July 9, 2009 Categorized under: Fikiran, Tips - No Comment

Hakikat untuk Jadi Jurugambar Hebat

Hakikat untuk Jadi Jurugambar Hebat
Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM

Tiada jalan pintas untuk jadi jurugambar yang hebat. Pertama sekali, kita perlu ada ilmu. Ilmu boleh didapati dengan belajar. Hadir kursus, baca buku, bertanya kepada yang tahu dan sebagainya. Tetapi, ilmu tanpa amal dan latihan tidak akan menjadikan kita mahir.

Ada sesetengah orang yang menganggap, dengan menghadiri kursus fotografi, mereka akan terus jadi mahir. Tetapi, hakikatnya, kemahiran tidak boleh diperolehi dalam masa yang singkat. Hadir kursus boleh memberikan kita ilmu dan kefahaman. Tetapi, kemahiran hanya akan datang dari latihan dan pengalaman.

Dengan minat yang mendalam, sepatutnya kita akan sentiasa berlatih merakam gambar tanpa rasa jemu dan tidak menganggapnya sebagai beban. Kurang masa dan kurang wang bukan alasan untuk kita tidak berlatih merakam gambar. Kita boleh berlatih merakam gambar dengan mencuba berbagai-bagai teknik dan kemahiran hanya dengan berada di dalam rumah. Tidak perlu pergi jauh. Tidak semestinya mencari subjek yang menarik di luar rumah untuk berlatih merakam gambar.

Tentu sekali, memiliki peralatan kamera yang mahal juga bukanlah satu cara yang boleh menjamin kita untuk menjadi seorang jurugambar yang hebat.

Fotografi bukanlah suatu hobi mudah yang penuh dengan keselesaan. Fotografi adalah untuk orang yang sukakan cabaran. Jika anda ingin berjaya dalam fotografi, anda mestilah sanggup untuk berusaha bersungguh-sungguh dan melupakan jalan pintas.

Bagaimana pula cara anda memperbaiki kemahiran fotografi anda? Mungkin anda ada tips lain yang anda ingin kongsikan bersama. Harap anda boleh tuliskan di ruangan komen di bawah. Terima kasih.

Oleh Hasnuddin Abu Samah untuk FOTOTEACHER.COM

Hakcipta terpelihara FOTOTEACHER.COM 2009. Dilarang mengeluarkan semula mana-mana bahagian di dalam artikel ini tanpa kebenaran bertulis dari pihak FOTOTEACHER.COM

No Responses to “Hakikat untuk Jadi Jurugambar Hebat”

  1. haniframli says:

    btol tu..tiada satu pn jln pintas..
    cara saya blajar dr buku..lately..e-book mudah utk di muat trun
    saya akn cuba apa yg sy suda baca..
    saya juga kerap mengikuti sesi outing bersama2 mereka yg suda berpengalaman..walaupun saya hanya mmpunyai kit lens sahaja..buang rasa malu..kerana dgn sifat malu yg xbertempat itu akn mmbuat kita ketinggalan jauh di belakang..

  2. hasnuddin says:

    Haniframli, saya setuju, sesi outing juga adalah satu cara yang baik untuk mengasah kemahiran kita dalam fotografi. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman anda di sini.

  3. gg says:

    betul pak rep, ..banyak membaca buku photography,berkawan dgn rakan photographer lain ( kena tanya jangan malu) dan selalu lah bermain dgn camera walaupun sekitar rumah anda.
    lagi satu jangan berlagak ..lama dan baru seseorang tu dalam bidang ni tak semestinya works dia bagus .ada yang baru je pegang camera 5-6 bulan nak nangis tengok keja2 dia orang. camera yg terbaik adalah satu kelebihan dan bukannya menjamin kesempurnaan

  4. hasnuddin says:

    Terima kasih gg, kerana turut berkongsi pendapat di sini. Orang Terengganu, saya sarankan, contact gg ni, ajak gi outing, dia tahu banyak location menarik di Terengganu :-)

  5. ardees says:

    sori…lambat reply…en.din, bukannya apa saya ni mmg setuju ngan kenyataan en.din. Lagi satu yang aku dok heran sgt ni pasal terlalu banyak bebudak yang baru ni bergantung pada phootoshopping, croping pastu suntingan lebih lebih setiap imej yg dirakam. Cantik bukan x cantik tapi lkalau bule cuba edit dalam kepala kita…kompos guna imaginasi….dan rakam ngan kreativiti…dan satu lagi… x sehebat mana pun seseorg jurufoto itu jika sikap ego dan sombong itu masih ada dalam hati. Dan tidak akan jadi sehebat mana seseorg jurufoto itu jika hanya bangga ngan gajet dan alatan terbaru kalau hanya untuk menunjuk- nunjuk serta membandingkan kamera sapa yang mahal.

  6. hasnuddin says:

    Ardees, saya setuju. Gambar yang baik patut dihasilkan bermula dari dalam kamera, bukan dalam Photoshop. Photoshop patutnya untuk mencantikkan lagi gambar yang sedia cantik.

Leave a Reply