Kerana fototeacher, saya banyak belajar.
Saya menubuhkan fototeacher kerana ingin memberikan khidmat latihan dan pembelajaran fotografi kepada umum. Tetapi, sejak ada fototeacher, saya sendiri banyak belajar perkara baru mengenai fotografi. Selalunya, saya akan ‘terpaksa belajar’ bila:
- Peserta bertanya soalan kepada saya dalam kursus yang diadakan. Ada soalan yang saya tak boleh jawab. Jadi, saya mencari jawapan dan belajar lagi untuk menjawab soalan tersebut.
- Sebelum mengajar, saya akan buat persediaan tambahan dengan membaca buku fotografi terutamanya mengenai perkembangan terbaru. Kalaulah saya tidak mengajar, tentu malas saya nak membaca
- Dalam usaha menulis blog, adakalanya saya kehabisan idea. Jadi, saya ‘terpaksa’ menambah pengetahuan saya dengan membuat pembacaan yang kemudiannya akan dikongsi dengan anda semua.
Saya rasa bertuah kerana boleh sama-sama belajar. Terima kasih kepada anda semua kerana membuatkan saya terus belajar.
Hasnuddin

salam..sama2 la kita belajar..
terima kasih Cik din krn sudi berkongsi ilmu…..
Niat saya mula-mula jejak kaki ke fototeacher untuk belajar basic,kira macam “jump start”.Nak tanya kawan.. takde sape pun tau.. nak baca buku setakat tengok gambar jek cube angle pastu set auto dan shoot tuu je saya tau.. hasil nya paham-paham sendiri lah..
terima Kasih Cik Din…
Cik Din bila nak buat buku..?
Salam.
Walaupun sy dah hadiri AFD & KPFP di fototeacher, sy rasa masih bnyk lg ilmu fotografi yg perlu sy tuntut.
Blog ini mmg bnyk memberi manfaat kepada sy serta rakan2 yg lain dalam duna fotografi.
Terima kasig Cikgu Din.
ALLY | 019.266.7271 | 017.712.7271
allyfotografi@yahoo.com
allyphotography.fotopages.com
http://www.romantis-studio.com/lightbox/ally.html
Jauh disudut hati amat berhasrat utk mendalami ilmu fotografi namun belum berkesempatan. Insyallah saya sedang megumpul duit utk memiliki sebuah DSLR dan pastinya selepas itu join class Cik Din.
Kenapa?
Sebab saya teringin sangat mengabadikan suasana saat gerabak keretapi berlepas di stesen keretapi Slim River dengan Gambaran yang sering bermain difikiran saya setiap kali abah mengimbau kisah percintaannya dengan ibu saya. Hadiah kenangan nostalgia buatnya.
Saya yakin Cik Din boleh tunaikan hasrat saya ini.
Bak kata Hattan dalam Tanganisan Marhaenis;
“Seni…..perkara yang terpaling indah atas dunia”..

“Seni…..perkara yang terpaling halus atas dunia”..