November 10, 2008 Categorized under: Fikiran - No Comment

Kreatif Tak Tentu Hala @ Syok Sendiri

Tadi saya sempat dengar feedback dari sorang client yang tak berapa puas hati dengan hasil gambar yang dia dapat. Client ni baru kahwin. So, semasa majlis perkahwinan dia baru-baru ini, dia dah hire satu orang photographer. Photographer ni banyak shoot gambar-gambar ala-ala kreatif dengan ‘trend terkini’.

Masalahnya, client ni sudah melepasi usia ‘remaja’ dan jenis yang ada class (Seriously, dia memang ada class). Client macam ni biasanya tak berapa suka gambar yang terrrlalu kreatif dan style gila-gila. Gambar hip hop ni biasanya hanya digemari oleh pengantin remaja. Pengantin yang bukan remaja dan dari golongan pertengahan ke atas, lebih suka gambar standard yang cantik dengan sedikit sentuhan kreatif. Jadi, jurugambar seharusnya tahu, gambar jenis macamana yang boleh tackle hati pengantin.

Kalau shoot gambar kreatif yang berpada-pada, saya rasa, ramai orang boleh terima. Kreatif tu memang bagus. Yang menjadi masalah sekarang ni, gambar kreatif yang dah jadi karya syok sendiri; gambar yang dirakam tanpa memikirkan ‘hati dan perasaan’ orang lain.

Ramai jurugambar sekarang terikut-ikut dengan trend dan pelbagai gaya fotografi. Yang mengikut tu pulak tau tau kenapa dia mengikut. Yang dia tau, dia ikut saja. Orang shoot pakai fish eye lens, dia ikut. Orang shoot low angle, dia ikut. Orang shoot candid, dia ikut.

Nak shoot pakai lens fisheye, kenalah tengok subjek yang sesuai. Bukan semua subjek sesuai dirakam guna lens fisheye. Kalau boleh, janganlah letak muka subjek kat bucu framing sampai kembang muka subjek kita tu dek distortion. Kita sebagai jurugambar memanglah suka efek distortion dan perspective yang unik ni. Tapi, kita kena tanya diri kita, siapa yang bayar kita ambik gambar ni? Dia suka ke apa yang kita suka? Client ni, selalunya dia tak complaint depan-depan kita – maklumlah, orang Melayu penuh dengan sopan santun. Tapi, saya banyak kali dengar client complaint pasal kes gambar herot dan kembang ni. OK, sebelum saya diserang, saya nak buat disclaimer. Kalau ada jurugambar yang memang confirm kata client dia sangat suka gambar muka herot dan kembang – then, go ahead. Janji client suka. Lagi satu, pasal isu distortion ni, saya bercakap untuk wedding photography saja. Bidang fotografi lain seperti fine art, photojournalism dan sebagainya, saya taknak komen pasal distortion. Itu dah tajuk lain.

Lagi satu pasal shooting dari low angle. Shoot dari low angle ni memang dah ada dalam teknik fotografi sejak zaman Tok Kadok lagi. Cuma sekarang ni dah terover popular. Kalau nak shoot low angle tu memanglah boleh. Tapi, kena tengokla jugak kalau-kalau angle tu mencacatkan gambar, terutamanya muka subjek kita. Satu orang client ni complaint kat saya, ada sorang jurugambar ni banyak shoot gambar kahwin dia dari low angle. Kata client ni, lubang hidung dia nampak besar dari low angle. Lubang hidung dia ni dahlah memang besar, shoot pulak dari low angle, memang nampak lubang hidung je la.

Lagi satu complaint yang selalu saya dengar dari client ialah pasal photographer shoot gambar kandid budak-budak. Budak-budak kecik ni memang comel. Tapi, kalau boleh, kena tengok jugak, apa hubungan budak kecik tu dengan pengantin dan samada pengantin suka atau tidak gambar-gambar kandid macam ni. Janganlah main tembak aje – shoot gambar kandid budak-budak ni sampai 50 frame, macam-macam gaya, sampai lupa nak shoot gambar pengantin.  Alih-alih, budak tu rupanya anak kepada kawan kepada pakcik kepada jiran kepada mamat yang supply P.A. System kat majlis kahwin tu. Tak ke haru…Gambar budak tu pulak dah dimasukkan dalam custom album, dengan centre spread layout. Double haru…

Minta maaf kalau saya ada menyinggung mana-mana pihak dalam artikel ni. Sekadar berkongsi dan menyampaikan apa yang saya dengar dari pelanggan – untuk kebaikan kita bersama. Apa yang saya tulis, hanya betul bagi pendapat saya dan saya percaya, ada pendapat lain yang betul jugak. Harap anda boleh kongsi pengalaman dan pendapat anda di ruangan komen di bawah ni. Harap tulis secara berhemah.

- Hasnuddin

Sila layari laman web rasmi fototeacher di http://www.fototeacher.com

No Responses to “Kreatif Tak Tentu Hala @ Syok Sendiri”

  1. Reds says:

    Ya, banyak yang betulnya…Kalau saya shoot gambar pengantin, memang saya risau hanya saya saja yang syok sendiri…So perlulah buat perbincangan awal.

  2. Azmeir says:

    Salam..

    saya suka artikel ni. So far tak de penah dgr pengantin komplain lagi. Tp.. kadang2 saya tgk sendiri dalam fotopages2, kreativiti terlampau tanpa mengkaji sebab. Mcm yg dinyatakan diatas la.. sebab utama mengikut orang. Kenapa? tak tau.. cantik tgk org punya.. hahaha..

    Tq En Hasnuddin kerana keluarkan artikel ni.

  3. Red says:

    hehehe… nasib baik la aku tak shoot wedding, banyak gak cabaran yg tak terfikir ni. rasanya jadi camni pasal ada orang yg nak buat side income bila ada dslr tapi belajar tak habis. takat tengok fotopages wedding photographer lain dan ciplak idea je tanpa mempelajari asas. bila gambar tak jadi, PS je. kalau PS pun tak leh, buh je gambar budak yg tak diketahui asal-usulnya untuk cukupkan gambar. bila client tegur dia jawab,”i am the professional photographer, therefore i decide what kind of photo to take.”

    job yg org bayar ni bukan boleh main suka hati je buat. kita pun kena ingat yg client pun susah cari duit.

  4. shida says:

    betul tu en.din..saya sokong sangat2..
    sebab bila buat wedding ni diorang yg bayar kite so kite kena tengokj kehendak client dulu kan..
    sian kat pengantin n rasa tak best la plak kalau pengantin tak suka apa gambar yg kita shoot tu..
    emmmm..bile nk entry gambo kursus asas fotografi smalam?
    haha..tak sabo plak nak nengok..sory en.din..

  5. Azlan says:

    Salam adan.

    Sangat menarik entry kali ini. Entry pembuka mata…Dan saya sangat setuju dgn artikel ini…

    “Semua orang boleh pegang kamera…tapi tak ramai yang boleh amibil gambar”

    Yang PNS ambil gambar wedding pun boleh mengalahkan gambar orang yang berDSLR…INILAH APA YANG SAYA CUBA MAKSUDKAN…

    semoga ini menjadi peringatan kepada saya dan semua di luar sana…

    -lihatlah dengan hati,rasalah dengan mata-

  6. shahkasahias says:

    hahaha.. kelakar pun ada..btw .. setuju sangat ngan artikel ih.. thanx…

  7. brandon eu says:

    Thanks for the post Hasnuddin. Yes, sometimes I do agree that photographers do shoot with specific lenses / angles which do not positively potray the couple.

    Perhaps the couple should have sat down with the photographer and review his work in a more detailed fashion before hiring. Word of mouth recommendations from friends are also very useful.

    Then again, couples shouldn’t be looking for the ‘cheapest priced photographer around’ because they could be getting results that are ‘over-creative’ as you have mentioned. Its always safer to contact established ones. Pick a photographer whose photostyle is somewhat compatible to yours. If your a traiditionalist, look for a photographer that suits your taste, or at least mention that you are one. Cheers!

  8. helina says:

    ya, saya amat bersetuju dgn pendapat che din. Kebanyakkan photographer terikut2 dgn trend masa kini. Sbnrnya perbincangan awal di antara photographer dan client perlu bagi memastikan hasil yang akan di deliver nanti memuaskan. Takde la jadi photographer syok sendiri… :)

  9. asin says:

    yup betul tu.. aku setuju ngan artikel nie.. apa yang patut dihasilkan ialah gambar yg disukai oleh pengantin.. paling penting sebelum event.. discuss dulu ngan pengantin.. gambar camna dia nak.. camna hasil album yg dia nak..
    apa pun all the best for you bro.. thumbs up for fototeacher

  10. chot says:

    ini adalah satu artikel yg berguna sekali utk org baru seperti sy….kekadang kita lupa kehendak pelanggan kerana asyik mengikut kehendak sendiri…

  11. anakgajah13 says:

    artikel yg bgs!
    wpun sy x penah amik gmbr kawen..gn slr pun untuk2 suke2 je…lens pun biasa je..tp ilmu/tips/nasihat dr artikel nih..bgs!

    mekasehh :)

  12. ady says:

    Terima kasih atas apa cikgu ceritakan,memang sekarang banyak cara seseoarng tu nak tunjuk kreatif,tapi macam yang cikgu ceritakan ada yang suka ada yang tak suka,pada saya,saya lebih suka berbincang dulu dengan pelangan gambar macam mana yang diorang minat,lebih kepada posing,lebih kepada candid,atau lebih baik kita tunjuk beberapa album biar pelangan kita tengok yang mana diorang berminat(kalau salah cara ni harap cikgu betulkan)

  13. anonymous says:

    hi adan,

    thanks for bringing up this matter.
    satu artikel yg sangat berguna utk fotografer yg cari makan full time macam saya.
    cuma nak berkongsi pengalaman,
    kebetulan, baru2 ni saya pun dapat komplen dari klien mengatakan gambar- gambar saya tak kreatif. dia sangat tak puas hati dgn hasil kerja saya dan membezakan dgn hasil kerja fotografer lain yg jauh lebih murah perkhidmatannya dari saya. klien juga membuat komen bahawa banyak gambar yg saya ambil as “unnecessary.”

    terkejut jugak bla dapat sms text macam ni dari klien. Lagipun inilah pertama kali dapat sms macam tu.. untuk pengetahuan, saya dapat job ni pun dari wedding planner, so i supposed the wedding planner should have done the job of explaining the package of what she will be getting from me by paying the agreed amount. According to the wedding planner, the couple had seen my work, in fact they took the same package as the wedding planner had when they hired me as the photo. grapher on their wedding day. Fyi, the package includes only mastercopy of all poses and 3004r shots in a pocket album. i gave 10r frame with selected photo and additional 2 pcs 8×12 photos as a bonus. The wedding stretches for 7 hours ( akad nikah & reception held on the same day) by right, i should charge them additional 2 hours of my time bcos the package is meant for 5 hours of shooting.

    I took the liberty for not talking to the couple before their wedding day as i thought the job has been taken care off.

    A month after i delivered the album, i received those alarming text from the client itself. When i cross-checked with the wedding planner whether the couple complaint or made any comment regarding my work , they said the couple was satisfied. And zero complaint.

    i reviewed my work..kept asking myself whether i missed out some important moments, relatives, family or friends’ faces…but to no avail. i even ask the opinion of my friends and colleagues and they say it was a good job.

    one day, i met them face to face. curious and worried, i asked them what is it that u r not satisfied with. cos if they are not satisfied, i am not satisfied too.. furthermore, it is their once in a lifetime moments, and the person who is in charge and paid to capture the moment was me. they put their trust in me and i have not given them what they want.

    the summary of my discussion with them was, the presentation of my work. they expected some of the photos, should have designed on it, eg: graphic frames, b&w photos with some colour left as it is..magazine layout, ( like majalah pengantin layout on top of their photos superimposed etc.)

    When i asked them what they mean by unnecessary photos, they could not answer which is which..

    my answer to them was superimpose and graphic designing was not my forte and furthermore, that was an old style, but if you require them, i;m able to work with it..upon request.

    Nowadays, photos are getting simpler and simpler and people capture as it is. no added design whatsoever.
    In my opinion, the grahics on photos are invented only to cover the bad photos, eg blur, underexpose bad angle. If you are confident with your work, u dont need them.
    it is a matter of style. Different photographer commit to different style. i did not say that my style rules out among others bcos i know there are still demands for this kind of photography style. and i do use frames , SIMPLE frames to enhance my wedding album.

    i guess when u don’t meet their standard requirements, they will find fault and make small matters big.

    moral of the story, meet up with your client first and discuss on what they want and make them understand what they will get at the end of the day. Make them understand your style and delivery of work. b’cos at the end of the day the most that matter is we want to avoid unsatisfied customer.

    to the bride to be, please meet up with your photographer irregardless if the booking was made through wedding planner. U have to discuss the do’s and don’t. tell the photographer that you dislike those trendy pose and what you expect to get
    from him/her work

    As for me, i told the customer to come over to the shop and i will do the best that i can to superimpose and add some designs to the photos.
    i will omit my co’s name in the design and photo’s as this is not my identity. i believe that as a full time photographer, eat sleep and live with the money solely earned from photography u need to have your own identity cos that defines who you are, and insyaallah, you will stay long in the industry. you can’t please all people. if they dont like your work there are plenty of options out there for them to choose from.

    Adan,

    Thanks for a good article. I really appreciate it cos you always update us on usefull tips and current trends in this industry.

    - Over n out -

  14. matdue77 says:

    Assalamualaikum CIkgu… lama tak jenguk sini…

    Berkenaan hal yang cikgu utarakan ni, saya rasa terpanggil sebab skrg ni banyak sangat photog2 baru yang lazimnya semangat diorang berkobar2 untuk berkarya buat stail candid yang macam cikgu sebutkan ni. Sana-sini org dah pakai DSLR dan ramai yang ceburi wedding photography untuk part-time dan fulltime, tapi ramai yang tak jaga kualiti, album pun tak kemas, gambar pun tak berapa sesuai (exactly macam cikgu cakap) dan PR yang kurang bagus.

    As for me, saya lebih kepada wedding photography yang leih kepada possing shot (jarang org baru nak main stail ni sebab susah dan cumbersome, lagi satu susah nak berkreatif kalau possing), tapi pada saya waktu kawin nilah sepatutnya limelight pergi kat pengantin bukannya kepada org persekitarannya… Sedih tengok custom album yang kengkadang tu org lain lagi banyak gambarnya berbanding pengantin tu sendiri… So yang penting, utamakan yang lebih utama dan berusahalah untuk jadikan pengantin tu terbaik dalam apa jua shot yang anda ambik tak kira masa shot ke atau waktu editing, give your best shot… Pastikan pengantin tersenyum waktu diorang terima labum diorang, korang akan dapat kepuasan yang takleh digambarkan…

  15. Ismail said says:

    saya setuju ngan bro adan ketengahkan perkara ni. Walaupun ianya basic, tapi ramai yg lupa atau tak tau.

  16. ards says:

    wow…!! anda telah menyatakan apa yang saya hendak memperkatakan selama ini…terima kasih din (kalau x kisah saya panggil)…bukan apa…yang sebenarnya photographer yang baru naik ni terlalu ghairah dengan gajet yg ada dan kemudahan digital sekarang…bukan macam dulu…zaman analog (filem) terlalu mementingkan kualiti…presentation mesti power dan kita diajar cara komunikasi ngan klient dan baca perwatakan client…bukan macam ‘RED INDIAN’ dpt peluru…membazir shot…

  17. hakim says:

    Saya ada bbrapa point yang sama dgn tuan Hasnuddin. Yes, saya juga tak berapa suka dgn distortion yang diapply kat manusia. Seperti shots low angle guna ultra wide lens tu. Dah nampak orang tu tinggi semacam macam KLCC. Kepala plak nampak kecik sekecik2nya. Bagi saya itu keterlaluan. Saya tak pasti la pulak golongan hip hoppers suka gambar macam ni. Pasal shots candid budak2 tu, saya tak tau la plak. Ada ke yang shoot gambar budak2 sebanyak2nya macam tuan cakap tu. Siap buat jadi main subjek dalam custom album tu mmg haru biru tu. Penggunaan fish eye lens rasa2nya smua orang faham itu jenis distortion drpd fishye lens ni. Mmg cenggitu la gambarnya.

    Trend ikut-ikutan ni tak boleh disalahkan fotografer seperti ini 100%. Sebab biasanya diorang buat camni atas sebab ikut sifu atau kawan2 diorang. Kalau dah sifu wat camtu, takkan la plak anak buah tak ikut ye tak? Diorang just trying to produce variety of shots sebanyak mungkin. Baru la kalerful gambar diorang. Lagipun banyak fotografer camni baru start dalam bidang ni. Itu pun banyak di kalangan ini buat bisnes ni sebab nak cover balik kos beli DSLR ni. Tapi harga diorang cas pun biasanya murah2 ni tuan. Tak macam hire professional fotografer. Diorang ni ada yang sampai charge bbrapa ratus je untuk job ini. Jadi customer pun salah jugak dalam hal ni. Diorang on tight budget dapat hasil pun on tight budget la. Nak buat macam mana lagiiii… Bagi saya seorang professional fotografer mmg bkerja dalam bidang ni spenuh masa dengan mengambil kira hal2 begini la. Siap ngan consultation lagi tu.

    Apa pun saya puji tulisan tuan hasnuddin kali ini. Sekurang2nya dapat bagitau fotografer semua esp di kalangan ini untuk fikir ke arah kehendak pelanggan. Jangan syok sendiri jer. Maybe dah patut start dah ni stiap fotografer bawak contoh2 terdahulu jumpa bakal pengantin yang diorang akan shoot tu, tanya macam mana yang diorang suka dan tak suka. Wallahua’lam.

  18. Hairudy says:

    the user always rite :)

  19. lilomojo says:

    saya tak faham camana gaya hip hop tu.. n satu soalan lagi. camana kita nak faham kehendak customer sebelum event?..saya ni takut syok sendiri.

  20. Rudy Azwan says:

    Terima kasih kerana berkongsi topik yang menarik di sini…Topik yang dapat membuka mata jurugambar-jurugambar kita sekarang samada yang baru atau yang dah berpengalaman. Semoga idea yang saudara berikan ini dapat kami kembangkan supaya menjadi lebih yang terbaik!

    rudy…

  21. syafirol says:

    saya bersetuju dengan cikdin (boleh ya saya pagil nama tu). saya baru sgt dlm fotografi dan terpanggil utk berfikir apa yg dibicarakan di atas termasuk gaya dlm gambar yg tak sesuai dengan pakaian pengantin dan suasana. ada juga yg tak sesuai dengan adab dan sopan pengantin melayu.

    apapun bagi saya kesemua aksi, gaya atau hasil akhir gambar dan album perlu perbincangan dan persetujuan antara jurugambar dan pelanggan supaya rasa tidak puas hati dapat dielak. no syok sendiri & no eksperimen ditugasan.

    mungkin cikdin boleh buat satu diskusi khas mengenai perkara di atas dan ‘menggambar serta mengekalkan adap dan sopan bangsa melayu, bangsa cina, india dan lain2 dalam gambar perkahwinan’.

    terima kasih atas tunjuk ajar.

  22. meego says:

    salam en hasnuddin, saya membaca artikel saudara sambil tersenyum dan menganguk2 mengakui kebenaran fact yang saudara tulis! Banyak yang dipelajari dari artikel ni! TQ

  23. Mmg betul ape yg dikatakn tu..ade yg syok sendiri , main amik ape yg die hendak amik je ..lagi2 pasal bdk2 …

    nie pendapat saya :
    sebagai photographer mesti kene tahu jugak & bertanye kepada pengantin ,sape ahli keluarganya , utk senang candid org2 tertentu , seperti ibu bapa pengantin dan keluarganya . Dan jugak utk client die mesti tahu photographer mane yg menjadi taste dan style mereka , dengan itu takde la mereka komplen dengan angle photographer tersebut ,atau berbincang dahulu gan photographer tersebut apa yg client hendakkn, DAn utk Custom album pula lebih baik berbincang gan client gambar ape yg patut diletakkn supaya takde org2 sesat didlm album itu, walaupn cr nie mengambil mase skit tetapi ada baiknya.
    hhehe nie la pendapat saya sahaja..

  24. P:DEeK says:

    Funny but true. Thanks for sharing. Kekadang kita ni lupa diri sampai syok sendiri. Kesian kat customer :)

  25. takata says:

    satu artikel yang sebenarnya merupakan lebih kepada reminder buat orang baru macam saya.Boleh berkarya dan berkreativ ,botom line here you must know what you are doing.banyak lagi line2 yang lain dari wedding untuk exhibitkan kreativity anda .Harap2 saya tak tergolong dalam kategori camni.
    Thankyou to En Din dan yang contribute disini.Banyak PENGAJARAN.

  26. hasnuddin says:

    Terima kasih kepada semua yang memberi komen di sini. Tak sempat saya nak mention nama setiap orang di sini, tapi saya hargai setiap baris komen yang diberikan. Sekurang-kurangnya komen sebegini menaikkan lagi semangat saya untuk terus menulis dan berkongsi pendapat dengan anda semua.

  27. zana says:

    ARTIKEL yang mantap,molek segoti….harap 1hari saya berpeluang hadirkan diri dlm kursus2 yang diadakan.

  28. amzaid says:

    Salam. Betul tu En Din, Kebanyakan jurufoto baru ni mereka begitu ‘ghairah’ menghabiskan job yg diberi.Tu la, ada yg suruh pengantin melompat sambil mengangkang dsbnya.Keselamatan pengantin perlu diambil kira. Mereka membayar kita bukan untuk ‘mencederakan’ mereka.
    Ikutlah cara orang lama yang slow dan steady. Tak gitu en Din dan rakan-rakan sekalian?

  29. xirkmy says:

    Artikel yang menarik. Saya dah pernah mendengar perkara sebegini dari seorang yang dah lama berkecimoung dlm bidang fotografi sejak dari zaman analog lagi.

    Dia ada cerita kat saya yang ada toke kedai print gambar yang gelak habis bila tengok hasil yg terlebih kreatif.

    Mungkin diusia muda ada yg suka tengok gambar tangan besar, panjang. Muka kembong dll. Saya tak rasa apabila usia menjangkau 40an mereka akan merasa gambar sedemikian adalah cantik.

    Rasa saya gambar yg boleh bertahan lama dan tak lapuk nilainya adalah gambar-gambar yang seperti kita biasa tengok dari dahulu sehingga ke hari ini.

    Secara peribadi saya suka melihat hasil dari jessica claire, simple tetapi menarik. Ini hanya cth.

    http://www.jessicaclaire.net/

    Walau apapun, jika pelanggan berkehandak gambar-gambar dari different angle & ada distortion, we must respect them. Sbb duit dtgnya dari mereka

    Anyway, it is just my own view :) , lagipun saya bukanpun jurugambar pro & bertauliah

  30. echah says:

    a’aah, betul tu…. byk fotographer yg suke tiru2 gmbr2 yg ada kt fotopages org lain, smp naik muak tgk semua pengantin buat gaya sama jer..eg: amik gmbar muka pengantin dari dlam tengkolok.. nasib saya xder gambar gtu..huhu

  31. Ted Baker says:

    bagus entry ni bro, beginner macam saya, dpt byk ilmu. tq!

Leave a Reply