April 7, 2009 Categorized under: Gambar - No Comment

Potret di Lokasi Luar

raina-sampan-600pxl
Gambar ini saya rakam di sebuah sungai di Kuala Selangor. Gambar ini tidaklah sehebat mana. Namun, di sini, saya ingin kongsikan sedikit cerita di sebalik pembikinan gambar ini.

Sebenarnya, saya tidak dapat 100% apa yang saya inginkan dari sesi fotografi ini. Namun, inilah gambar terbaik yang saya terpaksa pilih. Sebenarnya, gambar ini dirakam jauh di tengah sungai. Namun, saya kesal kerana hasil gambar ini tidak menunjukkan sedemikian…

Masalah utama saya di sini ialah arus sungai yang agak deras yang menyebabkan sampan yang dinaiki pasangan ini sering dibawa arus ke tempat yang tidak sepatutnya. Sebenarnya, krew yang terlibat untuk sesi fotografi ini terdiri dari 7 orang. Krew yang terlibat ialah: Saya sebagai jurugambar, Ida sebagai koordinator (menyelaras lokasi, makanan, props, tatarias dan sebagainya), Elly sebagai pembantu jurugambar, Affandi sebagai Lighting Man, Kito sebagai Assistant Lighting Man, seorang pendayung sampan dan seorang pemandu bot enjin. Kami menggunakan 2 buah sampan dan sebuah bot enjin. (Saya memerlukan lighting man kerana pada asalnya, saya bercadang untuk merakam gambar menggunakan flash di waktu gelap senja, tapi, arus sungai terlalu deras pada waktu itu)

Sehari sebelum penggambaran, saya dan isteri saya terlebih dahulu membuat tinjauan atau recce di sekitar Kuala Selangor. Kami mencari lokasi sungai yang sesuai, jeti, bot untuk disewa dan yang paling penting sekali – sampan tradisional! Setelah puas mencari, kami berjaya juga menjumpai tuan punya sampan yang sudi menyewakan sampannya.  Kemudian, kami mencari beberapa props yang sesuai seperti lampu minyak tanah dan mangkuk tingkat di pekan berhampiran.

Beberapa minggu sebelum itu, saya telah memcari idea konsep penggambaran dan membuat lakaran idea mengenai sesi fotografi ini. Setelah berbincang dengan subjek saya, mereka bersetuju dengan idea tersebut. Kemudian, kami berbincang pula tentang pakaian yang sesuai untuk penggambaran ini.

Kesimpulannya, untuk mendapatkan gambar yang kita inginkan, kadangkala memerlukan perancangan dan persediaan yang  rapi. Untuk tugasan ini, 80% masa terlibat adalah untuk persediaan, cuma 20% masa digunakan untuk penggambaran dan suntingan gambar.

- Hasnuddin

No Responses to “Potret di Lokasi Luar”

  1. rudy syah says:

    pergh…
    gambar yg sgt menarik & cantik….
    prop yg digunakan juga bersesuaian dgn lokasi..
    nampak santai & romantik….!!!
    bnyk yg perlu sy belajar dari fototeacher…
    terima kasih kerna menyiarkan gambar ini sbg rujukan utk org baru spt sy…

  2. shida says:

    aku suke sgt nengok gambo nie…cuns sgt n moment nye amats lah menarik..
    tapi bkan snang sbnarnya yea nk dptkan gambo cenggini ngan keadaan arus yg x menentu..hanya yg pro jer yg leh wat ni..hihiii..

  3. arab says:

    huh. sbg beginner, aku rase gmbr nie hebat dah. tp, cmne abg din bleh ckp kurang.

  4. Deek says:

    suka props nya.

  5. Rashid says:

    Salam kepada semuanya! bagi saya yg belum pernah mendapat sebarang pendedahan sebagai jurugambar, saya merasakan rakaman gambar ini memberikan satu impak yang sangat menarik dan meninggalkan satu rasa kepuasan pada subjek dan juga jurugambar serta krew, pada saya penat lelah dan dengan kos yg telah dikeluarkan nyata berbaloi,

    Bukan senang untuk memuaskan hati client, ya tak!, gambar ini sekiranya saya sebagai subjek/client akan jadikan khazanah keluarga untuk masa hari tua tatapan anak cucu. Untuk subjek/client amat rugi sekiranya jika bahtera yang dilayarkan karam dipertengahan. Hargailah saat-saat manis dari terjemahan gambar ini, nyata akan muncul satu nostalgia pengorbanan yang hanya subjek dapat merasakannya.
    Pada subjek/client peliharalah semua kebahagian ini sampai akhir hayat.. tiada ruginya.

    Setinggi-tinggi tahniah kepada jurugambar seluruh krewnya kerana penat lelah telah menghasilkan satu kepuasan..sememangnya anda semuanya “PROFESSIONAL” tabik spring dari saya…peminat photografi

  6. ewan says:

    Kesimpulan yang saya dapat rasakan ialah,kalau ingin mendapatkan hasil yang kita inginkan tiada jalan mudah ataupun short-cut.Persediaan,perancangan dan penglibatan ramai tenaga amat diperlukan disamping Teamwork yang consistent dan bersepakat.Kalau En Din kata gambar ni tak seperti yang sepatutnya,apa lagi kita yang seperti saya tentulah kena buat persiapan dan homework yang lebih menyeluruh di samping bertanya kepada yang lebih berpengalaman sebelum satu-satu pengambaran dibuat.
    ……sekadar berkongsi pendapat.

  7. jorji says:

    saya baru beli C450D.
    beginner.haram tak tau nak buat apa dgn kamera tu.
    melompat dari satu website ke blog ke forum,cari inspirasi/idea/info/belajar dan sebagainya.
    dah seminngu beli kamera..masih rasa was-was dgn kemampuan sendiri.

    sampai la saya ke website ini dan gambar ini.saya jadi teruja!

  8. Radien Bohari says:

    Abg Din, gambar camnilah yg menjadi idaman saya untuk dihasilkan. Gabungan props, model, suasana dengan kepakaran serta kemahiran ternyata menghasilkan potret yang begitu indah. Moment yg begitu payah untuk dihasilkan. Harapan saya dengan fototeachers, saya mampu menghasilkan potret sedemikian. Juga dengan D90 yg saya miliki, saya dapat memanipulasi function yg ada melalui kursus-kursus di fototeachers. Syabas, Abg Din!…(tabik 100 kali)

  9. hasnuddin says:

    Terima kasih atas komen dari anda semua. Satu tips saya nak kongsi, untuk dapatkan gambar yang baik, kita kena rajin practice. Kena banyak shoot dan belajar dari kesilapan. Teori dan peralatan saja tak cukup.

Leave a Reply