March 22, 2009 Categorized under: Fikiran - No Comment

Ilmu Rahsia Fotografi

Ilmu Rahsia Fotografi
Oleh: Hasnuddin Abu Samah

Ilmu fotografi seharusnya dikongsi bersama tanpa menyembunyikan apa-apa rahsia. Namun, bukan semua ilmu akan diajarkan sewenang-wenangnya kepada semua orang. Ada beberapa ilmu yang tidak mudah didapati.

Ilmu rahsia perniagaan atau ‘trade secret’ adalah ilmu fotografi yang paling susah untuk didapati. Ini kerana, ilmu ini, jika didedahkan kepada umum akan menjejaskan perniagaan seseorang itu. Bagi sesetengah orang, mendedahkan ilmu ini umpama membunuh diri sendiri. Biasanya, seseorang jurugambar tidak akan mendedahkan teknik tertentu beliau yang menjadikan karyanya unik. Jika beliau mendedahkan teknik ini secara umum, jurugambar tersebut tidak akan ada sebarang keistimewaan lagi.

Jurugambar juga jarang ingin berkongsi pembekal (supplier) bagi produk tertentu. Pembekal kepada produk ini menjadi seakan ibu duit kepada perniagaannya. Jika semua orang ada produk yang serupa, perniagaan beliau dikhuatiri tidak akan mampu bersaing lagi. Contohnya, jika seseorang jurugambar mempunyai pembekal album gambar yang yang cantik tetapi murah, beliau amat berat untuk mendedahkan dimana beliau membeli album gambar tersebut.

Walaupun jurugambar cuba merahsiakan beberapa perkara yang beliau ketahui, bukanlah bermakna rahsia itu tidak boleh didedahkan langsung. Sesuatu rahsia itu boleh didedahkan kepada orang yang tertentu. Jika seseorang itu menunjukkan minat yang mendalam, bersungguh-sungguh serta sedia membuat kebaikan kepada si penyimpan rahsia, rahsia itu tentu sekali boleh dibocorkan.

Saya faham dan setuju, rahsia perniagaan harus dikawal rapi. Namun, ilmu fotografi umum harus dikongsikan bersama, tanpa rahsia. Bagi saya, orang yang kedekut ilmu ialah orang yang tidak cukup ilmu. Sebab itulah dia fikir, jika dia mengajarkan ilmunya, ilmunya akan cepat habis!

Oleh: Hasnuddin Abu Samah

No Responses to “Ilmu Rahsia Fotografi”

  1. ijam says:

    Betul tu saya setuju ilmu perlu dikongsi. Tak rugi jika kita kongsikan ilmu yang kita ada. Sama- sama belajar…

    Orang yang kedekut dengan ilmu tidak akan kemana :)

  2. kumin says:

    Hasnuddin,
    terima kasih kerana tidak kedekut…. :)

  3. pyan says:

    yer betul… setuju sangat… tapi yang paling saya tertarik ayat yang last tu.. “org yang kedekut ilmu adalah org yang tak cukup ilmu”!takut ilmunya habis katanya!hiks… maka dengan itu, terpaksalah saya pegi BPF untuk menuntut ilmu supaya tak tergolong dalam org2 kedekut itu! Muahaha!.. en Din, harap nanti boleh jumpa kat BPF sebab dengar cite ada event kat putrajaya jugak kan? kalau bole la.. wassalam..

  4. izam says:

    Bro..gua sgt2 setuju ngan ayat yg bro nyatakan..cos bg gua sendiri..ilmu kita yg sedikit klu kita share balik ngan kekawan..lame2 akan bertambah banyak!! Its true n’ really happen to me..simple..klu kita share apa yg kita tahu nanti geng2 kita plak yg share ilmu diaorg yg pd kita mmg tak pernah tahu..

  5. ewan says:

    ada orang dah lah tak nak berkongsi,tapi bila bab nak komen hasil artwork orang lain…wah bukan main lagi ! semata mata nak menutup kelemahan diri dari diketahui orang lain.Tak cukup dengan itu,dia komen lagi pasal peralatan dan gear yang kita ada,hanya nak menunjuk yang dia kononnya lebih class dari orang lain.Betul lah orang macam ni memang tak cukup ilmu,tapi hidup penuh dengan inferiority.Berhati hati lah semua…..Pada saya apa yang penting ialah usaha dan kesanggupan seseorang untuk menambah ilmu dan meningkatkan skill yang sedia ada dan sedia berkongsi apa yang kita tahu disamping merendah diri…takan rugi kita

  6. hasnuddin says:

    Saya pun setuju dengan pendapat anda semua…

  7. Mail says:

    Hmmmm…. menarik ungkapan tu.

    Jadi penceramah dalam fotoinspirasi nanti tergolong dalam golongan mana?

    Baca sinopsis kursus, maca semua ilmu nak dicurakan dan dikongsi…. ye ke?

  8. hasnuddin says:

    Mail, penceramah dalam FOTOINSPIRASI akan cuba berkongsi apa yang mereka tahu mengikut rancangan ringkasan kandungan dalam masa yang diberikan. Peserta juga boleh bertanya soalan dalams sesi soal jawab yang akan diadakan.

Leave a Reply