alam fotografi ni..kire setahun jagung baru..hihi..ok,TQ

    Comment by Fadhil a.k.a afaworkz — 13/03/2009 @ 6:10 am

  9. Macam best je laman nih…ermmm saya tak tahu nak komen ape tp ape yg pasti banyak jugak bende 2baru yg boleh saya belajar walaupun saya dah 8 tahun dalam bidang ni dan 3 tahun secara serius…
    boleh la nak join kursus

    Comment by helida — 20/09/2009 @ 12:07 pm

  10. Salam..
    cikgu din..bOleh tOlong kOmen gambar2 sy di http://www.flickr.com/photos/khaiphotos/

    sy mahu imprOved lg hasil kerja sy..terima kasih

    Comment by Khai — 21/01/2010 @ 9:02 am

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

ruldrurd

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

© www.fototeacher.com , Desinged by Stealth Settings , WP Themes
Entries (RSS) and Comments (RSS)