September 12, 2009 Categorized under: Fikiran, Personal - No Comment

Jurufoto BUKAN Jurugambar

Oleh: Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM

Teringat, ketika saya menulis surat rasmi kepada Y.M. Profesor Dato’ Raja Zahabuddin, Dekan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Industri UNISEL, beliau telah menegur saya kerana saya telah menggunakan perkataan jurugambar untuk menterjemahkan perkataan photographer. Kata Dato’ Raja, perkataan Bahasa Melayu yang tepat untuk photographer ialah jurufoto, bukannya jurugambar.

Perkataan jurugambar tidak menerangkan dengan tepat bahawa seseorang itu adalah mahir dalam fotografi dan berkarya dengan menghasilkan gambar foto. Sebaliknya, jurugambar bermaksud seseorang yang mahir menghasilkan gambar. Ia tidak menerangkan dengan spesifik media yang digunakan untuk menghasilkan gambar, samada gambar foto, gambar video, gambar lukisan dan sebagainya.

Setelah mendengar nasihat dari Dato’ Raja itu, saya terfikir:

  1. Betapa perkataan jurugambar yang selalu kita guna dan dianggap remeh ini rupanya memberikan perbezaan yang ketara dalam maknanya.
  2. Betapa kagumnya saya dengan ketelitian orang lama lagi berilmu seperti Dato’ Raja dalam hal ini. (Untuk pengetahuan anda, Dato’ Raja adalah diantara orang terpenting dalam penubuhan Kursus Diploma Fotografi ITM )

Saya sendiri memang sudah terbiasa dan selesa menggunakan perkataan jurugambar. Namun, kini kita telah tahu, perkataan paling tepat untuk makna photographer ialah jurufoto. Gunakanlah perkataan jurufoto dalam penulisan rasmi untuk maksud yang paling tepat.

Oleh: Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM

Harap berikan komen anda dalam ruangan di bawah.

SERTAI BERBAGAI KURSUS FOTOGRAFI ANJURAN FOTOTEACHER.COM. SILA KLIK DI SINI.

No Responses to “Jurufoto BUKAN Jurugambar”

  1. Rashidi says:

    Erk.. Saje nak tanye jek… bukan ke sekarang kebanyakan orang buleh digelar jurugambar sebab selain dari mengambil gambar kita juga dah meng”edit” gambar contoh guna Adobe Photoshop tu sebelum mempamerkan kepada orang lain?

  2. wan says:

    salam.. nak tanya.. ada buat service utk ambil gambar kat sekolah tak?

Leave a Reply