Kamera Impresif
Kamera Impresif
Oleh Hasnuddin untuk fototeacher.com
Ada orang yang terpaksa berhutang sebab nak beli kamera mahal, kononnya nak impress orang lain. Saya rasa, orang yang akan impressed dengan kamera mahal tu ialah dia sendiri jugak…
Client selalunya takkan impressed sangat dengan kamera mahal. Diaorang lebih impressed kalau kita bekerja dengan gaya yang beretika, penampilan yang segak dan komunikasi yang beradab. Paling utama, pelanggan lebih pentingkan hasil gambar yang cantik. Kalau pelanggan dah dapat gambar cantik, dia takkan tanya dah apa kamera awak pakai, atau berapa harga kamera awak. Tapi, kalau pelanggan tanya sekalipun, “Berapa harga kamera awak?” Anda boleh menjawab dengan bangganya, “Saya beli kamera 2nd hand aje ni, model 3 tahun lepas, harga RM1,000 je…” Lalu, pelanggan akan ternganga sebab gambar anda power, walaupun pakai kamera murah. Amacam?
Photographer otai pun tak pandang kamera mahal. Photographer otai tak pernah kutuk kamera apa yang diguna oleh seseorang jurugambar lain. Tapi, kalau seseorang mamat yang pegang kamera dan buat aksi pelik gaya tak macam photographer, memang akan ada beberapa kritikan dilemparkan. Sebaliknya, photographer otai lagi tabik dengan photographer yang pakai kamera murah tapi boleh bereskan kerja dengan kualiti tip top.
Artikel ni ditujukan kepada orang yang tak berapa ada duit yang risau tak mampu beli kamera mahal. Jadi, lepas baca artikel ni, jangan risau lagi. Tapi, kepada anda yang ada banyak duit, belilah barang kamera banyak-banyak sebulan sekali, supaya berlaku proses kitaran wang dengan lebih pesat lantas menjadikan ekonomi dunia pulih dengan lebih cepat.
Ingin dapatkan artikel-artikel fotografi secara percuma dan dihantar terus kepada e-mel anda? Sila langgan newsletter percuma kami di – http://fototeacher.com/subscribe.htm
Add me into your facebook – Hasnuddin Abu Samah

Last Call!
Kursus Asas Videografi akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad ini (20-21 Disember 2008). Sila hubungi Encik Zaly untuk harga diskaun khas. Tel: 03-91017155 atau e-mel: fototeacher@gmail.com
Untuk dapatkan maklumat lanjut, sila layari – http://fototeacher.com/videography.htm



nk mintak pendapat, antara canon and nikon mana better? selain kita bercerita mengenai harga2 kamera yg mahal ni
Betul cakap Cikgu tu..Setelah saya gunakan kamera mid level, kekadang ada juga keinginan nak balik ke entry level, tapi bila tengok D40,x dan D60 dengan beberapa kekangan, langsung tak menjadi..Nak tukar ke 450D, kena tukar speedgun sekali dan semua lens kena jual..Stick ajelah dengan D80 nih..
asalamualikum,tepat dan tersentuh tapi takde sampai menitis airmata he..he..he….sampai sekarang saya belum dapat beli kamera DSLR walaupun second hand ataupun baru.Minat dan kegilaan mengambil gambar sentiasa berlaku setiap hari dan yang paling teruk saya tak pernah mengambil sebarang kursus photogarfi (INSYAALLAH saya cuba hadir kursus fototeacher di satu hari nanti)…dan hasil daripada memandai dan gatal buat eksprimen mengambil gambar tanpa ilmu asas photografi menyebabkan kamera SLR Yashica dan Nikon hancur saya kerjakan.
setuju sangat. janji gambar power, klien tak tanya benda lain dah. puji je
. artikel kat dalam ni best2. saya nak buat ruangan forografi dalam majalah blog saya wajahwajah. minta izin fototeacher untuk ambil artikel2 menarik kat sini untuk ruangan tu. kalau nak menulis lagi dialu-alukan
Betul kata cik din tu…kamera bukan segala-galanya, kualiti dan hasil kerja yang tip-top yang pelanggan akan kagumi. Tapi apa yang penting sekali ilmu itu mesti ada…kita masih belajar walau pun 100 tahun lagi….