Jurugambar Kahwin Jadi Tuan Director
Jurugambar Kahwin Jadi Tuan Director
Oleh Amir Ridhwan untuk FOTOTEACHER.COM
Beberapa minggu lepas saya menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya di sebuah bandar terpencil. Bapa saudara saya ada mengambil seorang Official Photographer (OP) untuk majlis pernikahan dan persandingan anak perempuannya. Saya menulis kerana agak terganggu dengan cara OP mengendalikan majlis tersebut.
Ada beberapa perkara yang saya kurang berkenan. Pertamanya OP meletakkan beg peralatan beliau di atas pelamin ketika majis akad nikah berlangsung. Semua gambar akad nikah yang memperlihatkan pelamin akan melihatkan beg dia. Kemudiannya, bateri kameranya habis dan meminta agar aturcara majlis dihentikan sebentar sementara dia pergi ke beg menukar bateri. Seterusnya beliau mengalihkan perkakas perkahwinan seperti tepak mas kahwin untuk mengambil shot ketika pengantin baru selesai diijab-kabulkan. Apa yang berlaku seterusnya tidak kelihatan seperti majlis perkahwinan tetapi lebih kepada sesi photoshoot kerana OP mengarahkan setiap pergerakan pengantin.
Ini adalah kali pertama saya menyaksikan campur tangan jurugambar yang begitu mendalam. Sebagai ahli keluarga, saya berasa kurang senang kerana majlis perkahwinan telah bertukar sedemikian rupa. Walaupun OP mempunyai tanggungjawab untuk memastikan shot penting diambil tetapi adalah tidak wajar untuk beliau menghentikan aturacara majlis demi mendapatkan sudut sesuai atau menukar susunan prop yang sedia ada secara berlebihan. Mungkin tiada ahli keluarga pengantin yang bersuara tetapi sudah tentu mereka tidak mahu majlis perkahwinan berlangsung seperti itu. Saya harap jurufoto perkahwinan akan lebih prihatin dengan etika ketika menjalankan tugas. Sesuatu majlis bukannya dilangsungkan semata-mata untuk kita mengambil gambar. Kita hanyalah unit auxilliary yang mana kehadiran kita tidak sepatutnya dirasai oleh mereka yang hadir.
Adakah anda pernah mengalami insiden yang hampir sama? Apa pendapat anda mengenai jurugambar yang berperangai sebegini? Harap anda boleh kongsi pengalaman dan pendapat anda bersama pembaca lain. Sila tuliskan di ruangan komen di bawah. Terima kasih.
Oleh Amir Ridhwan untuk FOTOTEACHER.COM
Hakcipta terpelihara FOTOTEACHER.COM 2009. Dilarang mengeluarkan semula mana-mana bahagian di dalam artikel ini tanpa kebenaran bertulis dari pihak FOTOTEACHER.COM
Dapatkan artikel fotografi secara percuma, dihantar terus ke e-mel anda. SILA KLIK DI SINI


Assalamualaikum. Apakhabar..
Saya juga pernah mengalami masalah yang serupa disebuah majlis perkahwinan sepupu perempuan. Masalahnya ialah jurugambar dan mak andam (seorang mak nyah) yang menguasai majlis. Dah la sombong berlagak pulak. Mengalahkan pengarah photografi, sampai orang lain yang ingin mengambil gambar pun dihalangnya. Ini lah kali pertama saya jumpa jurugambar perangai macam ni, rasa nak tumbuk je muka mak andam (mak nyah) dan jurugambar tu. Kepada semua kawan-kawan jurugambar jangan la jadi perangai macamni menyusahkan orang lain je..
Etika semasa menjadi OP bagi perkahwinan amatlah penting dan mesti selalu diambil berat ini kerana perbuatan ini mencerminkan imej profesional atau tidak prrofesional seseorang jurugambar perkahwinan. Jgn gopoh mengambil gambar, bersabar dan dapatkan shoot with right moment and have a good shot. Yang penting adab seseorang jurugambar dan sebagai org islam dan melayu kita kena hormati majlis org. bukan mendominasi majlis org. Mari kita bersama muhasabah diri.
Saya setuju dgn komen dr En. Din.. ini pertama kali saya dengar cerita sebegini..biasenye cerita “paparazi” yang tak reti hormat kat OP tapi cerita ni lain skit..so. ini satu perkonsian yang bijak sebenarnya..
p/s: kenapa ruangan komen ini mcm komen untuk semua entry..? bukan utk satu2 entry shj..?
perkara perkara yg mcm nilah yg selalu menjadikan nama dan reputasi fotografer itu dipandang rendah serta tidak beretika…jgn fikir kita ni OP ke atau apa benda pun, sudah menunjukkan yg kita ni berkuasa penuh dan tak ada sapa yg nak larang…atitude tu jaga sikit…sebelum shoot fikir la cara kreatif…mata dan otak kena jalan beb…baru angle masyuukk cun…barang barang spt beg ke lighting ke letak tepi…bagi laluan buat org yang menjayakan sesuatu majlis…kalau bole “make ourselves invicible” (dgn izin)..hehe..
Mcm ni punya OP pun ada ka? Kalau aku jumpa OP majlis sedara aku mcm tu sah kena sound.
emm…selepas membaca artikel ini saya berpendapat bahawa :-
1) mungkin ini adalah kali pertama OP melakukan tugasannya.
2) mungkin juga OP telah diberikan lesen besar di dalam majlis tersebut berikutan dia telah menerima
bayaran dari tuan rumah yg menginginkan setiap detik dirakam.
3)OP syok sendiri dan terlupe yang kerja dia sekadar menjadi photographer bukan sebagai event
manager.
Walaubagaimanapun, saya berharap agar OP tersebut terbaca artikel ini dan belajar dari kesilapannya serta
mempelajari etika sebagai OP yang profesional.
Ada gak OP cenggini yer..? tapi gua xbaper stuju kalo dikaterkan OP nih baru berjinak2 atau baru nak belajar amik gambar. Selalunya org yang baru nak mula akan takut2, malu2, segan, nak shoot gambo..Kalo ditengokkan OP ni, seolah beliau dh biasa amik gambar malah seolah beliau seorang yang amat hebat sampai boleh masuk campur hal perjalanan majlis. Ker keluarga pengantin bagi lesen besar, “Ko buatlah apa yang patut. Janji gambar ada dan cantik”. Maka si OP tuh apa lagi, tunjuk hebat laa….
~masih bengang ngn 2nd photog yng x respek kt gua sbg OP~
salam…mungkin OP ni konon x nak trtinggal shoot yg penting2 agaknye…walaubagaimanapun kita amik la kisah ni sebagai iktibar…
Pada pendapat Lia,
OP tadi mungkin rasa majlis tu hak milik dia.tp lia bernasib baik semasa lia khwin dulu,my OP tak bertindak sedemikian.kebtulan sedara yg nk ambik gmbo pun menghrmati OP smpi OP terlupa dia dh terlebih shoot in my wedding.
apapun,sepatutnya pihak keluarga,tegur secara lawak mengenai tugas Op yg mungkin tak menyedari kelakuannya itu rupanya menjengkelkan semua org.jgn depan manis memuji kehebatan Op tp rupanya di belakang di umpat di keji.Contohi org barat yg sentiasa berterus terang jika anda melakukan kesilapan.
Tegurla OP jika OP silap ,sebab kadang kala OP terlalu prihatin utk memastikan semuanya berjln lancar kerana dia teringatkan byran yg pelanggan akan berikan.nanti,pelanggan bersuara,shoot tak lawa tp ambik byran tinggi.
Apapun,setuju dgn pendapat yg mengatakan make urself invisible!
Macam biasa ku hadapi masalah begitu dgn mak andam…tapi photographer mak andam yang aku jumpa tak la macam tu…ok je…mungkin sesetengah macam tu…kot.Walau apa pun teruskan belajar…dan belajar…:-)
Saya pernah mengambil gambar satu majlis perkahwinan di Johor, dan pengantin memberikan saya hak atau kuasa sepenuhnya mengatur cara pergerakan majlis tersebut asalkan dapat shoot yang baik. Walau bagaimana pun saya tetap meminta kebenaran atau nasihat dari pihak keluarga pengantin jika ingin berbuat sesuatu. Dan bab habis bateri tu agak melampaula….!
Saya mengalami masalah yg hampir sama cuma cerita saya ialah OP yang agak mementingkan diri sendiri dia tak langsung bagi peluang tetamu yg menggunakan compact camera merakam gambar. Lepas dia shoot terus dia suruh pengantin buat lain posing sepatutnya tanya sesiapa yang nak merakam gambar lagi tak ? Sila jadikan ini sebagai pengajaran kepada kita.
Salam….Pada pendapat saya menjadi OP tidak semestinya mempunyai kuasa 100% untuk mengawal majlis mengikut kehendaknya….Dalam kes ni terkejut jugak biler abes bateri boleh pulak majlis dihentikan….bagi saya seperti tidak menghormati….walaupon anda seorang OP namun siapakah anda untuk menghentikan sebarang majlis?lain kali perepare segala barang tidak kisah bateri ke aper….dah kata OP kene la bertindak professional….kalo takot termissed moment sbb bateri habis nak buat mcm mana…kene la think forward….jgn suker2 hentikan majlis atau direct pengantin sesuka hati….mmg itu hak OP tersebut namun setiap hak mempunyai limitationnya kerana ini adalah untuk kebaikan perjalanan majlis tersebut.
Bagi pendapat saya perkara yang macamni tak sepatutnya terjadi dimajlis-majlis apa sekalipun inii boleh menjjaskan reputasi kita sebagai seorang photographer, kenapa tidak bawa battery spare sekali ini boleh menyelamatkan keadaan dan tidak sepatutnya kita meletakan barangan kita disitu kerana kita dibayar untuk mebuat kerja tetapi sebaliknya kita telah mengecewakan orang yang mebayar kita dan berharap dapat membuat yang terbaik untuk majlisnya, so diharapkan tidak ada lagi orang yang akan buat macamni lagi.
Terima kasih di atas pandangan dan perkongsian pengalaman dari anda semua.
sy penah shoot gambar ptunangan, sblm hari kenduri sy dah tanya dia nk shoot style apa..old school ke atau style photogrpaher zmn skang, dia nk style zmn skang…ms bg gmbr kat client sy, pd mula tunang dia impress ngan hasil keje kami, then 1 minggu selepas tu dia sms ckp ‘terkilan habis’ dgn artwork kami (pic yg sy shoot tu s**k), dia bgtau yg dia ada tanya pendapat ’somebody’ pasal pic yg kami shoot, org tu bgtau dia yg sy TAK CONTROL majlis tu..last minah tu kensel pakej yg dia deal ngan sy..dan dia mintak ganti rugi..tp alhamdulillah, rezeki sy slps tu makin bertambah
-maaf ada pembetulan ayat sedikit
inilah kerja seorng OP yang tidak pro dan tidak mengunakan akal..
sepatutnya dia dah merancang lebih awal dimana angle-angle yang menarik dan mudah .Majlis tetap berjalan..sepatutnya OP yang mengejar majlis..bukan Majlis yang nak tunggu OP..soal kehabisan bateri bukan masaalah majlis tapi dia yang tidak bersedia..Begitu juga dengan suasana majlis ..sepatutnya ia dirakam mengikut suasana apa yang berlaku pada masa tu bukan diubah suai keterlaluan yang boleh mencacatkan keadaan apabila diabadikan.. dalam sessi fotograpi yang dirancang barulah peranan OP diperlukan yang bukan lagi berbentuk majlis…
aku pun berpendapat yg perkara xprofesional ini berlaku. sepatutnya op or photographer tahu yg majlis ni khas untuk pengantin dan mengikut adat kita. oleh kerana pengantin itu biasa bg wedding photog sebab slalu shoot x patut kita buat suka ati.
then dia pun sound aku “bro tepi skit..”. aku pun pandang dia. buka plastik pinggan 2 then p duk table aku blk (plastik pinggan lain xbuka). Dlm hati aku, aku nak tolong dapat gambar lawa je. camne gmbar ko nak mcm pengantin mkn, plastik xbuka lg. x ke pantulan plastik 2 jd mknan silau dan lain2 sebab, ‘lu pikir la sendiri’. x lama kemudian, abg aku datang pass beg n gear aku yg dia pinjam wat amik gambar td. trus mamat 2 pandang ak…aku pun buat xtau la, mmg da xde mood nak tegur dia. walaupun ak da tau nama dia. sebab ak kenal dari laman web company 2.