Feedback @ fototeacher.com
Saya memohon jasa baik dan kerjasama anda untuk memberikan komen/pandangan/cadangan/aduan mengenai Blog fototeacher.com ini. Feedback anda amatlah penting bagi kami ke arah memperbaiki perkhidmatan fototeacher.com.
Sila hantarkan komen anda kepada e-mail fototeacher@gmail.com
Usaha anda amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih!
Hasnuddin.


assalamualaikum cik hasnuddin,sy mad noq dr kedah…
terus kpd cadangan…sy harap aktiviti @ kursus berkaitan fotografi yg dianjurkan,dpat juga dibuat di “belah utara”….mcm kami ni org muda abih spm,mmg minat sgt ngan fotografi ni…kalo ada peluang mmg nak join jgk…-tp apakan daya,mcm lagu mega”umpama mmpi dalam mimpi”
assalamualaikum….
saya bersetuju dgn cadangan yg di utarakan oleh saudara mad noq.harap cik hasnuddin boleh mengadakan kursus AFD di sebelah utara. harga kursus tidak ada masalah, asalkan ilmu yg ada dapat dikongsi bersama.
Assalamualaikum Tuan Din
matjep la
komen tarak, cuma mau mintak tolong kasi promote itu candidexposure jugak. kalau sudi la kan.
he3
ok lah
wassalam
saya baru nak berjinak2 dengan IT, sblum ini saya dpt tempahan kecil2 apabila ada kawan2 kahwin. so skrg sy nak buat addvertise macam saudara hasanudin. bolehkah saudara hasanuddin bagi sikit tips macam mana hendak mengendalikan web macam fototeacher.com ini dan ada blog sendiri. terima kasih
assalamualaikum,
saya baru pertama kali melayari laman web encik hasnudin dan saya dapati ianya begitu memberi informasi serta inspirasi.
saya sangat berminat dalam fotografi. namun begitu saya hanya mempunyai minat yang mendalam tetapi tidak begitu banyak ilmu dalam bidang bidang fotografi ini. saya hanya belajar melalui pemerhatian dan serba sedikit bacaan buku dan internet. saya menggunakan kamera canon SLR manual EOS 300. kebanyakan subjek kesukaan saya adalah berkaitan nature namun saya juga mengambil gambar berbagai-bagai subjek. saya masih kurang yakin menggunakan mode manual dan lebih banyak gambar saya diambil dengan mode automatik.
saya berharap dapat menyertai kursus fototeacher.com ini suatu hari nanti kerana buat masa ini jadual kerja yang padat kurang mengizinkan.
saya ingin bertanya beberapa soalan:
1. adakah fototeacher hanya mengadakan kelas untuk digital camera sahaja atau ia juga meliputi kursus kamera filem dan digital sekali?
2. adakah fototeacher menyediakan kursus photography for beginners kerana mungkin peminat forografi seperti saya ini perlu memahami basic photography supaya dapat mengembangkan lagi bakat dengan foundation yang betul.
sekian. perhatian dari pihak tuan diucapkan terima kasih
Aini,
Kursus Asas Fotografi Digital (AFD) oleh fototeacher.com menekankan pelajaran asas (foundation) mengenai fotografi secara teknikal. Asas fotografi yang penting seperti aperture, shutter, exposure, lensa dan sebagainya adalah tetap sama samada anda guna kamera analog (filem) atau kamera digital. Beza utamanya ialah, dengan kamera digital, anda rakam gambar melalui CCD/CMOS manakala dengan kamera analog, anda rakam gambar guna filem.
Dalam kursus AFD, penekanan akan diberikan pada penggunaan kamera digital, tetapi, dengan ilmu yang diperolehi, anda juga boleh mengendalikan kamera analog dengan baik. Kursus AFD memang direka untuk memberi kefahaman untuk peringkat asas (Beginners)
Untuk maklumat lanjut mengenai syllabus kursus AFD, sila ke http://www.fototeacher.com/basicphotography.htm
Hasnuddin
Saya ingin bertanya bilakah akan diadakan kursus jurukamera perkahwinan pada tahun 2008
salam Cik Din,
saya pernah mengikuti kursud AFD & BPF baru2 ini,
bagus kelas tersebut harap Cik Din dpt mengadakan kelas seni fotografi yg menekankan cara mengambil gambar yg betul(komposisi,sudut yg betul & sebagainya)
sekian,terima kasih
Zahir, insyaallah, kami akan adakan kursus yang mengajar tentang komposisi, seni, sudut dan sebagainya tidak lama lagi. Kursus ini akan dinamakan Bengkel Teknik Artistik Fotografi.
Salam…
Cikgu Din…
Jangan lupa untuk menghantar maklumat tentang kursus akan datang yg Cikgu bg tajuk Bengkel Teknik Artistik Fotografi tu…
Saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut…
Assalamualaikum
Cik Din agak2 bila nak buat Bengkel Teknik Artistik Fotografi ni. Menarik dan berminat utk menghadirinya.
Apa2 hal tahniah krn mewujudkan FOTOTEACHER….bagi Yon ianya satu wardah utk pengiat seni fotografi utk menimba ilmu dan menigkatkan lagi kemahiran fotografi.
Fototeacher adalah idola bg Yon dlm bidang fotografi…Yon mengharapkan Fototeacher akan berkembang maju menjadi sbg satu pusat rujukan dan latihan fotografi dimasa akan datang.
En. Hasanuddin.
saya dari sungai petani, beharap sgt agar encik dpt menganjurkan bengkel fotografi di sungai petani atau di utara.
kedah perlis, penang.
Salam, Saya merupakan seorang peminat dalam seni fotografi. Saya sudah lama melayari laman web fototeacher ni. . saya mempunyai sedikit asas ilmu fotografi semasa saya belajar dahulu tetapi ilmu itu mungkin tidak beberapa sesuai sangat berbanding teknologi kamera yang ada sekarang. Adakala macam nak join kursus yang dianjurkan oleh saudara tapi apakan daya, saya tidak mempunyai kamera sendiri untuk hadiri kursus anjuran saudara. Saya belum cukup modal untuk membeli sebuah kamera yang canggih. Masalahnya sekarang bolehkah saya hadiri kursus asas kamera digital tanpa membawa kamera sendiri? Harap saudara dapat jelaskan kepada saya. Kalau boleh saya sanggup datang dari JB ke tempat saudara
Azan, untuk hadir ke kursus Asas Fotografi Digital (AFD), anda tidak diwajibkan memiliki dan membawa kamera sendiri. Tetapi, untuk kefahaman maksimum, sebaiknya anda ada kamera sendiri.
salam tuan,
saya ingin meminta kebenaran pihak tuan meletakkan blog ini di ruangan sifu dalam blog saya.. harap tiada halangan.. thanks..
Saudara Jamal, kebenaran diberikan.
Geng Fototeacher…
Tahniah atas web yang amat berinformasi ini. Namun sekiranya di adakan pautan untuk peminat2 photography menghantar / post karya mereka (photo album), pasti web ini akan lebih interactiv lagi. Juga patut diadakan pertandingan (internal) sesama peminat di fototeacher.com ini (online competition)
GudLuck…!
Komen saya, kalo bleh selalu r update…saya blh dikatakan hari2 buka laman fototeacher.com ni….tapi kebanyakkannya backdated…so hope en. din blh assign org yg keje dia lebih utk update laman ini….seronok laman ni,tapi takut org boring plak asyik benda sama jer….so keep it up…
samekom…all..
ya sy sokong 2 cik one..
same la sy pon hari2 buka laman ni..
lau blh update la foto2 yg baru ek….
baru best kan….u all………
k la ape2 pon mmg u all mmg best la…….
k cau dulu tata…………
Salam cikgu sy dalam dilema untuk mermilih D90 atau 350d berdasarkan harga sy mampu untuk membeli 2 type ni sahaja..
sy meminta nasiahat dan pandangan dr cikgu untuk mendapt kepastian..dan adakah berbaloi kalau sy membeli 2nd camera or new one.
Saya cadangkan, kalau ada budget beli kamera baru. Kamera 2nd hand berisiko tinggi untuk dibeli kecuali jika kenal pemilik dan pandai buat penilaian kualiti kamera.
Cik gu,
Baru ini saya ada download gambar, guna SD card melalui cardreader, tapi gambar berkenaan hilang terus, bagaimana cara nak dapat balik gambar tersebut… tolong berikan saya tips cara-cara utk mendapatkan semula… semasa saya insert SD ke dalam Kamera D90, dia suruh format. Kindly advice… Terima kasih.
Kebanyakan peserta berpuashati dengan kursus AFD semalam di fototeacher.. Terimakasih En.Din dan staff. -wan
I agree 100%