rulururu

post DIKEHENDAKI - PENCERAMAH, TUTOR, PENULIS & EKSEKUTIF JUALAN

February 21st, 2008

Filed under: Uncategorized — hasnuddin @ 7:07 pm

Sebagai usaha untuk memperkukuhkan lagi fototeacher.com, kami sedang mencari individu yang berekelayakan untuk berkongsi kepakaran dengan kami. Bidang kemahiran yang diperlukan ialah:

  1. PENCERAMAH - Perlu mempunyai pengetahuan secara teori mengenai sebarang pengkhususan fotografi dan berkebolehan memberikan penyampaian yang berkesan. Akan ditugaskan sebagai penceramah utama atau pembantu kepada penceramah.
  2. TUTOR - Perlu mempunyai kemahiran praktikal dalam sebarang pengkhususan fotografi. Akan bertugas sebagai pembantu penceramah dalam latihan praktikal.
  3. PENULIS - Perlu mempunyai kemahiran menulis yang baik dalam masa yang sama, mempunyai pengetahuan dalam bidang fotografi. Khidmat diperlukan untuk membantu menulis artikel dalam blog fototeacher.com
  4. EKSEKUTIF JUALAN - Perlu ada kemahiran dalam bidang jualan. Akan bertugas untuk mempromosikan dan menjual produk fototeacher.com

Anda akan diberikan tugas secara kontrak dan akan dibayar mengikut jam/tugasan/komisen. Untuk yang berminat, sila ikuti arahan berikut:

  1. Hantar e-mel kepada fototeacher@gmail.com
  2. Pada tajuk e-mel, tuliskan - JOIN TEAM FOTOTEACHER
  3. Dalam e-mel, sila nyatakan:
  • Tugas yang ingin dimohon - Nyatakan - PENCERAMAH/TUTOR/PENULIS/EKSEKUTIF JUALAN
  • Nama penuh anda
  • Nombor telefon
  • Pendidikan formal, pengalaman dan pencapaian dalam fotografi (jika ada)
  • Portfolio anda (jika ada) sesuai dengan tugas yang dimohon. Jika mohon tugas sebagai penceramah/tutor, sila berikan bukti program yang anda pernah kendalikan. Untuk mohon tugas sebagai penulis, sila berikan contoh penulisan anda dalam bidang fotografi.
  • URL laman web anda
  • Lain-lain maklumat atau proposal bagi menyokong permohonan anda.

PENTING:

  1. Hanya permohonan yang mengikuti syarat-syarat di atas sahaja yang akan dipertimbangkan.
  2. Kami tidak ada sebarang tawaran bayaran harga yang tertentu. Jumlah bayaran akan ditentukan berdasarkan perbincangan antara kedua-belah pihak.
  3. Hanya pemohon yang layak sahaja akan dihubungi.

TEAM FOTOTEACHER.COM

4 Comments »

  1. hello brother…bila boleh clubbing…….kalau ada kelapangan nak juga joint tengok macamana u organised kursus…boleh gak interframe mengajar cs2/3 simple-simple…..ilmu kena dimenafaatkan…..boleh gak tukar tukar idea……

    Comment by rosli — 06/06/2008 @ 10:46 am

  2. Website yang menarik dengan top class images.

    http://www.treknature.com/members/jusninasirun/photos/
    http://www.trekearth.com/members/jusninasirun/photos/

    Comment by Jusni Nasirun — 13/01/2009 @ 8:07 am

  3. sekarang masih nak pakai jawatan ni ke

    Comment by helida — 21/09/2009 @ 2:02 pm

  4. hello..saya nak tanyakan jawatan untuk video editor dan penulis..Saya pelajar diploma penulisan artistik..kalau boleh saya nak buat part time n full time pada bulan 5 kalau dapat..thanks..

    boleh email saya Darksnooz@yahoo.com

    Comment by Fais — 29/01/2010 @ 7:05 am

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

ruldrurd

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

© www.fototeacher.com , Desinged by Stealth Settings , WP Themes
Entries (RSS) and Comments (RSS)