Mattias Klum & Borneo



Mattias Klum adalah jurugambar dari Sweden yang mengkhusus dalam fotografi hidupan liar dan alam semulajadi. Beliau pernah tinggal berbulan-bulan di dalam hutan belantara negeri Sabah, merakam gambar untuk majalah National Geographic.
Keunikan alam semulajadi di Sabah memang telah lama menarik minat pengkaji barat. Mereka kagum dengan apa yang kita ada. Jurugambar antarabangsa juga telah ramai yang datang ke Sabah dan membawa balik imej-imej yang sungguh hebat. Jadi, kita sebagai rakyat Malaysia, tidak perlulah pergi terlalu jauh mencari-cari subjek menarik. Cubalah hayati dan hargai keindahan alam di sekeliling kita.
Untuk melihat gambar-gambar oleh Mattias Klum, sila ke – http://www.klum.se/main/main.aspx



kita patut bangga dengan apa yg kita ada…
Belum berkesempatan nak menjelajah mcm ni…ilmu pun belum cukup tapi kalau nak try boleh juga…menarik dan berhajat juga utk lakukan sesuatu spt ni…
amboi~cantiknya gambar tersebut…