June 6, 2007 Categorized under: Fikiran - No Comment

SIAPA PROFESIONAL?

Saya ada dapat pertanyaan dari beberapa orang yang tanya apa maksud sebenar profesional? Siapakah yang layak digelar jurugambar profesional? Satu soalan yang menarik. Tapi, jawapannya amat mudah bagi saya. Profesional ialah orang yang melakukan sesuatu kerja sebagai sumber utama pendapatannya. Kalau anda bekerja dengan mana-mana syarikat sebagai jurugambar, maka anda ialah jurugambar profesional. Kalau anda adalah jurugambar bebas (freelance) dan jadikan bidang ini sebagai punca pendapatan utama, anda adalah jurugambar profesional.

Anda layak digelar profesional kerana anda berani dan cukup bagus untuk menjadikan bidang ini sebagai sumber pendapatan utama. Kalau anda jadi jurugambar secara sepenuh masa, bermakna anda ada komitmen dalam kerjaya anda sebagai jurugambar. Komitmen amat penting dalam menilai kualiti kerja seseorang. Bagi saya, kalau bidang ini dilakukan sebagai part time dan bukan sebagai sumber pendapatan utama, itu bukan profesional.

Tapi, profesional ‘sebenar’ mesti ada beberapa kriteria lain juga. Antaranya ialah:

1) Memahami dan mempraktikkan etika kerja sebagai jurugambar. Contohnya, tidak merakam gambar yang menyalahi undang-undang, tidak menggunakan foto untuk menipu dan sebagainya.

2) Benar-benar faham mengenai fotografi dan sentiasa memperbaiki ilmu dan kemahiran fotografi yang ada. Sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan.

Tapi, di Malaysia ni tak ada sesiapa yang mengiktiraf status jurugambar profesional. Sesiapa saja boleh claim diri dia sebagai jurugambar profesional. Saya rasa ini bukanlah satu masalah besar, sebab semuanya terpulang kepada bagaimana cara kita menampilkan diri kita.

Tidak kiralah samada anda buat fotografi secara part time atau full time, apa yang penting adalah hasil kerja anda dan bagaimana pelanggan menilai anda.

Hasnuddin

No Responses to “SIAPA PROFESIONAL?”

  1. Mohd Hafifi says:

    A’kum….
    saya pun ada juga terfikirkan perkara ini…siapa yang patut di kategorikan sebagai profesional….
    Saya dah mula belajar ambik gambar wedding sejak berumur 12 tahun…ikut ayah saya…but yang betul2 dah mula buat job sendiri,mula dari umur 16 tahun…kira kalo ayah saya ada job lain,saya akan pergi ke tempat yang satu lagi….sekarang,umur saya 21 tahun…still blaja di ipta dan ini adalah pendapatan utama saya…even,kadang2 saya boleh bagi duit belanja lagi kepada family…
    jadi…saya ada satu lagi persoalan…apakah status saya???beginner@else???
    Apa pendapat En Hasnuddin???

    mhafifi.fotopages.com
    still learning and learning and learning….

  2. raisutra says:

    Professional…..satu persoalan yang susah nak jawab kat malaysia….sebabnya tiada sistem atau badan yang mengawal profesion jurugambar di malaysia. Masalah ini bukan sahaja dihadapi oleh bidang fotografi malah dihadapi juga oleh bidang masakan dimana ramai yang mengelarkan mereka CHEF padahal tiada kelayakan yang diiktiraf. Maka wujudlah celebriti chef kat malaysia ni. Hehehe….mak kita pun boleh gelar professional chef sebab dia masak tiap-tiap hari. So nak tahu pro tak pro nilai sendiri. Pro selalunya tak ngaku dia pro…..yang tak pro kat malaysia ni gila mengaku dia pro…..beli kamera kat pertama kemudian pergi the mall tempah call card tulis professional photographer…..amik gambar huru hara. So….pro je boleh kenal pro….Yang pasti sebelum bergelar pro mesti belajar disiplin dalam kerja.

Leave a Reply