NOMBOR-NOMBOR YANG KIAN DILUPAKAN
Generasi baru yang minat fotografi sekarang ni dah tak ramai yang ingat nombor-nombor aperture dan shutter speed dalam turutan 1 stop. Nombor-nombor atau nilai aperture yang saya maksudkan adalah seperti 2.8, 4, 5.6, 8, 11, 16, 22 manakala nombor atau nilai shutter speed yang saya maksudkan adalah seperti 2000, 1000, 500, 250, 125, 60, 30, 15, 8, 4, 2, 1. Generasi baru agak susah nak ingat nombor ni sebab nombor-nombor ni dah tak terpampang sepanjang masa di depan mata kita. Tak macam kamera manual dulu, nombor-nombor ni kita dapat lihat setiap kali kita pegang kamera sampai kita boleh hafal nombor-nombor ni dalam tempoh yang singkat.
Lihat gambar di bawah, kamera DSLR sekarang cuma memaparkan nilai aperture dan shutter yang kita telah laras saja. Ia tidak tunjukkan semua nombor sekaligus. Tambah mengelirukan, nombor-nombor yang bakal keluar kat LCD monitor tu pulak bukan dalam gandaan 1 stop, tetapi dalam gandaan 1/2 stop atau 1/3 stop. Jadi, lebih banyak nombor yang akan kita nampak setiap kali kita laraskan dial pada kamera. (Kalau anda tak faham apa itu 1/2 stop dan 1/3 stop, anda kena datang kelas AFD!
) Ini membuatkan kita makin keliru dan tidak menggalakkan kita untuk ingat nombor asas dalam gandaan 1 stop seperti yang saya nyatakan di atas.

Sumber gambar – http://www.dpreview.com
Lihat gambar di bawah. Gambar menunjukkan paparan pada kamera manual sebelum kedatangan DSLR. Kita boleh nampak kesemua nombor aperture pada lensa dan semua nombor shutter speed pada dial di atas kamera. Ini memudahkan kita menghafal nombor-nombor penting tersebut. Nombor-nombor ini sangat penting untuk kita hafal bagi memudahkan kita mendapatkan exposure yang tepat. Kalau tanya jurugambar yang belajar fotografi di zaman kamera manual analog, saya pasti mereka memang sangat hafal nombor-nombor ni. Pada zaman tu, tak wujud nombor atau nilai 1/2 stop atau 1/3 stop yang mengelirukan. Tak wujud nombor aperture seperti 6.3, 7.1, 9, 10, 13, 14 dan sebagainya. Juga tidak wujud nombor shutter speed pada gandaan 1/3 stop seperti 20, 25, 40, 50, 80, 100 dan sebagainya.

Sumber gambar – http://www.mir.com.my. Hakcipta gambar ebay@netropy.com
Sebenarnya, kita cuma perlu ingat nombor-nombor ni dalam gandaan 1 stop. Cuba kita lihat perbezaan nombor pada gandaan 1 stop, 1/2 stop dan 1/3 stop.
NOMBOR APERTURE DALAM GANDAAN 1 STOP:
2.8 – 4 – 5.6 – 8 – 11 – 16 – 22
NOMBOR APERTURE DALAM GANDAAN 1/2 STOP:
2.8 – 3.3 – 4 – 4.8 – 5.6 – 6.7 – 8 – 9.5 – 11 – 13 – 16 – 19 – 22
NOMBOR APERTURE DALAM GANDAAN 1/3 STOP:
2.8 – 3.2 – 3.5 – 4 – 4.5 – 5 – 5.6 – 6.3- 7.1 – 8 – 9 – 10 – 11 – 13 – 14 – 16 – 18 – 20 – 22
Faham maksud saya? Dengan gandaan 1/3 stop, lebih banyak nombor yang akan keluar dan kita akan jadi lebih keliru. Tapi, dengan setting ini, perubahan exposure adalah lebih terperinci. Namun, biasanya, kita tak perlukan perubahan exposure yang begitu terperinci (tak berbaloi dengan pening kepala sebab banyak sangat nombor yang keluar) Jadi, disebabkan perkara ini, ramai peminat baru dalam fotografi ambil jalan mudah, set saja kepada PROGRAM, kamera buat semua kerja. Ramai yang takut nak pakai MANUAL sebab takut tengok nombor dan tak faham nilai nombor yang dipaparkan.
Sebenarnya, merakam gambar dengan kawalan MANUAL, tidak sesukar yang disangka. Ada cara dan tricks yang boleh digunakan. Semuanya akan dijelaskan dalam kelas AFD (Promosi lagi…
) Kenapa kita perlu guna kawalan MANUAL? Sebab, dengan menguasai kawalan MANUAL, kita boleh dapat exposure yang lebih tepat dan cepat dengan kualiti gambar seorang profesional.
Menyedari kepentingan untuk kita kembalikan nombor-nombor ini pada penglihatan kita, fototeacher telah membuat satu design T-shirt dengan paparan semua nombor aperture, shutter dan ISO dalam gandaan 1 stop. Harap kita tak lagi terlupa! T-shirt ni boleh dibeli dari fototeacher dengan harga RM 50.00 sehelai. (Maaf, promosi lagi sekali
) T-shirt dari kain cotton 100% berkualiti tinggi dengan cetakan rubber dye yang tahan lama.
Maaf kalau anda tidak faham apa yang saya tulis. Memang susah nak jelaskan perkara ni dalam bentuk penulisan. Kena datang ke kelas AFD baru mudah faham (Maaf, promosi lagi untuk kali ke-4!
)

Nombor-nombor aperture, shutter dan ISO dicetak pada T-shirt sebagai salah satu usaha fototeacher mempopularkan kembali NOMBOR-NOMBOR YANG KIAN DILUPAKAN.
Hasnuddin


Terima kasih krn berkongsi pengetahuan dan pengalaman.
Macam mana carany anak beli t-shirt tu?..
nak bayar kayt akaun mana? then delivery macam mana?
yup yup…
b4 diz x pnah tau pasal 1 stop etc…
tp skrg dh tau sbb pegi kelas AFD…
hehehe… (tolong promote jgk…)
no2 nih pun blom hafal sepenuhnye…
sbb sy punye kamera x dpt la nk set kan 1/2 EV step…
sy 1/3…so byk sgt no…
leceh jgk nk alih antara 1 stop tu…
mmm…
nk kene gantung t-shirt kt dinding & tgk hari2…
huhu…
yeaaaa… ini yg dicari2 selama ini… camane nk dptkan tshirt ni???? hehehehe… online xleh ke??? hehehe
T-shirt fototeacher tu TEMPORARILY OVERSOLD (pinjam ayat IKEA). Nanti bila stok baru dah sampai, saya akan umumkan. Nanti boleh beli online aje.