Harga murah untuk kawan-kawan???
Bagi anda yang menjadikan fotografi sebagai sumber pendapatan…
Kita tentu selalu dengar ayat macam ni – “Takkan takde diskaun untuk kawan-kawan?” Ayat ni kita biasa dengar bila ‘kawan’ kita nak guna khidmat kita untuk rakam gambar untuk mereka… Masalahnya di sini:
1) Diskaun ‘harga kawan-kawan’ tu adakalanya tak munasabah. Dahlah mintak diskaun sampai kita hampir rugi, lepas tu nak free gift lagi, lepas tu nak kualiti ngalahkan anak raja… Dan yang paling peritnya, bila time nak bayar, bukan main liat lagi…
2) Kalau kawan yang mintak diskaun tu memang kawan lama dan kawan baik yang dah banyak berjasa, tak apa jugak. Memang dengan rela hati, saya boleh bagi FREE aje. Tapi masalahnya, jenis kawan yang hanya mengaku kawan bila nak guna khidmat kita. Kawan kepada kawan kepada kawan kita pun mengaku jadi kawan kita dan nak mintak diskaun. Teruk la macam ni…
Maaflah, wahai ‘kawan-kawan’, saya terpaksa bercakap yang benar untuk mengubah mentaliti orang kita. Sepatutnya, kalau ada kawan kita buat bisnes, kita bukan mintak harga murah, tapi, lebih baik kalau kita bayar dia harga yang sepatutnya untuk menyokong dan memajukan lagi bisnes kawan kita tu. Kalau asyik bayar murah, macamana orang kita nak maju berniaga?
Ada sorang kawan saya mintak saya shoot gambar kahwin dia. Disebabkan kawan saya ni banyak berjasa dengan saya, maka saya cakap kat dia, saya nak bagi FREE aje. Dia cakap, “Jangan bagi free. Kau charge berapa kau nak charge. Aku takut kalau kau bagi free nanti, aku dapat kualiti macam gambar free!” Saya respek dengan mentaliti dia ni. Dia faham pasal bisnes.
Saya ada sorang makcik yang jual nasi lemak. Dia ni baik hati dan selalu panggil kitaorang datang makan kat rumah dia. Satu hari tu, saya tak ada duit nak makan (ni cerita zaman dulu la ni…) So, saya pun pergi le ke gerai makcik saya ni dengan harapan nak makan nasi lemak free. Bila dah habis makan, makcik saya suruh saya bayar – dia tak bagi kurang satu sen pun! Saya kena bayar macam harga orang lain jugak. Prinsip dia, kalau berniaga kena tegas. Tak kira sedara ke, kawan ke, harga sama. Business is business. Saya belajar sesuatu dari dia…
Macam jugak satu cerita ni, saya pernah nak beli barang dari sorang tauke cina yang agak baik dengan saya. Saya mintak dia bagi diskaun RM 2 dari harga asal. Puas mintak, dia tak bagi jugak sebab tu dah best price katanya. Last sekali dia kata, “Kawan, ni harga sudah spesel, gua tak boleh kasi kurang, nanti gua rugi. Lu bayar ini harga, nanti gua belanja lu minum kopi, itu lain cerita”
So, saya faham, tauke ni ada prinsip. Dia berniaga mesti ada untung. Tapi, kalau di luar bisnes dia, dia boleh ‘rugi’ untuk belanja kawan minum kopi. Macam makcik saya yang jual nasi lemak tu jugak, rajin belanja sedara mara makan kat rumah dia dan selalu bagi hadiah kepada anak-anak buah. Tapi, kalau nak beli barang dengan dia, strictly no diskaun! Again, business is business.
Sekarang ni kalau ada kawan-kawan atau sedara-mara yang tak faham pasal bisnes datang nak mintak khidmat kami, saya dengan baiknya akan menolak dengan berkata, “Maaflah, tak boleh buat job tu, kami dah ada job lain….”
Apa pendapat anda? Mari kita kongsi bersama…
Hasnuddin



aha… ini amat sukar!! tapi saya cuba tegaskan harga yg diberi adalah munasabah! no more diskaun.
Harga kawan ni memang penyakit bangsa kita masa kini. Kalau kita ade bisness je semua nak mintak harga member member. So memang kadang kadang tak larat nak melayan orang orang macam ni. Especially dia ni lagi fussy dari orang yang bayar jauh lebih mahal dari dia. Kadang kadang tu nak buat kerja dia pun tak best. Selalunya dalam photography ni or in anything yang kita buat if we don’t put our heart into it memang lah hasil kerja tu pun macam half hearted je. Then at the end product yang kita deliver tu pun standard dia below par. So for those people yang nak harga kawan ni senang je. You will get what you pay. The more you pay the more you will get. Tul tak adan?
Terima kasih otopan dan hafiz atas feedback anda. Ada sesiapa lagi nak kongsi pendapat?
Adan, walaupun saya tak jadikan photography ni mata pencarian (lagi…), saya ada perancangan ke arah itu pada masa depan…
Tapi macam yang Adan katakan dalam posting blog nih, masalah nak harga member ni awal-awal lagi dah saya kena… Saya ada jugak ambik gambo tunang, kawin or birthday party kenalan dan anok beranak, Dahlah nak ke tempat dia tu minyak dah sendiri, kite kena sedia kamera lagi, then bile siap tu semua, kos cuci gambar tu pun kite kena dahulukan dulu, duit tu toksah cakap la, mmg liat nak bayar kat kita semula (WALAUPUN saya tak kenakan charge apa-apa!)
Skrg saya dah jadi selfish sikit, kalau semua keperluan saya mereka tak boleh penuhi, saya akan kata yang saya ada kerja lain kat opis (saya CAD operator by the way), so senang hati tak sakit, masa kita tak habis tanpa dapat ganjaran apa-apa…
Itu baru amatur, kalau dah fully professional, macamana lah gamaknya???
matdue77, betul tu, kadang2 saya rasa, kita kena be selfish sikit kalau nak meniaga. Kalau baik sangat, boleh gulung tikar. Memang, cara terbaik, jangan buat job dgn orang yang terlalu rapat ngan kita (kecuali yang memahami) Ni pun untuk menjaga persahabatan sebenarnya. Kalau dah buat job, pas tu hati sakit, tak baik jugak untuk kesihatan
betul tu, aku pun setuju… mentaliti org kita belum lagi berubah… hanya nak benda murah n free… quality nak tip top.. ingatlah.. bantulah bangsa kita utk berniaga.. but org kita kalau nak berniaga nak untung cepat itu pun satu penyakit.. biar sikit tapi lama… jangan untung cepat, pastu gulung tikar… good luck and may Allah bless we all… aminnnnnnnnnnn
Bro, saya pun setuju…’kawan-kawan ‘ ni la yg buat kite lingkup. Saya pn pernah kene..
Kite dh buat ntuk dorang tetibe dh siap gambar pun dorang mintak lagi diskaun. Ni yg pening…tolak modal,tolak masa kite, tolak penat last2 jadi rugi…
Betul mcm bro kata…Bisnes is bisnes. Kalau tidak nanti makan diri kite sendiri.
Betul kata Bro, kita cakap je kat ‘kawan-kawan’ yg mcm ni kate kita dh ada jo lain…selamat sikit dari rugi…hehehe..
Saya pulak kalau kawan2 mintak shoot gambar kahwin dia, mmg saya akan bagi sedikit diskaun TETAPI saya mmg akan pastikan saya masih ada untung walaupun sedikit. Kalau best friends punya kategori pulak(tak la ramai mana..2-3 kerat je hehehe), saya cuma bagi servis free, tetapi material costs spt album, printing, transportation, etc saya akan charge..labour cost saya(ambik gambar + editing) aje yg saya tak charge..kiranya sbg hadiah kawin la..hehehe..anyway, diskaun2 nih saya akan bagi sekiranya dia org mintak, otherwise saya akan charge mcm biasa.
Kalu kawan2 saya tak de masalah sgt…saya problem kalu dgn sedara mara rapat. Saya tak boleh bagi alasan ‘ada job lain’ sbb saya mmg kena dtg kenduri sedara-mara yg rapat la nih. Jadinya, nak tak nak, saya mmg kena ambik gambar kawin dia org sbb saya mmg dah berada di situ. Tak kan nak kata tak moh ambik sbb dia bayar murah yg tak masuk akal..So, apa yg saya buat, end produk yg saya deliver tu will be based on apa yg dia bayar..kalu bayar takat 2-3 ratus tuh, saya print je la gambar 4R and taruk dlm album biasa. Kalu nak custom album dgn rega mcm tu, mmg saya kata tak boleh la.
Apa2 pun, prinsip saya setiap harga yg saya charge tu mesti paling2 pun cover modal/material cost. Lagi pun tahun ni baru nak start biz so the discounts tuh kiranya my investment la for marketing la. Mmg saya untung sikit dgn dia org nih, TAPI dia org ni jugak la yg akan promote album(photography servis) saya tu for FREE dekat org2 lain i.e. kawan2 & family mereka. Tu sbbnya saya akan pastikan end produk saya betul2 memuaskan hati dia org walaupun bayarannya tak setimpal utk usaha saya. Insyallah tahun depan saya akan lebih serius dgn part2 pricing ni.
yea…saya sokong kenyataan kamu semua….setuju2..
azmiman, kalo bagi harga murah sikit utk promosi dgn harapan lain kali dapat job lain, saya rasa itu tindakan yang betul sebagai permulaan. Itu kira kita rugi dulu mula2, untung kemudian. Tapi, kalo macam kami ni dgn overhead yang agak tinggi, pastu kawan2 nak mintak harga standard pasar malam, pening kepala dibuatnya…
Stright to point…”Nothing In This World Is Free” even tandas yang kotor pun kita kena bayar. Inikan pula satu hasil kerja seni yang memerlukan pemikiran kreatif dan mengambil masa yang lama untuk menghasilkan.
Tunang saye ambik gambar pengantin kawan dia sebab kawan dia tu mintak tolong. Kawan lame punye pasal,tunang saye kate tak kesah, no charge at all, free je. Fine,dia ambik gambar mase majlis kawin tu, pastu dia dah touch up gambar tu bg cantik semua la, tapi sampai sudah kawan tu tak tanye pun pasal gambar kawin dia…dia buat donno je…lucky tunang saye tak cuci lagi gambar2 tu…
moral of the story, bila barang murah,lagi2 barang free orang selalu tak appreciate.
Eda kata – barang free orang selalu tak appreciate.
Saya kata – Satu point yang sangat benar!
salam…
betul tu bro. kdg2 tu, ada gak kawan2 bertanya pasal wedding packages. cekya mmg agak liat sikit nak quote diorg nih. coz i know dialogue2 macam nih akan keluar.
cekya mmg tak promote sangat pada kawan2 sebab cekya nih lembut hati la dalam hal2 diskaun nih. i’d rather ask zuhri to handle that part.
ayat bro membuatkan cekya lebih berani. business is business. no matter how close you are with your friends, business IS business. tak dapat disangkal lagi.
thanx for your thought.
Rasanya mentaliti camni memg tak dpt dipisahkan dgn org melayu..Saya sendiri jual pakaian & makanan(cupcake), harga dah cukup murah..siap antar kat tempat diorg lagi..itu pun ade gak yg komplen..tapi paling senang jual pada org yg faham bisnes & tahu kualiti…memg tak akan minta kurang walaupun 10 sen..ade sorang customer cakap ” Dari saya beli dr bangsa lain yg sememangnye mahal, baik tolong bangsa sendiri..murah/mahal kita dh memajukan bangsa sendiri ”
Thanks to ADAN for this valuable thought.
saya rasa keadaan ni amat biasa di malaysia…walau bagaimanapun takkanlah kita sampai nak hilang kawan sbb diskaun2 ni…kita jawab ler elok2 kat dia org…kdg2 dia org ni tak faham…dia ingat kita pakai kamera rege RM 300 kebawah…hehe..belum lagi keje kita…bukan beginner…keje pro tu..!
kalau dia org cakap nak rege kawan…ko org kata la”mmg aku dah bagi murah ni…ini mmg rege kawan ler ni” tapi kalau dia org nak jugaaaak harga kawan…ko org jawab la…boleh..! aku ader kameraman lain…nama dia KAWAN…dia pakai kamera cap ayam….harga rm150 utuk 36 keping…free album 1…hehehe…(album kertas yg kedai gambar bagi tu)…bla bla bla….ko reka jerlah la)….kehkehkeh…ok ker..?
Betul tue…biz is biz.Kalau sume nk bg % jenuh laa..
Assalamualikum Bro & kawan2. Aku sokong semua pendapat korang. Memang ramai kengkawan yang perangai camtu nak diskaun tahap melampau. Dengan bangsa lain tak berkira langsung tapi dengan bangsa sendiri 1 sen pun mau kira. Tapi aku kat sini nak cakap pasal ada sesetengah “KAWAN” photographer kat tempat aku sanggup potong harga tahap melampau sampai menjejaskan orang lain. Korang agak2 berapa mamat tu charge? 3Roll RM270.00. Harga camni bagi aku tak munasabah langsung.. nak buat promosi pun biar la berpatutan dengan tenaga, kerja, masa dan sebagainya. Semua kos mesti diambil kira contohnya jarak perjalanan ke sesuatu tempat majlis berlangsung. Sebagai photographer aku memang tak puas hati betul dengan mamat mangkuk ni…rasa nak tumbuk je rusuk dia…
memang btul…kita da letak diskaun pon mintak murah lagi…tokey lori balak pun jual lori cam nie…heheee…pa pe pun mentaliti masayarakat kita still ngak berubah…nak barangan yang berkualiti n ori tapi nak murah…kene cakap kat customer wat sendiri la…pa pe pon klu kualiti terjamin harga mahal ckit pon kira ok…
smoga adan trus MAJUUUU…
setuju dgn post adan & komen2 readers.
aku buat part time jugak, mmg ade kawan2 yg mintak harga “kawan2″.
aku penah terkena dgn 2 hari nk kawen dia tepon mintak kurang harga dgn alasan budget lari.
aku terpaksa setuju sbb dia dah canang dgn member2 yang lain yg aku photographer dia. tapi serius x ikhlas pun mase buat shoot kat umah dia. dahlah kene stayback sbb nak nak kumpulkan sume sedara mara dia, pastu request nk amik gmbar dari tok dia smpai anak cicit dia plak. tensen siot!!
dari kejadian tu aku amik iktibar, kalo dgn kwn2 ni aku akan inform aku bg kurang sket harga dr pekej sedia ada dan aku akan develop extra pics letak dlm album.
and so far alhamudlillah, xde lah diorg mintak harga rendah gile x masuk akal mcm mamat member aku tu.
Terima kasih banyak2 kepada semua yang bagi pendapat dan komen kat sini. Rupa-rupanya, bukan saya sorang aje yang kena masalah macam ni…
Saya setuju dengan pendapat sedara semua, kawan yang baik sepatutnya membantu kita bukan nak mintak diskaun dan mengambil kesempatan atas nama seorang kawan. Sepatutnya dia bayar harga lebih dari biasa sebagai tanda sokongan terhadap kawannya, nilah dia kawan yang serbenarnya. Saya jarang sekali buat wedding tapi perkara yang macam nie beberapa kali jugak pernah saya alami. Kawan yang mintak diskaun adalah seorang kawan yang tidak tahu menilai Erti Persahabatan yang sebenarnya, fikir-fikirkanlah…
ahakss….saya biasa dgr ayat camnih..walaupun bukan bisnes fotografi..saya bisnes menjahit beads…bisnes kecik pun ada gaks dgr ayat camtuh..hahaha..tula org kita…tapi…saya cam makcik nasi lemak..kawan tetap kawan..bisnes kene terus jalan beb..my dad pun face that problem..my dad buka kedai perabot jati..ayat macam mmg akan di dgr dari customer yg dtg..tp my dad cam tokei cina tuh..diskaun mmg ada..lu bayar harga yang wang kasi..nanti malam wa belanja kopi..hahah..my dad ngan saya pun dia mintak bayar…arituh nk beli rocking chair..anak beranak ker…anak bapak ker…bayar tetap bayar..takder free..tapi…harga spesel tuh adala..hahhahaha…tapi saya setuju ngan cerita yg kat atas td..menarik hati..ingatkan kene kat bisnes sendiri..rupenyer….semua yang bisnes face problem nih..apa yg perlu ada pada diri..tegas dlm menghadapi…cam iklan PEEL FRESH..ingin kan kepuasan..kupasla sendiri..saya suka ayat tuh…
hehe saya sentiasa menghadapi masalah ni.Mmg payah.Menambahkan kepayahan ni bila saya sendiri jenis lembut hati,last terima gak job tu..Tapi bila tgh buat job…rasa tak berbaloi lak bagi rege tu.Tiba2 rasa penat sangat.(hehe padan muka).Saya pun tak tahu ler bagaimana nak nak ‘keras’kan cikit hati ni bila nak menetap harga pada ‘kawan2′ ni.(ada cara tak?).
interesting topik.. walaupun ramai yg mengadu menghadapi masalah camni tapi aku harap korang pun bukan la kategori orang yang mintak harga kengkawan jugak la ya.. bukan apa, kadang2 kita tak sedar apa yg kita tak suka orang buat camtu kat kita tapi kita sebenarnya 2×5 gak.. sekadar pendapat peribadi..
Nuppy ada point kat situ… Lepas ni kita kena selalu ingatlah sebelum mintak diskaun kat kawan. Tapi, rasanya kalau mintak diskaun sikit tu boleh la, jangan sampai melampau dan mintak yang bukan-bukan… dan yang paling penting, bayar mesti on time…
dulu pakcik saya ada kedai makan di RnR Temerloh lebuh raya pantai timur. mak cik saya yg masak dan dia ni memang terrer habis. dalam keluarga kami dia yg selalu tolong masak bila ada kenduri sebab air tangan dia mmg power. so bila kami singgah ke kedai dia, pakcik saya akan caj walaupun jumlahnya minima. mungkin hanya sebagai token yg kita bayar. katanya, “kalau nak makan free, datang rumah. boleh mintak nak makan apa pun.” memang wajar sangat la apa yg dia kata tu.
pokoknya, org kita suka mengambil kesempatan atas saudara mara atau rakan yg berniaga. mungkin sebab budaya kita ni suka tolong-menolong tetapi biarlah berpada2. setiap diskaun atau benda free tu ibarat kita mengorek dalam periuk nasi sahabat sendiri. tak malu ke?
pendapat saya, tali persahabat yg baik pun kita kena jaga juga.. mungkin kita tak bagi diskaun.. tapi tak salah kalo bagi something special sebagai hadiah.. cth: bagi hadiah 1 gambar dlm frame 8R ke.. bagi extra hour sket ke.. itu akan membezakan kalo kita amik “photog kawan” dgn “photog lain”..
pendek kata “..kurang jgn kurang sgt.. lebih jgn lebih sgt..”
Persoalan yang menarik……harga kawan-kawan lepas tu bunuh kawan-kawan. Biasalah kita ni kadang-kadang nak secure business sampai lupa overhead yang kita tanggung. Jangan jadikan satu amalan memberi kawan-kawan harga murah . Ini kerana meletakkan harga murah akan menyebabkan nilai profession kita akan jatuh. So nanti dia ingat kita ni buat business main-main sekadar cari makan. Cam tu mana nak membesar business. Hari tu I jumpa seorang fotographer gomen. Dia cerita kat I pasal tolong kawan punya pasal shoot sampai seribu imej 2 hari, lepas tu caj RM500……dahlah penat tak balik modal…….So inilah kalau kawan punya pasal. Kawan pun satu pandai ambil kesempatan. Kalau dulu tak berapa rapat tapi tiba-tiba jadi rapat pasal nak harga kawan-kawan. Jadi I explainlah kat dia macamana nak charge walaupun kawan-kawan….I harap dia faham.
Bagi saya, tak salah bagi diskaun kat kawan nih sebab lagi banyak kita berbuat baik, lagi banyak rezeki kita masuk tapi make sure lah diskaun tu still dapat menguntungkan kita. Macam saya, saya akan bagi diskaun yang ada untung juga pada saya dan bila diaorang minta diskaun lagi, saya akan cakap yang sudah habis murah saya bagi. Lagi satu PR (Persuade, promote, marketing) kenalah bagus.. Biasanya saya berniaga, takde lagi pelanggan saya yang akan minta diskaun dengan saya selepas saya berikan mereka diskaun.
Tepuk dada tanya selera..allahuallam
Akak setuju. Orang memang suka mintak diskaun be it kawan atau pelanggan biasa saja.Akak akan cakap takde diskaun tapi kalau bayar habis lepas habis shoot dapat hadiah. Kalau tak, bayar balance masa deliver album tapi no hadiahlah.
Memang betul kalau kita terus kasi hadiah saja people won’t appreciate tapi kalau kita ckp nak hadiah bayar habis than baru mereka rasa berharganya hadiah tu.
N utk kawan pulak, yang betul2 rapat or sedara, saya akan potong based on commission kalau mak andam yang rekomen. Ok lah kan.
Tapi lebih daripada itu tak boleh lah. Akak akan cakap dari mintak diskaun, baik akak buat hasil yang memuaskan hati dan mungkin tak kisah datang dua kali ke cm tu lah.Ok lah kan
betul la
jgn kasi diskaun la
saya tak kisah nak bagi khidmat free utk BEST FRIENDS. seriously, yg baik dengan kita, yg sama susah sama senang, sama gelak sama nangis, mmg FOC je. yang kawan2 tak berapa close, ada la discount sikit.
tapi, yg “BESTNYA”, kawan-kawan yg tak berapa nak rapat pun tetiba nak nyendeng bila nak guna khidmat kita.
yg bestnya, bukan dia yang nak kawin. awek dia punya kakak yang nak kawin. pastu mintak harga kawan. adoi! :p mampuih lingkup kalau ada 20 orang camni hehe..
thanks adan for sharing.
dell.
dulu aku sama cam apa yang korang tulis kat atas…
mudah tersentuh kalau orang nak mintak diskaun..
tapi lepas tuh aku ada cara nak menanganinya..
aku akan cakap harga aku RMxxxx
tapi sebab kau kawan aku aku bagi diskaun 10%
“mahal la… takkan 10% jerk?”
Mahal? dah bagi 10% pun mahal?
cam gitu kau pergilah cari orang lain yang
sama kualiti dgn aku tapi bagi murah lagi dari aku..
bagi aku kalau kita bagi harga yang tak sepatutnya
dan membuat kan kita rugi akan membuatkan mereka
rasa kita MENGHARAPKAN duit mereka…
maksud aku kita akan nampak so DESPERATE nak duit..
so tak payah ada kawan cam gitu beb…
dan motto aku dari dulu bila ada yang tak puas hati dgn
layanan yang aku berikan aku straight jer cakap
“sebelum aku kawan dgn kau
aku tak mati pun…. nikan pula kalau
aku hilang kawan cam kau sekarang…”
hehehehehehehe
renung renungkanlah
salam
itulah yg sering berlaku..
namum bole juga jaga hati member tu dengan shot FOC tapi dengan syarat2 seperti berikut
- kita boleh shot apa saja sesuka hati kita
- gambaq2 just burn dlm Cd/DVD sahaja (print sendiri mau ingat la kan)
- tak leh dok arah2 kita mcm2
- kita boleh balik umah bila2 masa yg kita suka
- boleh kita testing apa2 yg patut bila buat job FOC nie
kalau tak sanggup terima syarat2 tu..
faham2 aje laaa..
p/s : aku pun selalu dok kena mcm nie.. tapi itulah syarat2 yg aku kenakan.. huhu..
Saya suka story dell:
“…kawan-kawan yg tak berapa nak rapat pun tetiba nak nyendeng bila nak guna khidmat kita…yg bestnya, bukan dia yang nak kawin. awek dia punya kakak yang nak kawin. pastu mintak harga kawan…”
Ini memang biasa terjadi. Sungguh tak faham… apalah rasional kita kena bagi diskaun kat kakak kepada awek kawan kita?
hihihi…
masalah yang sama… memang ni la ragam kalo bisnes..
semua org nak mintak murah..
saya penah belajar dari seorang kakak yg memang kuat bisnes..
dia kata..
“nak bisnes ni, margin kena besar..
”
so, ko letak ler harga yg tinggi sedikit (tapi jgn la x munasabah..) dr yang sebenarnya ko nak dapat..
orang kita ni, beli apa pun akan mintak murah & mintak turunkan harga..
so.. lepas dia mintak tu, baru ko turunkan harga… dalam erti kata lain, harga ko tetap sama, dan ko tak ler rasa bersalah kat diri ko kalo ko turun kan harga (hehe..) dan tak ler rasa bersalah kat kawan ko tuh..
hehe… saya penah praktikkan beberapa kali..
boleh gak la dipakai..
dengan cara tu, hubungan sesama kawan pun dijaga, bisnes kita pun terjaga & kualiti pun terjamin…
just my 2 cents..
Tips yang bagus dari little_iguana! Terima kasih kerana berkongsi…
hmm nampaknya dah ramai pun yang bersuara.. jadi saya tak perlu keluarkan pendapat lagi. Terang-terang ramai yang kena macam nie.
Kadang-kadang bukan kawan sahaja, customer pun ramai yang macam nie.
akan saya save page ini untuk ditunjukkan kepada kawan-kawan…
Apa yang korang cakap semuanya betul. Sebenarnya saya tak heran ngape org nak harga murah – biasalah tu. Saya pun sama gak kdg2. Tapi kita kena fhm jugak, bila boleh mintak murah & bila tak boleh.
Yang peliknya ngape mentaliti negatif camni selalunya ada pada org Melayu dan jarang pada bangsa lain? Susah sungguh nak berniaga kalao semua orang camni. Langsung tak membantu bangsa sendiri nak maju dalam perniagaan.
Pengalaman saya selama wat job ngan orang Melayu (saya pun org Melayu gak haha) ni ialah mostly nak benda berkualiti tinggi dengan harga rendah tapi time nak bayar, cam siput sedut. Letih follow-up, lps 3 bln baru boleh dpt. Camno tu? Last2 terpaksa turunkan harga, sbb nk dapat payment cpt.
Tp still, saya dpt untung sbb saya letak harga lagi tinggi dari yg spatutnya. Jadi walaupun saya turunkan harga, saya tak rugi apa2.
Penah sekali dulu jugak, ada sorang member ni nak beli barang dengan harga diskaun. Padahal harga yang saya tawarkan is definitely jauh lbih murah dari pasaran. Dalam hati saya, memang terpaksa banyak bersabar. Kita takleh naik angin dgn pelanggan sbb hati pelanggan kena jaga. Saya bagitau dia. Untung saya pun tak seberapa, camne nak bagi diskaun lagi?
Tapi alhamdulillah, dari pengalaman camni kita akan banyak belajar. Dalam bisnes, kita kena strict. Terpaksa tegas, walaupun tak tergamak. Tak boleh bagi muka sangat, walaupun pada kawan atau saudara sendiri. Kalau tak, sampai bila pun kita takkan untung. Asyik rugi semanjang.
Kalau kita nak bagi murah kat kawan2 – boleh. Tapi jangan sampai takde untung langsng.. ataupun dapat keuntungan yg tak berbaloi. Kena pandai2 la.. kalao kurangkan harga sini. Harga servis lain kena ‘up’ supaya tak rugi. Kecuali la kalau member tu baik & teramat berjasa pada kita – bagi free pun takpe.
Tips Little_Iguana bagus. I like it. Biar kita letak harga tinggi, asalkan munasabah. So kalau bagi diskaun pun – kita still untung. Best of Luck utk semua! (^_^)/
Halamak, sketnya macam artikel dlm majalah daa komen aku… hehe sowi guys.
wah….artikel yang bagus! thanks didiz bg aku link nih!
Hehe,… interesting…! Perkara ni memang betul… that’s why saya lebih concentrate client luar daripada client dlm Malaysia. Tapi kalo wedding,.. tak dapek laa nak tolong… tu local market.. so, kena laa berhadapan ngan situasi begini..
Anyway,.. bila kita cari makan… kena laa jugak tabahkan hati…
En.Hasnuddin really thought-provoking after reading all these comments.. thanks for all the tips and yang paling mulia… giving people a chance to share their views.. for free!
Baguslah Din ko highlightkan perkara nih…I’m sure tak kira apa jenis perniagaan pasti penjual/peniaga akan menghadapi masalah2 begini. Aku pon memang pernah menghadapi situasi gini. Masa mula-mula dulu, aku cair gak la..yelah nak tolongg but when ko dah agak masak dalam bisnes nih , you will learn not to say yes to everything.
Good topic to discuss.
Terima kasih atas komen anda semua..
Komen dari ‘orang kuat’ macam imagemaker dan Fishie@Manggis pulak membuatkan saya berasa sungguh berbesar hati…
a’kum semua…
hal nie pun selalu berlaku pada saya..kwn2 jumpa,asyik mintak diskaun..tapi mmg saya kata,sikit2 boleh la…tapi xbagi pun…saya selalunya akan tambah cikit2 barang la..macam sekeping dua gambar 8′x12′ siap layout cikit..bagi mereka happy je…kos pun baru berapa…rm8 je..kalo nak potong harga,xkan nak potong RM8 je kot???hehehe…
tapi kalo family,mmg saya xnak ambik…lagi ssh..karag ada je yang xkena,macam mereka 2 pro sgt pasal gambar…mcm en hasnudin cakap,mgalahkan ank raja!!alasan??sama je…cakap dah ada job kat tempat lain…senang cite…
kadang2 mak saya pun ada gak cakap2…ala,kwn mama 2…bagi la diskaun,promosi….saya pun cakap la balik…brapa byak nak promosi???dah bayak sgt dah…rugi la….kwn@x,harga sama!!!bukan boleh kurang kos kita kalo kita ambik gambar kwan2….btl x????
hmmm…thanks la sudi dengar apa yang saya cakapkan nie…minggu nie ada 1 job..ari 2hb mei ada satu lagi job…rezeki…alhamduliliah…boleh la tampung duit belanja belajar nu kat UiTM Melaka nu…
apapun, jumpa lagi..a’kum
Sdr Hasnuddin,
Saya juga pernah mengalami situasi sebegini. Malah dalam bidang kerja selain dari fotografi pun pun ada gak orang-orang macam ni. Apa yang saya lakukan sekarang ini ialah, mintak tempoh sehari dua untuk review pricing. Kalau within limit (contribution costing), saya berikan diskaun, kalau tak saya decline job tu dengan alasan.
Dalam konteks job fotografi ni, saya nampak ada dua masaalah: Pertama, pengguna (yakni kengkawan/saudara-mara) ni tak faham proses yang perlu dibuat/dilalui oleh fotografer-fotografer, sebab mereka tak tahu; dan kedua, degan era digital ini, mereka (pengguna) ingat ini kerja mudah dan banyak juga yang baru berjinak dengan fotografi ni “spoil the market” dengan menawarkan harga runtuh.
Jadi, apa yang terjadi sekarang nie pada pendapat saya, kita sebagai fotografer yang perlu dipersalahkan kerana tidak bersatu untuk menentukan harga-harga job seperti bidang professional yang lain, tanpa mengira kengkawan atau sebaliknya.
what u wrote is true. orang kita ni blom betul2 ada fikiran business. i was once doing freelance graphic design works before sambung belajar. seksa jugak kalau nak berurusan dgn org melayu sebab semua nak murah tapi lawa. walaupun members, respek lah sikit kita yg berpenat-lelah ni. tu blom lagi ada org yg spoil market dgn charge fee murah giler. hai! susah gak berurusan dgn org kita sebab mereka kurang faham tentang bayaran bagi khidmat profesional. maaf bercakap, berurusan dgn org cina lebih mudah sebab kebanyakan mereka appreciate dgn skill kita walaupun member sendiri.
bidang2 yg nampak mudah mcm fotografi n design selalu kena diskriminasi. org melayu tak sedar yg harga penat-lelah tu pun kena bayar disamping skill. pernah sekali aku tolak bulat2 satu packaging design artwork sebab client tu nak bayar design fee dgn begitu murah sekali. alasan dia ialah anak sedara dia pun buat design tapi charge murah. aku terus explain secara baik pada dia yg aku bukan fresh graduate n bukan nak cakap besar tapi pls respect my experience. what a discrimination! kompeni untung ribu2 tapi nak bayar kita pun takut rugi.
satu lagi yg aku bengang ialah job dari org tengah. ada artwork yg dah lah aku kena buat photo shoot, charge murah n amendment banyak. adoi! tu blom part kena tipu lagi tu. mmm… kalau lah mentaliti org kita boleh berubah.