Puji, Kritik dan Kutuk
Puji, Kritik dan Kutuk
Oleh: Hasnuddin Abu Samah untuk fototeacher.com
Untuk perbaiki karya fotografi kita, kita perlukan komen, malah kritikan dari individu lain. Dengan ini, barulah kita nampak kelemahan kita yang perlu diperbaiki. Dengan cara ini juga kita akan dapat input baru hasil dari pendapat, menerusi pengalaman orang yang memberikan komen kepada gambar kita.
Tapi, adakah anda ikhlas ingin belajar dengan menerima komen dari orang lain? Adakah anda akan berpuas hati dengan komen yang diberikan kepada gambar anda? Hakikatnya, kebenaran memang adakalanya pahit ditelan.
Bila dilihat dalam blog, foto blog dan sebagainya, rakan-rakan yang memberikan komen kepada gambar kita selalunya akan memberikan komen yang baik saja mengenai gambar yang kita rakam. Ini semata-mata untuk menjaga hati dan menjalinkan hubungan yang baik. Kita perlu menganggap komen ini sebagai komen sosial yang tidak membantu perkembangan fotografi kita. Kalau kita rasa bangga dan berpuas hati dengan komen sosial yang diberikan ini, alamatnya, kita takkan kemana dalam fotografi.
Masyarakat kita tidak mudah menerima kritikan. Masyarakat kita juga tidak pandai memberikan kritikan. Kritikan yang baik harus diberikan dengan cara yang berhemah. Kritikan yang baik perlu disertakan dengan fakta yang kukuh. Ianya juga sebaiknya desertakan dengan panduan atau cadangan bagi membantu orang yang dikritik itu memperbaiki hasil kerjanya.
Kita harus boleh bezakan antara mengkritik dan mengutuk. Kita harus boleh bezakan diantara kritikan membina dan cacian yang mengaibkan. Jadi, untuk kemajuan kita bersama, kita harus bijak mengkritik dan harus rasional dalam menerima kritikan. Barulah kita semua boleh maju dalam bidang fotografi.
Tidak ada sesiapa yang sempurna. Tidak ada gambar yang sempurna. Walau sehandal manapun kita dan walau secantik manapun gambar kita, sentiasa masih ada ruang untuk memperbaiki. Jadi, sentiasa akan ada ruang untuk dikritik. Untuk sentiasa maju, kita harus sentiasa boleh dikritik.
Dalam konteks untuk memperbaiki diri, bila ada orang puji gambar anda, anda kena pertimbangkan 2 perkara ini: iaitu yang pertamanya orang itu tidak cukup hebat dalam fotografi dan yang keduanya, anda adalah orang yang malang sebab anda sudah tidak ada ruang untuk belajar dan memperbaiki diri.
Namun, bila dikritik, adakalanya, anda perlu mempertahankan pendirian anda jika anda ada sebab yang kukuh. Anda tidak perlu menerima semua kritikan bulat-bulat. Sebab, kadangkala, orang yang mengkritik itu pun sebenarnya tidak layak untuk mengkritik.
Oleh: Hasnuddin Abu Samah untuk fototeacher.com


100% btul ngan apa yg abg din utarakan 2.. kna pndai bezakn antra pujian, kritikan n kutukan.. mmg brmcm2 komen yg kita dgr ttg gambar yg kita publish.. tp kita harus tima smua 2 utk improve lg quality gmbar kita…
kritik tu mmg sesuatu yg penting utk menambah baik kualiti kerja kita, kita boleh menilai kritikan atau pun cacian yg di berikan kepada kita.. yang baik, kita amek & cuba utk merealisasikan.. dan juga sebaliknya.. utk org baru dlm bidang ni aku juga memerlukan kritik dari abg2 yg telah lama dlm dunia fotografi utk memantapkan lagi hasil kerja aku.. thanks
Sdra Hasnuddin, walau baik macam mana pun hasil kerja kita kritik tetap ada. Tak ramai yang memuji kerana sudah jadi sikap semula jadi manusia yang tidak senang dengan kejayaan orang lain. Mereka rasa tercabar bila orang lain berjaya dan mendapat nama. Mereka sentiasa mencari lompang kesilapan walau sekecil mana sekali pun untuk dotonjolkan keburukan. Kita kena banyak bersabar dan mengambil sikap positif untuk meneruskan usaha kita. Selagi kita rasa kerja kita boleh mendatangkan kebaikan kepada kita dan juga orang lain, ayuh….. teruskan. Ibarat kata pepatah “Anjing menyalak bukit takkan runtuh”.
Betul tu en adan, ramai antara kita yang bersikap lebih sudu dari kuah. mengkritik adalah satu perkara yang baik untuk sesorang belajar, tetapi malangnya ramai yang lebih gemar mengutuk, menyindir dan memperlekehkan yang langsung tidak mendatangkan kebaikan.
sebagai seorg beginner adakalanya akan mudah berputus asa bila dia dihina atau disindir sebegitu kerana persepsi yang digambarkan ialah dunia fotografi penuh dengan manusia yang berlagak pandai. sedangkan mereka lupa bahawa kehebatan seseorg itu adalah datangnya juga drp peringkat bawahan. ramai yg kata, nak belajar jgn cepat merajuk. bukan merajuk, tetapi kecewa dengan sikap sesetengah pihak yg berlagak.
berbaloi jika pengkritik itu seorang yang berpengalaman, berprestij dan layak bergelar otai, tp jgn pula ada pengkritik yang baru tahu memegang kamera dan gambarnya tidak sehebat mana, terus membuat kritikan berupa sindiran, penghinaan atau memperli hasil karya org lain yang ikhlas mahukan tunjuk ajar atau nasihat.
sy bersetuju dgn pendapat yg dilemparkan oleh bro
kerana secara tidak langsung saya terkena tempiasnya..
*komen untuk jg hati*
lumrah orang melayu mmg begitu..
mengangap kritik=kutuk
apabila komen dgn penuh dengan pujian kita tidak akan kemana2
kita berada di takuk yang lama dan merasakan apa yang kita perolehi suda ckup bagus dan memuaskan..
tetapi wajarkah saya yg baru msuk 2 thun berjinak dgn DSLR untuk memberi komen? ilmu yang ada masih sgt nipis..masih terlalu putih..
p/s:harap bro luangkan sejenak ke blog saya dan komen mngenai gmbr2 taipusam yg diambil semalam..komen bro amat saya hargai..
kritikan membina bukan hanya perlu dtgnya daripada seorang pakar atau otai sahaja. apa yg saya maksudkan ialah ada sebilangan pengkritik yang mengkritik hanya bertujuan memperlekeh dan sindiran.
komen dan mengkritik dengan pujian hanya bertujuan untuk menjaga hati semata-mata bukan satu cara terbaik untuk menjadikan sesorang itu lebih baik. jika memuji, berikan bersebab dan jika mengkritik biar bersebab, berikan alasan kenapa dan mengapa dia berkata begitu, berikan cadangan atau pandangan ttg bagaimana cara memperbaikinya.
tp jika hanya menyindir dan mengutuk tanpa memberi alasan dan cadangan cara perbaiki, itu umpama baling batu sembunyi tangan.
Terima kasih kerana mengkritik gambar saya ketika majlis reunion dahulu. Saya setuju dengan kritikan yang diberikan. Saya senang apabila gambar yang saya ambil dipuji tetapi saya paling hargai apabila gambar saya dikritik dengan sedetail detailnya. Adakala sukar untuk bersetuju dengan kritikan yang diberi kerana citarasa manusia berbeza tetapi dalam masa yang sama ia memberi kita peluang meneroka citarasa orang lain, melihat dari lensa mata kanak-kanak, makcik-makcik, jurufoto cahaya asli, makro dsb. Bagi saya kritikan semuanya membina. Ia memberi kita peluang mengenali hasil kerja kita, ia juga memupuk sifat sabar dan sikap terbuka kepada kepelbagaian pendapat. Saya juga berpendapat untuk untuk layak mengkritik, seseorang itu tidak perlu menjadi seorang jurufoto yang lebih baik kerana jika begitu sampai bila pun saya tak berani nak mengkritik sesiapa.