Belajar Fotografi Dari Ramai Guru
Belajar Fotografi Dari Ramai Guru
Oleh: Hasnuddin Abu Samah
Kita tidak boleh terlalu taksub dengan seorang guru tertentu. Bila saya mengajar fotografi, saya akan ingatkan pelajar saya supaya jangan terima bulat-bulat pendapat dan cara saya. Saya juga selalu ingatkan supaya, selepas belajar dengan saya, belajarlah lagi dengan guru lain. Saya tidak tahu semua perkara dalam dunia fotografi. Tidak ada orang yang pakar dalam semua bidang. Jadi, belajarlah dari ramai guru kerana setiap orang guru mempunyai kepakaran yang tersendiri.
Jika guru lain menyampaikan sesuatu yang bercanggah dengan apa yang saya ajarkan, janganlah terus membuat tuduhan guru mana yang salah. Sebaliknya, gunakanlah akal fikiran sendiri untuk membuat keputusan, pendapat mana yang lebih sesuai dengan diri kita.
Saya pernah terjumpa seorang jurugambar baru yang terlalu mendewakan gurunya yang seorang itu. Baginya, hanya seorang guru sahaja yang betul. Apa saja pendapat dari guru lain akan ditolak mentah-mentah. Alangkah ruginya jika kita bersikap seperti ini kerana ilmu kita takkan berkembang dan bertambah.
Oleh: Hasnuddin Abu Samah
Untuk mengikuti kursus dan bengkel fotografi anjuran fototeacher, sila ke – http://www.fototeacher.com
Untuk mendapat artikel dan informasi percuma dari fototeacher, sila ke – http://www.fototeacher.com/subscribe.htm



betul..im absolutely agree wth tht statemnt..bkn pe..apabila kita belajar dgn rmi org..kite bley lihat pro n con..klu kite hnye tksub kpd sorang shj..kita tidak akn kemana..ilmu yg ada tidak berkembang..ilmu yg ade sepatutnya bertambah..belajar dr rmi org kerana ia mnghasilkan impak yg besar kpd ouput yg diperolehi
Bagi saya memang lebih baik jika kita belajar fotografi dengan lebih dari seorang guru.
Mengapa?
Kerana setiap manusia pasti ada kekurangan dan kelebihan masing-masing.
Jika kita belajar dengan guru A., kita hanya akan mendapat ilmu dari guru A.
Jika kita rajinkan diri sedikit, belajar dengan guru B pula, kelebihannya, kita sudah mendapat didikan dari guru A dan B.
Tidak cukup, kita kene cari guru C. Dari sini kita sudah dapat ilmu dari guru A,B dan C.
Kita boleh fikir sendiri berapa banyak ilmu yang kita dapat dengan belajar dari ramai guru.
Akhir sekali, kita mesti amalkan ilmu itu. Jika tidak, sia-sia sahaja kita belajar.
Terima kasih cikgu!
Akhirnya abg din keluarkan isu ni jugak. Tak pernah menulis komen tapi hari ni nak cakap kuat-kuat…BETULLL ABG DINN! SAYA SOKONG! Saya sendiri belajar dari ramai orang. Semuanya saya ambik walaupun ada percanggahan antara satu sama lain. Tapi kita guna lah mana yang patut. Dalam SENI tiada salah dan betulnya. Semuanya betulll sahaja.
Terima kasih atas komen dari SN. Saya sungguh berbesar hati kerana saudara sudi bersama memberikan pendapat di ruangan ini. Terima kasih juga kepada ijam dan haniframli di atas komen anda.