Labah-labah Ladybird

Oleh: Amir Ridhwan untuk fototeacher.com
Baru-baru ini saya menghadiri satu perkhemahan di Ulu Dong tidak jauh daripada bandar Raub. Tempat perkhemahan tersebut sangat bersih dan ada beberapa jeram di sekeliling. Terdapat satu “pulau” kecil berhampiran yang mana ia dikelilingi oleh anak sungai dan hanya boleh dilintasi dengan titi. Luas pulau tersebut lebih kurang seperti satu padang bola.
Pada malam harinya saya bersama 2 peserta lain melakukan night trekking di pulau tersebut untuk mencari subjek yang aktif pada waktu malam. Setiap seorang membawa sebiji lampu suluh dan dslr masing-masing. Tidak semestinya menggunakan portable flash tapi bila menggunakan built-in flash, perlu ada diffuser yang sesuai.
Pada setengah jam yang pertama kami menyuluh, tiada hasil apa-apa. Pada mulanya saya memberi fokus pada sekitar batang pokok, pucuk daun dan bunga. Seterusnya kami mula menyuluh rendah pada pokok-pokok kecil sekitar paras 1-2 kaki dari tanah. Saya terpandang satu makhluk yang berupa ladybird berwarna kuning di bahagian bawah daun, hanya beberapa inci dari tanah. Kebiasannya saya tak peduli pada ladybird namun apa yang menarik ialah ia kelihatan seperti bergantung pada benang sawang. Setelah memerhati dengan lebih teliti saya dapati ia adalah sejenis labah-labah keluarga Araneidae yang belum pernah saya jumpa.
Apa yang menarik ialah rupanya yang pelik. Bukan sahaja tidak menyerupai labah-labah biasa, malahan amat menyerupai serangga lain. Pengenalan yang mengesahkan ia adalah labah-labah ialah kerana ada 8 kaki dan 8 biji mata. Agak mudah untuk mengambil gambarnya kerana ia berlakon seperti tidak bergerak.
Setelah pulang ke KL, saya meneliti beberapa rujukan dan mengesahkan labah-labah tersebut adalah Paraplectana tshushimensis yang pertama kali dijumpa pada tahun 1960 oleh seorang berbangsa Jepun. Habitatnya ialah sekitar kawasan beriklim tropika Asia.
Oleh: Amir Ridhwan untuk fototeacher.com
Sila lawati laman web rasmi fototeacher di – http://www.fototeacher.com untuk mengetahui program latihan fotografi yang akan diadakan.




salam…
saje je..
menarik lelabah ni. tapi saya penah jumpa lelabah yang bentuk mcm ketam. tapi saiz dia kecil je. yang buat dia menyerupai ketam adalah bentuk badan dia yang seakan akan cengkerang ketam…
TQ..
Bila saudara akan mula mengumpulkan foto labah-labah saudara untuk dibukukan?
Itu dia, satu soalan bernas dari Boogey…
Ulu Dong,raub ialah kampung saya.tempat en adan maksudkan ialah Pulau Chekas.Ia tempat rekreasi dan sangat pupular di Raub.tak sangka Adan telah pergi ke sana.Memang banyak ladybird di sana,tapi saya tak pernah pulah jumpa ladybird labah-labah ni…
Hafizhalin, artikel di atas ditulis oleh Amir Ridhwan mengenai pengalamannya di Ulu Dong, Raub. Bukan saya yang tulis…