March 30, 2009 Categorized under: Fikiran - No Comment

Masih Adakah Harapan Dalam Perniagaan Fotografi?

Masih Adakah Harapan Dalam Perniagaan Fotografi?
Oleh: Hasnuddin Abu Samah

Kadangkala kita takut melihat ribuan orang yang mendakwa diri mereka sebagai jurugambar. Begitu ramai sekali jurugambar sekarang ini. Mana mungkin kita boleh bersaing dalam keadaan begini. Masih adakah harapan untuk kita  berjaya dalam perniagaan fotografi?

Kita harus melihat fenomena ini dari sudut yang positif. Kebanjiran peminat fotografi di seluruh dunia ketika ini telah membuatkan harga peralatan kamera menjadi jauh lebih murah dari sebelumnya. Ini kerana, produk kamera boleh dikeluarkan secara besar-besaran dan ini telah dapat menurunkan harganya. Proses perkongisan ilmu fotografi juga telah menjadi lebih mudah kerana adanya komuniti yang besar dalam bidang ini.

Cuma, apa yang tidak menyenangkan ialah, dari sudut perniagaan, nilai perkhidmatan fotografi dikatakan telah menurun. Akibat persaingan yang terlalu sengit, ada segelintir jurugambar memotong harga untuk membolehkan dirinya mendapat sesuatu kerja atau tugasan fotografi. Namun, pada pendapat saya, jurugambar yang memotong harga secara keterlaluan, akan memakan diri sendiri dalam jangka masa panjang.

Jika anda ingin menjadikan fotografi sebagai sumber pendapatan anda, anda tidak perlu risau akan kebanjiran peminat fotografi sekarang. Majoriti peminat fotografi hanya menjadikan fotografi sebagai hobi. Peluang perniagaan dalam fotografi masih terbuka luas. Anda cuma perlu kreatif dalam mencari peluang. Masih ada banyak bidang pasaran fotografi yang masih belum diterokai.

Di kalangan jurugambar yang menjadikan fotografi sebagai punca pendapatan pula, bukan semuanya benar-benar serius. Ada yang sekadar cuba-cuba. Ada yang melakukannya secara sambilan untuk tempoh yang singkat sahaja. Untuk menjadi seorang jurugambar profesional bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang kita sangkakan. Merakam gambar untuk wang memerlukan disiplin, kerja kuat, kemahiran tinggi, kecepatan, sanggup menghadapi risiko kewangan, sanggup menerima tekanan dari pelanggan dan sebagainya. Hanya yang kuat akan berjaya.

Ya, jika anda ingin menjadikan fotografi sebagai sumber pendapatan anda, peluangnya masih ada.

Oleh: Hasnuddin Abu Samah

Untuk mengikuti kursus dan bengkel fotografi anjuran fototeacher, sila ke – http://www.fototeacher.com
Untuk mendapat artikel dan informasi percuma dari fototeacher, sila ke – http://www.fototeacher.com/subscribe.htm

No Responses to “Masih Adakah Harapan Dalam Perniagaan Fotografi?”

  1. ijam says:

    saya setuju. apa yang kita nampak sekarang dan yang ter’popular’ Sanya satu cabang yang sedikit dan kecil.
    Banyak lagi cabang dan perniagaan fotografi yang masih belum dilihat oleh orang baru.

    Seperti yang Abg Din katakan, masih ada peluang! Rajin dan sanggup belajar lebih dari orang lain antara yang patut kita buat…

  2. mmg benar perkembangan teknologi kamera digital kini melahirkan ramai ‘photographer’. Dan bonus bg mereka yg ada pengetahuan post processing yg baik & public relation (PR) yg sgt bagus spt bbrp photographer yg terkenal kat M’sia ni. mgkin ada yg risau ttg kebanjiran ‘photographer’ yg mgkin merebut peluang atau dlm masa yg sama menurunkan harga servis photgraphy krn “NOW EVERYONE CAN TAKE NICE PHOTO !”

    Berbalik kpd soalan, saya sbg jurugambar sepenuh masa mengatakan bhw MASIH ADA HARAPAN utk photographer yg lama dan yg baru.

    Persaingan menjadi lebih menarik. Misalnya dlm industri fotografi perkahwinan, setiap photographer cuma perlu mencari niche market masing2 & fokus pd pasaran masing2.

    Semua org maklum dunia fotografi ini amat luas. Anda mungkin boleh mengembangkan serivs anda kpd pelbagai cabang lagi, stock photography, travel photography, food photography dan byk lagi (SANGAT BYK PELUANG SEBENARNYA, cuma kita gabungkan dgn apa yg kita paling minat). Lebih bagus lagi kalau kita gabungkan dgn pengetahuan kita dlm bidang lain & fotografi. Tanya diri sendiri.

    Photography is not just a making money business. Should take it as a creative enterprise as well.

    Semoga berjaya.

Leave a Reply