Breaking The Rules Konon…
Breaking The Rules Konon…
Oleh: Hasnuddin Abu Samah
Mat Saleh kata, “Rules are made to be broken”. Orang-orang fotografi kita pun sibuklah nak break the rules of photography sebab nak jadi lain dari yang lain. Ada yang memang tak pernah ikut rules dah. Setiap kali shoot, mesti nak break the rules. Tapi, masalahnya, apa rules yang dia break, dia pun tak tahu. Boleh ke?
OK, saya memang old school. Tapi, saya tak menolak pendapat bahawa kadang kala kita perlu break the rules sebab fotografi itu sesuatu yang kreatif. Penilaian karya fotografi juga adalah subjektif. Tapi, saya rasa, before kita break the rules, eloklah kalau kita tahu dulu apakah rules dalam fotografi. Biarlah kita break the rules secara berilmu dan bersebab.
Macam jugak undang-undang jalanraya. Lampu isyarat merah tanda berhenti. Saya ingat lagi cikgu sekolah memandu saya cakap, “Kalau nampak lampu isyarat warna merah, kena jalan terus kalau ada polis trafik bagi arahan untuk jalan, kalau ada kecemasan dan kalau lampu isyarat tu rosak. Selain dari itu, nampak lampu merah, wajib berhenti” Jadi, maksudnya, nak langgar peraturan tu boleh, tapi kenalah ada sebab yang kuat.
Memang ada jurugambar ternama yang melanggar peraturan fotografi dalam karyanya, tetapi hasilnya hebat. Dia break the rules dengan sebab yang kuat. Dia break the rules dan boleh jelaskan dengan panjang lebar mengapa dia break the rules.
Janganlah jadikan break the rules sebagai alasan untuk kita tidak mempelajari asas peraturan fotografi. Pastikan bila anda break the rules, gambar anda jadi lebih hebat. Kalau gambar tak jadi hebat, tak payahlah nak break the rules. Buat rosak gambar saja.
Oleh: Hasnuddin Abu Samah
Untuk mengikuti kursus dan bengkel fotografi anjuran fototeacher, sila ke – http://www.fototeacher.com
Untuk mendapat artikel dan informasi percuma dari fototeacher, sila ke – http://www.fototeacher.com/subscribe.htm



akak geram sangat dengar jurugambar yg ambil gambar kahawin anak pd 20/12/09 baru baru ni. Ni disebabkan nak harga murah le agaknye…ade ke gambar yg penting macam mase lepas nikah cium tangan dan cium dahi tu takde..alasan nya rosak agaknye kate dia. Ish dah le gitu..kak yah sikit punye gaya sakan malam tu takde satu pun dia ambik..bila tanye bini dia kate sebab kak tak mintak dia ambik gambar tu agaknye..tu kan ke kerja dia kan?.. ada jugak gambar yg takde pipi sebelah le..kalau nak komplen memang banyak tak puas hati..menyesal le kata orang.
Kak rasa nak beritau kat semua orang jangan ambik dia ni. tapi kesian pulak nanti periuk nasi dia tertutup. Tapi dia kena le ingat orang kahwin ni sekalli je seumur hidup. Masa anak kak bertunang kak ambik jurugambar lain..memang cantik le gambar gambar dia tu…ingatkan nak yg lagi canggih dan cun..tu la…harp bakal pengantin hati hati dgn jurugambar ni..kalau tunjuk contoh gambar yg cantik tak memadai lagi ..entah bukan dia yg ambik..
ada pro & kontra nya.. thanks sifu
Apa yg dinyatakan ada benarnya juga.
Cikgu Din
Boleh terangkan tentang The Rules of Photography dan bila dibolehkan atau kenapa perlu Breaking the rules.