100 TAHUN BELAJAR FOTOGRAFI
Walaupun kita ada 100 tahun untuk belajar fotografi, kita takkan habis
belajar mengenai fotografi. Kalau kita tahu segalanya pun, kita takkan
mahir dalam segala bidang pengkhususan fotografi. Begitulah luasnya
ilmu fotografi.
Bercakap mengenai kamera saja sudah cukup luas bidangnya. Kebanyakan
kita yang heboh dengan dunia fotografi sekarang ni, cuma melihat
fotografi dalam skop DSLR 35mm sahaja. 35mm ni adalah format paling
kecil dalam dunia kamera profesional, ibarat adik bongsu. Masih luas
untuk kita menjelajah dalam dunia medium format apatah lagi large
format. Dikala kita masih terkapai-kapai bermain dengan CLS portable
flash, kita masih kabur dengan monoblock flash, apatah lagi power pack
flash, portable potty, jauh sekali bereksperimen dengan continuous
light seperti HMI Arri.
Semakin banyak kita menuntut ilmu, semakin sedarlah kita bahawa, lebih
banyak lagi ilmu yang kita tidak tahu. Jika kita hanya duduk di
pantai, kita tidak dapat bayangkan betapa luasnya laut.
Seorang jurugambar terhebat dalam bidang pengiklanan misalnya, sedar
bahawa, dia tidak sehebat mana dalam bidang fotografi lain yang bukan
dalam bidang pengkhususannya. Jadi jurugambar kahwin pun bukan semudah
yang disangka. Sesiapa pun boleh jadi jurugambar dalam apa-apa bidang
sekalipun, tetapi, untuk jadi yang terbaik diantara yang terbaikā¦
hanya satu dalam sejuta.
Kadangkala, sedih melihat, segolongan jurugambar yang baru beberapa
kali minum kopi bersama jurugambar ternama, sudah merasakan dirinya
sehebat mentornya. Baru beberapa kali gambarnya dipuji, sudah rasa
ilmu penuh di dada. Janganlah kita berpuas hati dengan pujian yang
diterima, lebih baiklah kita mencari kritikan yang membina supaya kita
sentiasa memperbaiki diri.
Saya turut kagum dengan segelintir jurugambar baru yang rajin menjelajah
segenap ilmu fotografi. Kelompok ini sanggup berhabis wang dan masa untuk
memperbaiki diri mereka. Sanggup menebalkan muka dan merendah diri untuk
mendapatkan secebis ilmu. Sanggup berkawan dengan sesiapa saja untuk
berkongsi pendapat. Ini sifat yang terpuji.
Pesan ini untuk diri saya sendiri, kerana saya banyak mengajar. Supaya
saya tidaklah merasa yang saya ini lebih pandai dari orang lain.
Belajarlah dan berlatihlah tanpa jemu, sebab kita tidak ada 100 tahun
untuk fotografi.
Oleh: Hasnuddin Abu Samah
Hakcipta Terpelihara – fototeacher.com 2008.



Hmmm betul gak tu…yg penting terus mencari ilmu & jangan bangga diri…
sokong 100% ttg pandangan abg din 2.. ilmu makin ditimba, makin luas jangkauan dan makin banyak yang perlu ditimba lagi…
saya setuju….ramai jurugambar yang ‘baru’ setahun jagung menceburi bidang fotografi perasan mereka sudah hebat.
bagi saya yang penting, usaha kita yang sentiasa ingin belajar dan hormati jurugambar yang lebih jauh berpengalaman…
jangan sombong untuk bertanya…jangan cepat melatah apabila ditegur…
Sangat menarik artikel(fikiran) anda ini. Saya sokong 100% pendapat anda itu. Alam fotografi amat luas, banyak yang perlu kita terokai. Saya yang telah menceburi dunia fotografi lebih 30 tahun ini pun merasakan belum ‘cukup’, lebih lebih lagi bab era teknologi digital ini. Untuk tu kita semua jangan ketinggalan. Timbalah ilmu( apa saja yang bermanafat-disini fotografi). Jangan ada rasa puas atau sudah cukup dan yang penting jangan EGO, …..sharing is caring.
Terima kasih Reds, fier dan Ijam atas komen anda.
Saudara HMYusof, orang yang sentiasa rasa diri dia tak pandai, sebenarnya dia adalah orang yang pandai. Terima kasih kerana sudi memberikan pendapat.
nasihat cikDin boleh diaplikasikan dalam semua bidang.. insyaAllah saya akan belajar dan berlatih tanpa jemu.. terima kasih.
ini lah realiti kadang2 ianya dilupakan dan diketepikan….good artikal cik Din…
Saya amat setuju dgn apa yang diperkatakan oleh saudara-saudara sekelian. Tapi itulah yang terjadi sekarang dan ada yang yang sampai membuat sempadan agar mereka ini kelihatan hebat…tapi…hanya tuhan yang tahu…ilmu itu panduan hidup..milik allah bukan kita.
Terima kasih Yon, syafirol, Mohd Hisham dan lain-lain
bagi orang baru macam saya,banyak pengajarannya di sini.Betapa jauhnya lagi perjalanan untuk orang yang macam saya.
Ilmu tak mengenal usia,biar seusia mana pun kita…yang penting jangan lah kita berhenti dari mencari……..
Teringat pessanan saudara Tojo “ilmu yang ada hendaklah di bajaai dengan rasa hormat menghormati,rendah diri dan Redha serta bersyukur dengan segala pemberian Allah”
semoga anda semua disana bertambah maju,bertambah ilmu
dan mendapat menfaat yang berkat atas apa yang kita kerjakan
……Amin
Thanks to En Din and to all
saye amatlah bersetuju. tambahan la plak saye ni baru sebulan jagung.memang banyak yang nak dikejar untuk dicari ilmu berikot.
terima kaseh.
(;
saya begitu setuju dgn pendapat saudara. sy pun br setahun jagung dlm bidang fotografi nie.. br je nak merangkak… sy akan ingat pesanan saudara dan akan terus perbaiki kesilapan dan akan teroka bidang ini shgga akhir hayat.
the best blog entri.. i like it much…
tq to cikgu adan atas peringatan dan nasihat berguna ini..
Inysa Allah..akan cuba ingati sampai bila2…
memang betul tu, terlalu luas dunia fotografi ini, kalau boleh fokus kat satu2 bidang fotografi tertentu pun ok juga.
aku setuju… aku dah kenal SLR sejak 1990 lg… hingga kini msh byk yg aku x tahu… makin byk belajar, makin x terbatas ilmu yg ada… jd, betullah kata Rasulullah kita, ilmu tu prosesnya bermula sejak dlm kandungan smp ke liang lahad… masya Allah… Maha Hebat Allah…
membina dan menyedarkan saya… thanks hasnuddin..
hehehe…gitulah gamaknya dunia ni. ramai yang baru pegang kamera tapi rasa dah hebat. Rasanya memang takkan pernah ada noktah belajar dunia fotografi ni..tq sifu
betul ape anda kate kan tuh..!!
saye sendiri pon merase kan diri cukup hebat dan pandai pade mule2 pegang kembre..
tapi setelah sekian lame..
rupe2 nya masih banyak yg saye tidak tahu..
dan masih banyak yg saye perlu pelajari..
bagai mane saye boleh hadir kekelas yg anda lakukan?!
kerana saye nih masih lagi belajar disebuah kolej..
dan tidak berape tahu untuk menghadirkan diri ketempat anda..
selalu nya beraper hari anda menjalan kan sesuatu kelas?!~
saya belajar fotografi mulai dari camera large format..medium format..SLR 35 mm sampai DSLR…bahkan juga menggunakan digital back, juga belajar dark room….sangat setuju 1000 % … !!! semakin kita mendalami ilmu fotografi semakin kita merasakan betapa kurangnya ilmu yang kita miliki… BETUL perumpamaan kalau kita hanya duduk dipantai kita tak kan tahu betapa luasnya dan dalamnnya lautan…SETUJU!!!
i mnt gile fotografi neyhh..
tp nx blja kat mne ek…
dah la rsult pon tak bape elok…
so susa utk cri kolej…
humm…
mnt sgt…
spe dpt bantu …
tq~