JAWATAN KOSONG SEPENUH MASA
Adan Impresif Sdn. Bhd. pemilik jenama FOTOTEACHER.COM, ADAN CAMERAWORKS dan IMPRESSIVE ALBUMS merupakan sebuah syarikat dinamik yang menjalankan perniagaan dalam berbagai bidang fotografi dan videografi. Ditubuhkan pada tahun 2001, Adan Impresif kini mempunyai 6 orang staf sepenuh masa dan 15 orang staf sambilan yang terdiri dari berbagai bidang profesional. Dalam usaha untuk menampung perkembangan positif syarikat ini, kami dengan ini ingin membuka tawaran kepada individu yang berminat untuk jawatan berikut:
Sales Executive untuk ADAN CAMERAWORKS
(Dari RM1,400 – RM3,000 tidak termasuk komisen)
Berurusan dan membuat jualan dengan pelanggan berpotensi untuk pakej fotografi dan videografi perkahwinan. Turut terlibat secara sampingan dalam aktiviti pemasaran produk yang akan menyumbang kepada pencapaian sasaran jualan. Komisen menarik akan diberikan untuk jualan yang dibuat. Anggaran minimum komisen sebulan termasuk gaji – RM3,500.00
KELAYAKAN:
- Mempunyai kenderaan sendiri
- Berumur lebih dari 25 tahun dengan personaliti menarik
- Sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dalam bidang jualan atau bidang yang berkaitan
- Minat dan berpengetahuan dalam industri perkahwinan
- Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai kemahiran bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris
Sales Executive untuk FOTOTEACHER.COM
(Bermula dari RM1,000 – RM1,400 tidak termasuk komisen)
Berurusan dan membuat jualan dengan pelanggan untuk menyertai kursus atau bengkel fotografi anjuran FOTOTEACHER.COM. Turut terlibat secara sampingan dalam aktiviti pemasaran yang akan menyumbang kepada pencapaian sasaran jualan. Komisen menarik akan diberikan untuk jualan yang dibuat. Anggaran minimum komisen sebulan termasuk gaji – RM3,500.00
KELAYAKAN:
- Berumur lebih dari 24 tahun dengan personaliti menarik
- Sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman dalam bidang jualan
- Minat dalam bidang fotografi
- Kebolehan bekerja secara sistematik dengan kemahiran pengurusan yang baik
Video Editor untuk ADAN CAMERAWORKS
(Bermula dari RM1,000 – RM1,400)
Membuat suntingan video perkahwinan serta lain-lain proses sampingan yang terlibat.
KELAYAKAN:
- Mempunyai bakat semulajadi dalam bidang kreatif
- Minat mendalam dalam videografi perkahwinan
- Berdisiplin dan boleh menerima arahan dengan baik
- Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan suntingan video non-linear
Admin Executive untuk ADAN IMPRESIF SDN. BHD.
(Bermula dari RM1,000 – RM1,400)
Melakukan kerja berkaitan pentadbiran, sumber manusia dan asas akaun
KELAYAKAN:
- Memiliki sikap kerja semulajadi yang teliti dan kemahiran pengurusan secara sistematik
- Mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas dalam pengurusan akaun dan pengurusan sumber manusia.
- Mempunyai sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan
- Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai kenderaan sendiri
Tawaran jawatan kosong ini sentiasa terbuka kerana kami sentiasa memerlukan staf yang dinyatakan dari masa ke semasa sesuai dengan perkembangan berterusan syarikat ini.
Kepada calon yang layak dan berminat, sila hantarkan resume serta gambar berukuran paspot melalui e-mel atau faks atau poskan kepada:
E-mel: info@adan.biz
Faks: 03-91015116
Pos: Adan Impresif Sdn. Bhd., C-1-9, Megan Phoenix, Jalan Cheras, 56000 Kuala Lumpur.
Jangan lupa nyatakan sekali jawatan yang ingin dimohon.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di – http://www.adan.biz atau http://www.fototeacher.com
Untuk pertanyaan, sila hubungi Puan Azida di – 03-91017144 atau 012-6020770.


salam, saya berminat mengisi kekosongan tersebut
saya dari JB,pengalaman tiada tp sedia diberi tunjuk ajar…
Salam,saya berminat dgn jawatan video editor tu,sy dah email resume ke email.sekiranya ada kekosongan hubungi saya di talian 017-318 4772.terima kasih.
salam..saya dah email resume dan ingin memohon jawatan video editor. jika masih ada lagi kekosongan bagi jawatan ini bleh hubungi saya yang tertera dalalm resume. terima kasih.
salam………saya dari sabah berminat untuk menjadi sales executive. disini potensi dalam pemasaran terhadaop fotografi sangat tinggi kerana masih kurang persaingan. saya nak memasarkan sahaja kepada majlis2 perkahwinan, konvokesyen intitut perguruan dan kolej serta UMS. Banyak lagi tempat2 boleh dipasarkan ni sebab saya yang tak profesional dalam dunia fitigrafi pun masih boleh buat duit terutamanya dalam majlis2 perkahwinan. adakah syarikat tuan berminat untuk memasarkan sehingga ke negeri saya di sabah? kalau tuan bercadang untuk meluaskan pasaran ke sabah saya sangat berminat nak jadi sales executive tuan. boleh hubungi saya melalui email atau no hp saya 0138689349. insyAllah pasaran akan perkembang luas. wasalam
salam…hye, jawatan kosong untuk pembantu tadbir…xde kew..
salam … hey, job vacancies for Administrative Assistant … xde ke ..
salam..
saya shafiqah dari kangar,perlis.di sini saya ingin menyatakan yang benar-benar berminat di atas jawatan kosong yang syarikat encik sediakan.saya berharap sangat encik dapat menghubungi saya di e-mail saya girlz_ika89@yahoo.com.jikalau terdapat kekosongan jawatan kerja yang ditawarkan
Berminat…tp umur x melepasi lagi..huhuh
salam…saya azman bkerja sbgai freelancer jurugambar pkahwinan n sbarang mjlis d kedai dannyfoto….lau da job partime or fulltime utk jawatan fotografi call,sms or email saya…..jwpn encik amat sy harapkan….trima ksih…
Salam en.Adan saya ingin mengisi jawatan kosong sebagai ( pembantu jurugambar). Harap en Adan emel kan saya di shairil_kismec@yahoo.com
salam,saya berminat untuk jawatan Video Editor untuk ADAN CAMERAWORKS. Saya mempunyai asas penyuntingan video dan juga sangat berminat dengan videografi.Saya sedia di hubungi pada bila2 masa.Terima kasih.
br 4 tahun pengalaman dalam final cut ni..
tp sy blh bg komitmen lbh dr 4 tahun pengalaman sy tu…
salam,sy brminat degan jwatan Sales Executive untuk FOTOTEACHER.COM…
pgalaman sy kja dh stahun lbih degan celcom sale executive…
tel:0134399439
salam. saya berminat dengan jawatan sales exec untuk fototeacher.com dan sudah berkecimpung dalam bidang ini hampir 10 tahun. saya berpengalaman dalam mengambil gambar perkahwinan dan konvokesyen. saya bersedia untuk dihubungi pada bila2 masa sahaja. jawapan dari pihak tuan amatlah saya hargai. sekian, terima kasih. tel: 017-2811743
Assalamualaikom.
Saya pesara jabatan kerajaan yang berpengalaman selama 35 tahun dalam bidang pentadbiran dan kewangan. Berumur 58 tahun tetapi masih sihat , aktif dan masih bergiat dengan sukan yang melibatkan minda dan kecergasan. Berminat untuk jawatan admin executif . Sedia untuk dihubungi bila bila masa melalui talian 013-3984332.
Kepada yang berminat untuk memohon, sila ikuti panduan permohonan seperti yang dinyatakan di atas. Harap tidak membuat permohonan atau pertanyaan di ruang komen ini.
Kepada calon yang layak dan berminat, sila hantarkan resume serta gambar berukuran paspot melalui e-mel atau faks atau poskan kepada:
E-mel: info@adan.biz
Faks: 03-91015116
Pos: Adan Impresif Sdn. Bhd., C-1-9, Megan Phoenix, Jalan Cheras, 56000 Kuala Lumpur.
Jangan lupa nyatakan sekali jawatan yang ingin dimohon.
askum , sy mencari kerja sebagai fotografi .
sy ada sijil kemahiran fotografi , ASAP .
Salam En.Adan, pembantu fotografi hujung minggu ada tak? saya ingin menimba pengalaman. Saya juga mahir dalam photoshop.
tq
salam…..mcm mn nak apply jawatan2 y tertera itu….sy dari jb….pengalaman shoot wedding…….
Cara memohon telah dinyatakan seperti di atas
Salam cikgu..kalau dari Kuching, Sarawak, brminat utk post Sales Executive bagaimana..??