June 13, 2008 Categorized under: Fikiran - No Comment

fototeacher – Antara Kualiti & Harga

Rakan-rakan yang dihormati,

Saya terpanggil untuk menulis kerana baru-baru ini saya mendapat beberapa e-mel yang meminta kami mengurangkan harga kursus yang kami anjurkan. Tambahan pula, ketika ini ramai pihak di luar sana yang menganjurkan kursus yang hampir sama dengan harga yang lebih murah. Saya harap anda semua bandingkan ‘harga’ kami secara adil. Walaupun harga yang diletakkan oleh fototeacher agak tinggi, tetapi, kami memberikan banyak nilai tambah kepada setiap wang yang anda keluarkan. Antaranya ialah:

  • Tenaga pengajar utama untuk kursus kami adalah terdiri dari jurugambar profesional yang berpengalaman sekurang-kurangnya 1o tahun dalam bidang fotografi. Bayangkan 10 tahun pengalaman ini diringkaskan dan dicurahkan kepada anda. Tenaga pengajar kami juga terdiri dari jurugambar yang mendapat pendidikan formal dalam bidang fotografi.
  • Pengalaman kami mengendalikan kursus juga harus diambil kira sebagai sesuatu yang bernilai untuk anda. Setakat ini, kami telah mengadakan lebih dari 15 Kursus Asas Fotografi Digital. Syllabus pelajaran kami sentiasa diperbaiki hasil dari maklum balas para peserta kursus. Ini bermakna, kursus yang kami adakan lebih berkualiti setiap masa, sedangkan, harganya tidak banyak berubah.
  • Syllabus kami lebih realistik dan kukuh. Kami hanya mengajar beberapa subjek paling penting secara mendalam. Kami akan pastikan anda faham. Tidak ada gunanya jika kami mengajar 20-30 tajuk, tetapi anda tidak sempat menyerap apa yang diajar dan akhirnya anda tidak dapat apa-apa ilmu. Kami percaya, asas fotografi yang kuat adalah amat penting untuk anda. Pilihlah kursus yang berkualiti. Jangan kerana hendak berjimat beberapa ratus ringgit, akhirnya anda tidak dapat apa yang diharapkan.
  • Kami bertanggungjawab dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk memastikan anda faham akan apa yang disampaikan. Untuk Kursus Asas Fotografi Digital, kami mewajibkan peserta menjawab soalan kefahaman selepas setiap topik bagi menguji tahap kefahaman. Bimbingan tambahan akan diberikan serta merta jika didapati ada perkara yang masih tidak difahami. Kami juga menyediakan khidmat sokongan selepas kursus dimana para peserta boleh bertanya soalan melalui blog fototeacher.com. Bukan setakat itu sahaja, dengan bayaran minimum, kami turut tawarkan kepada peserta supaya hadir untuk kursus seterusnya jika ingin menguatkan lagi kefahaman.
  • Selain dari itu, kami memberikan penekanan kepada situasi pembelajaran yang memberangsangkan. Ini termasuklah bilik latihan yang kecil (maksimum 25 0rang), persembahan nota melalui projektor, demonstrasi langsung di skrin TV dan pemberian nota yang padat kepada setiap peserta.

Saya harap, anda dapat membuat pertimbangan yang bijak dalam memilih kursus yang ingin dihadiri. Tentu anda tidak mahu hadir satu kursus yang murah tetapi hambar, lalu terpaksa mengikuti kursus lain. Jika jadi begini, kos yang dikeluarkan adalah jauh lebih mahal.

P.S. – Jangan lupa untuk ikuti Bengkel Portable Flash yang akan datang. Kursus unik ini tidak akan diadakan selalu. Sila klik – http://fototeacher.com/FlashPhotography.html

Hasnuddin.

No Responses to “fototeacher – Antara Kualiti & Harga”

  1. zahir says:

    secara peribadi, fototeacher still the best….tak caye joint la kursus

Leave a Reply