Kamera Untuk Tutup Malu
Isu kamera murah dan kamera mahal memanglah satu isu yang sentiasa
dibincangkan. Orang baru dalam fotografi sentiasa terdorong untuk
membeli kamera yang tercanggih yang ada di pasaran, yang kadangkala
membebankan dari segi kewangan. Sindrom ini jadi makin kronik bila
kawan-kawan selalu ‘racun’ kita untuk beli kamera dan accessories yang
terbaru dan terbaik di pasaran.
Dari pemerhatian saya, ini terjadi kerana orang baru dalam fotografi
tiada keyakinan pada diri sendiri. Mereka kurang pengetahuan fotografi
dan kurang pengalaman. Jadi, untuk menutup kelemahan diri, ramai yang
ambil jalan mudah – beli kamera mahal lagi canggih, dengan harapan,
gambar yang dirakam akan jadi hebat secara otomatik. Malangnya,
pendapat ini tidak benar.
Orang baru harus banyak belajar, banyak bertanya, banyak mengkaji dan
banyak berlatih merakam gambar. Dengan cara ini, anda akan cepat
pandai. Anda akan dapat keyakinan diri. Anda perlu yakin, bahawa, yang
membuatkan gambar yang anda rakam itu cantik adalah kemahiran yang ada
pada diri anda, bukannya disebabkan oleh kamera yang canggih.
Bila anda masuk bidang fotografi dan ingin jadi jurugambar, pastikan
bahawa, minat utama anda ialah untuk hasilkan gambar yang baik, bukan
mengumpul berbagai jenis peralatan kamera dan membeli setiap kamera
keluaran terbaru. Maksudnya, jika ingin jadi jurugambar yang baik,
anda harus fokuskan masa dan wang anda lebih kepada pembelajaran dan
penguasaan kemahiran fotografi. Kamera hanyalah sekadar alat.
Jika anda ada kamera mahal, kamera tersebut akan jatuh harganya
selepas beberapa tahun. Tapi jika anda ada ilmu dan kemahiran
fotografi dalam diri anda, ianya tidak akan jatuh nilai, malah nilai
diri anda sebagai seorang jurugambar akan sentiasa naik dengan setiap
kemahiran dan ilmu yang anda perolehi.
Tidak salah membeli peralatan kamera mahal jika anda mampu. Tapi,
sebagai jurugambar, pastikan bahawa, kemahiran anda sentiasa lebih
hebat dari kamera anda. Janganlah hanya sekadar bergaya dengan
peralatan hebat, tapi takut nak tunjuk hasil gambar.
Memang ada golongan yang digelar camera collector. Ianya juga satu
hobi yang baik dan menarik. Tapi, kalau anda ingin dikenali sebagai
jurugambar, anda lebih patut rakam dan collect gambar yang baik, bukan
collect peralatan kamera.
- Hasnuddin
Ingin dapatkan artikel-artikel fotografi secara percuma dan dihantar terus kepada e-mel anda? Sila langgan newsletter percuma kami di – http://fototeacher.com/subscribe.htm



yupp..betoi tu cik din.saya stuju sgt2..
mcm saya ni lens n aksesori yg ada ni pon lom abes xplore lagik..
ini kan plak nk bli yg baru wat koleksi..
harus lobang poket nmpaknye..haha..
bila nak buat bengkel flash ni ye..
nk blajo nie…
En Din, saya sangat bersetuju. Dari satu sudut, kita mendapat faedah dengan kemajuan teknologi digital yang lagi laju dari jangka hayat tayar kereta saya. Teknologi canggih kini mampu dimiliki oleh semua orang.. tetapi saya rasa hanya yang ingin terus belajar dan berpengetahuan akan mendapat manfaat yg sebenarnya.
Satu artikal yg tepat dan ada kebenarannya….
zaman sekarang dah banyak perubahan kalau nak banding 10 – 15 tahun dulu.kalau ada dslr murah sekarang pun dah canggih abis pada saya.explore je abis abis features camera tu,tentu anda akan mendapat banyak menafaat kalu tahu nak manipulate
camera anda.bayangkan zaman pakai filem dulu….nak tahu hasil
lepas develope baru tahu,sekarang boleh pilih shots lagi…..tak canggih ke.Saya ada kenal sorang sahabat tu…3 tahun lebih shoot wedding guna Nikon d 70-s jer..tapi hasil peghhh!!!
tu baru la fotographer….ada orang boleh tunjuk ‘pride’ dengan
pakai pns jer,ada orang plak tunjuk aku ada all the latest in the market…tapi hasil hmmmm….no comment lar.kalu anda ada skill dan mampu tu apa salah nye..satu bonus pada saya.
kalu camera murah tak best,manufacturer pun tak hingin nak market product derang tu!!!baik jual high end model jer.hah masa tu baru lar kita tau untung nasib kita kan kan……
saya pun tgh fikir nak beli D700 sbb full frame tapi bila baca artikel ni, betul apa yg saudara katakan… saya copy spt di bwh ni;
“Jika anda ada kamera mahal, kamera tersebut akan jatuh harganya selepas beberapa tahun. Tapi jika anda ada ilmu dan kemahiran fotografi dalam diri anda, ianya tidak akan jatuh nilai”
tak terkejar teknologi ni
ilmu yang bermanafaat akan kekal sebagai saham yang abadi untuk
mukmin yang sejati di akhirat nanti . Oleh iitu jadi lah kita semua orang yang cinta kepada ilmu , hanya ilmu yang boleh menambahkan
skill anda . Jom kita ke foto teacher hadir bengkel photoshop pulak !!
Terima kasih di atas komen dan pendapat bernas dari anda semua.
Saya setuju sesangat, camera is just a tool, sekarang semua nak canggih-canggih, dulu sebelum ada kamera auto focus yang laju, orang ambil gambar sukan, tetap menarik jugak gambarnya walaupun guna kamera manual focus pakai pilem lagi…
tepuk dada tanya selera…
ya betul tu din…saya sokong 100%…dengan ada nya kemahiran untuk menangkap gambar baru kita dapat hasihnya…bukan dari camera yg cangih…
Tanpa ilmu…gelaplah pencarian kita…dengan ilmu..itulah penyuluh jalan yang satu…jadi apa yang penting ilmu kena timba dulu baru bli camera…
saya baru lagi dalam dunia fotografi ni,saya student fotografi dalam salah satu art school di msia..
saya masih mentah lagi,tapi berkat belajar dan belajar akhirnya saya faham kamera ni equipment je,xkesah la pakai kamera nama2 besar didunia pun ia cuma equipment.. hasil yang lahir dari dalam hati,minda dan penglihatan kita akan membuat kan karya atau imej kita ni terbaik.. large format,medium format or 35mm,digital or film.. hasilnya sume dari kita..insan2 yang berada dibelakang kamera..
seperti mana lecture saya slalu pesan.. “jangan jadi dinding.jadilah batu bata yang melengkapkan dinding”..”see more,learn more,do more”…