March 31, 2008 Categorized under: Fikiran - No Comment

JURUGAMBAR BODOH SOMBONG

Ini adalah artikel yang saya tulis agak lama dahulu dan pernah disiarkan dalam beberapa forum tempatan:

Ada orang yang ambik gambar dah bertahun-tahun, tapi gambarnya macam tuuu jugak. Takde improvement. Ada caranya untuk jadi jurugambar yang baik dalam masa yang singkat ( Sebenarnya, tak singkat jugak la, sebab there is no shortcut to success ) Cuma, dengan cara ini, anda akan bertambah maju, ke arah menjadi bagus, bukan sekadar duduk di takok lama. Mengikut pengalaman saya, 5 perkara itu:

1) Banyak membaca mengenai teknik dan teknikal fotografi
Ni yang paling penting lah. Asas kearah menjadi yang terbaik. Kalau takde basic knowledge macamana nak improve.

2) Banyak membaca mengenai peralatan dan teknologi terkini
Dengan mengetahui peralatan dan teknologi baru, secara tak langsung, anda juga dapat mempraktikkan atau menggunakan peralatan baru itu dalam fotografi anda. Contohnya, kalau biasa shoot guna flash light, apa kata study pasal lampu video light dan jadikannya sebagai satu sumber lighting menggantikan lampu flash. So, explore satu benda baru, dari segi equipment.

3) Banyakkan melihat gambar-gambar yang hebat dari jurugambar yang hebat.
My favourite – National Geographic magazine laa..photographer dia semua power. Tapi skrg, dalam website pun boleh cari gambar2 yang bagus. Tengok gambar yang bagus, study kenapa gambar itu bagus. Study apa teknik yg diguna. Satu lagi tujuan kena tengok banyak gambar ialah kesannya kepada kita punya photographic memory. Otak kita akan ingat visual2 yg kita pernah tengok. Bila tiba masa kita ambik gambar, secara tak sedar, kita akan ambik gambar sama macam gambar2 yang kita pernah tengok dan admire. Takde masalah, pada peringkat awal tiru style orang lain. Kita tiru style org yg kita admire. Slowly kita akan develop our own style. Untuk melihat banyak contoh gambar, sila ke: http://adanphoto.fotopages.com atau www.adan.biz

4) Banyak merakam gambar, tak kira gambar apa, dimana, bila-bila masa…
Ni kira kacang la sekarang ni. Dulu masa kami zaman filem, memanjang pokai, duit habis beli filem & print gambar. Semata-mata nak belajar. Buat benda apa pun, kalau nak pandai dan mahir, kena practice. Practice make perfect. So, kalau zaman digital ni, kalau ada photographer ada alasan malas ambik gambar, jangan jadi photographer…sebab sebenarnya dia tak minat. Kalau minat, semua jadi. Bila dah banyak practice ambik gambar, kamera akan jadi sebahagian dari badan kita, jadi kita punya second nature. Takde la setiap kali nak ambik angle lain sikit, terkial2 nak adjust kamera. Sama jugak dengan skill melihat, composition dsb.

5) Jangan BODOH SOMBONG.
Ni masalah besar ni. Ilmu tu luas dan takkan habis dipelajari sampai kita mati. Orang yang bijak akan rasa semakin bodoh apabila dia belajar makin tinggi. Maknanya, bila kita mendalami sesuatu bidang dengan sebenar-benarnya, kita akan nampak betapa luasnya ilmu bidang itu dan betapa jahilnya kita. Hormat orang yg lebih berpengalaman. Walau gambar dia style lama, dia pasti tau something yg kita tak tahu. Org. lama pun kena belajar dari org baru. Banyakkan bertanya. Jangan malu bertanya. Orang pandai memang banyak bertanya, cuma kena fikir dulu apa yang hendak ditanya. Tapi, orang bodoh takut bertanya, sebab takut orang tahu yang dia bodoh.

Sekian, harap tulisan ini dapat sedikit sebanyak membantu. Harap maaf
jika ada kesilapan atau menyinggung mana2 pihak.

Hasnuddin
Untuk kemajuan anda dalam fotografi, sila layari laman web rasmi fototeacher.com di http://www.fototeacher.com

No Responses to “JURUGAMBAR BODOH SOMBONG”

  1. mj says:

    cikgu.
    saya baru baca blog nie. mungkin saya ketinggalan. tapi boleh tak cikgu ajar bagaimana nak guna polarize lens. apa kegunaannya, ape kelebihannya dan bagaimana untuk menggunakannya dgn efektif.

    adik saya ada tunjukkan perbezaan gambar yang dia pernah shoot yg diambil pada waktu malam, gambar kolam yg tiada pembiasan etc, tp saya mahu penerangan yg lebih terperinci dr cikgu.

    dan juga pasal vignette.

    trimas.

  2. Ada betulnya apa yg diperkatakan. Cuma nak ubah pemikiran org aje yg agak susah. Ianya bergantung kpd kehendak masing2…. kalau nakkan improvement maka kena lakukan perubahan dlm hati N fikiran masing2….

  3. matdue77 says:

    Mmg masalah bodoh sombong ni pun kengkadang wujud dikalangan org baru… Pada mereka yang berkaitan ini, pada mereka ilmu yang mereka dapat daripada guru yang sebelumnya adalah yang paling betul, idea/pendapat cikgu2 lain dah dikira tak valid… Tak laku… Jadi ini secara directnya membantutkan proses pembelajaran mereka. Kengkadang sesama newbie pun ada ilmu yang boleh dikongsikan tetapi bila berhadapan dengan org yang sebegini, niat baik itu terpaksa dipendamkan/dibuang terus. Siapa yang rugi? Mereka juga….

  4. gee ham says:

    saya baru berjinak2 dgn bidang mengambar org khawin, dulu keja saya ambil gambar kereta tapi biasalah tengok gambar biasa saja…dah tak pernah belajar dan mecuba benda baru, maksud saya semua gambar saya ambil dengan auto mode…
    saya amat rugi kerana tidak mahu mencuba dan belajar…sekarang ne… dah tahu sikit2 tapi saya melihat gambar saya macam biasa saja tiada yang boom seperti gambar2 org yang saya lihat…
    setelah membaca atical ne baru saya rasa malu dan kecewa atas kebodohan saya…saya berharap tuan guru dapat mengajar saya

    saya juga berhasrad nak mengikuti class portable flash tapi tak mampu nak gi k KL, tak ada planning kah nak anjurkan kan Miri kah atau secara ONLINE…

  5. hasnuddin says:

    Saya sangat-sangat bersetuju dengan matdue77. Kita tak boleh taksub dengan satu orang guru sahaja. Ilmu ini amat luas. Guru ada ramai. Setiap guru ada cara dan pendapat masing-masing. Ambil ilmu dari sesiapa sahaja, guna akal sendiri untuk pertimbangkan baik buruk, betul atau salah.

  6. wazari says:

    Setuju dengan pendapatsemua, kita memang perlu sentiasa belajar pasal kalau kita rasa kita pandai, ada ramai lagi orang di luar sana yang lebih pandai…

Leave a Reply