Inilah studio milik jurugambar stock photography terkenal – Yuri Arcurs. Lihat sendiri betapa besarnya studio beliau, penuh dengan berbagai set dan props.
Kursus Fotografi Majlis Rasmi (FMR) akan diadakan lagi pada 15 Ogos 2009 (Sabtu). Masih belum terlambat jika anda belum mendaftar untuk kursus ini – masih ada tempat kosong untuk dipenuhi. Kursus ini sesuai dihadiri oleh jurugambar Jabatan Kerajaan atau Syarikat Swasta yang ditugaskan untuk merakam gambar majlis rasmi atau jurugambar individu yang berminat untuk menceburi bidang fotografi majlis rasmi (Event Photography). Berbagai teknik penting akan diajar dan akan dimantapkan lagi dengan beberapa sesi praktikal. Kursus ini cuma diadakan 3 kali setahun dan tempat terhad untuk 30 orang peserta sahaja. Jangan lepaskan peluang ini. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila layari – http://fototeacher.com/fmr.htm
Untuk pertanyaan, sila hubungi Encik Zaly di – 03-91017155 atau e-mel fototeacher@gmail.com
Joel Sartore, jurugambar National Geographic bercakap mengenai Pemuliharaan Alam Sekitar melalui foto-foto hebat yang beliau pernah rakamkan. Ucapan yang padat dan penuh inspirasi ini disampaikan dalam gaya yang lucu dan bersahaja.
Ciptaan bijak ‘camera bracket’ yang kelihatan sungguh mudah digunakan. Setakat ini, produk ini tidak dijual di Malaysia. Anda boleh cuba dapatkannya melalui pembelian di internet.
Tonton video menarik berupa tips khas untuk jurugambar wanita, disampaikan oleh jurugambar bernama Erin Manning. Erin mendedahkan apakah gadget yang sentiasa beliau bawa di dalam beg tangan beliau.
Kamera medium format ialah kamera yang mempunyai saiz sensor yang lebih besar dari saiz sensor kamera full frame 35mm. Kamera medium format mampu memberikan kualiti imej yang jauh lebih baik dari kamera format 35mm. Jenama PHASE ONE adalah di antara beberapa pengeluar digital back untuk kamera medium format.
Video ini memaparkan aksi jurugambar menggunakan digital back PHASE ONE P25 di lokasi luar dan di dalam studio.
Sebuah video yang menarik yang memaparkan wawancara dengan jurugambar terkenal National Geographic. Turut dipaparkan ialah gambar-gambar rakaman Steve dan aksi Steve ketika merakam gambar di lokasi.
Sebuah video yang menarik. Joe McNally, salah seorang jurugambar yang tersohor di dunia, berkongsi pengalaman beliau sambil menceritakan kisah di sebalik gambar-gambar rakaman beliau.
fototeacher akan mengadakan sebuah talk/seminar yang akan disampaikan oleh 4 orang jurugambar tersohor tanahair iaitu Din Arshad, Bustamam Mokhtar, Shamshahrin Shamsudin dan Ikram Ismail. Program ini akan diadakan pada 11 April 2009 di Hotel Cititel Mid Valley, Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila ke – http://www.fototeacher.com/fotoinspirasi.html atau hubungi Encik Zaly di 03-91017155