Fotografi Makro Labah-Labah dalam ntv7

Amir Ridhwan (salah seorang penulis blog FOTOTEACHER) bercakap mengenai fotografi makro labah-labah di ntv7. Sila tonton ‘The Breakfast Show 21 Januari 2010′ di – http://www.ntv7.com.my

Amir Ridhwan (salah seorang penulis blog FOTOTEACHER) bercakap mengenai fotografi makro labah-labah di ntv7. Sila tonton ‘The Breakfast Show 21 Januari 2010′ di – http://www.ntv7.com.my

Kursus Fotografi Perkahwinan (KFP) yang dinanti-nantikan akan diadakan pada 20 Februari 2010. Kursus ini akan disampaikan oleh Hasnuddin Abu Samah, pengasas Adan Cameraworks yang mempunyai pengalaman lebih dari 15 tahun di dalam fotografi perkahwinan. Beliau bukan sahaja akan berkongsi pengalaman mengenai teknik fotografi, malah beliau akan turut mendedahkan berbagai maklumat penting mengenai cara menjana keuntungan dari bidang ini. Disebabkan keunikannya, kursus ini hanya akan diadakan 2 kali setahun. Jika anda berminat, jangan lepaskan peluang keemasan ini!
TAWARAN HARGA DISKAUN!
Yuran penyertaan untuk kursus ini adalah RM600 seorang. Tetapi, jika anda membuat bayaran sebelum 7 Januari 2010, anda cuma perlu bayar RM480 sahaja! (Jimat RM120) Jangan tunggu hingga saat akhir, buat bayaran segera bagi merebut peluang ini. Tempat terhad untuk 20 orang peserta sahaja.
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila layari http://fototeacher.com/kfp.htm
Untuk pertanyaan, sila hubungi 03-91017155/012-6020770 atau e-mel kepada sales@fototeacher.com
p.s. – Kami juga menawarkan harga diskaun untuk pelajar, bekas peserta kursus FOTOTEACHER, peserta luar kawasan Kuala Lumpur, peserta berkumpulan, ibu tunggal, pesara dan OKU.
TEAM FOTOTEACHER.COM
Kisah di Sabah
Oleh Hasnuddin Abu Samah
Pada 14 dan 15 November 2009 yang lalu, saya telah ke Kota Kinabalu, Sabah bagi menyampaikan Kursus Asas Fotografi Digital anjuran FOTOTEACHER.COM. Kursus ini telah diadakan di Hotel Beverly yang terletak di pusat bandar Kota Kinabalu. Kursus fotografi di Sabah ini merupakan langkah permulaan FOTOTEACHER untuk pergi lebih rapat kepada peminat fotografi di seluruh Malaysia. Selepas ini, FOTOTEACHER akan turut menemui peminat fotografi di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu dan Kuching.

Saya sedang menerangkan mengenai sistem kamera DSLR

Para peserta bergambar selepas tamat Kursus Asas Fotografi Digital di Sabah
Secara peribadi, saya memang sukakan Sabah. Orangnya peramah, tempatnya indah dan seafoodnya pun meriah! Begitu juga dengan para peserta yang hadir kursus fotografi di Sabah ini. Kelas ini merupakan antara kelas yang paling seronok saya mengajar. Pesertanya bersemangat dan happening! Gelagat Rupinah dan kesungguhan Mike Philip membuatkan suasana pembelajaran menjadi lebih seronok dan meriah. Saya harap para peserta mendapat manfaat yang sepenuhnya dari kursus ini. Terima kasih kepada semua yang telah sudi hadir terutamanya kepada peserta yang datang dari jauh seperti dari Tawau dan Brunei. Terima kasih juga kepada Puan Mimie Sanjees, jurufoto akhbar The Star yang turut merupakan rakan lama saya yang telah membantu saya mengendalikan kursus ini dan membantu dalam hal-hal lain sepanjang saya berada di Sabah.
Terlanjur berada di Kota Kinabalu, FOTOTEACHER turut menganjurkan dan menaja satu sesi merakam gambar model khas untuk peminat fotografi di sana. Aktiviti ini telah diadakan di Pantai Tanjung Aru dengan kerjasama 2 orang model jelita. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara Alex Azlan dan Roy Ajin di atas bantuan mereka bagi menguruskan model berkenaan.

Ketika sesi merakam gambar model di Pantai Tanjung Aru, Sabah

Foto yang sempat saya rakam ketika sesi merakam foto model di Pantai Tanjung Aru
Seterusnya aktiviti saya dipenuhkan dengan perjumpaan santai dengan beberapa peminat fotografi di Sabah. Kami saling bertukar fikiran dan berkongsi pengalaman dalam sesi ringkas tersebut. Terima kasih kepada semua yang hadir, terutamanya kepada saudara Mike Philip yang telah mengaturkan pertemuan tersebut.

Berjumpa dengan kawan-kawan baru di Kota Kinabalu
Setelah beberapa siri tugasan ‘formal’ untuk FOTOTEACHER, saya mengambil peluang beberapa hari untuk berjalan-jalan sambil mencari subjek rakaman di sekitar Kundasang dan Tuaran. Kebanyakan foto yang saya rakam adalah foto landscape dan nature. Sudah agak lama sebenarnya saya tidak merakam foto sebegini. Merakam foto landscape dan nature sememangnya memberikan ketenangan dan kepuasan. Sungguh seronok berada di tempat yang indah sambil menunggu cahaya yang sesuai sebelum foto dirakam. Aktiviti begini lebih relaks berbanding merakam foto potret atau foto perkahwinan yang memerlukan kepantasan dan bekerja dalam tekanan. Kenangan manis merakam foto di Sabah membuatkan saya bertekad untuk meluangkan lebih banyak masa untuk merakam foto untuk tujuan peribadi.

Gambar Gunung Kinabalu dirakam dari Tuaran

Gambar dirakam di Kundasang

Dirakam berhampiran dengan ladang lembu tenusu di Kundasang
Oleh Hasnuddin Abu Samah
FOTOTEACHER.COM
Jadilah ‘fan’ di PAGE FOTOTEACHER dalam FACEBOOK dan dapatkan berbagai keistimewaan!
FOTOTEACHER.COM

Promote Your Page Too

Foto oleh: Dinarshad Studio
Pada hari Selasa lepas, satu sesi fotografi telah diadakan di Dinarshad Studio. Sesi fotografi ini bukan untuk shoot artis atau model, tetapi shoot gambar barisan tenaga pengajar untuk Program Diploma Fotografi yang akan diadakan oleh SPACE UTM (School of Professional and Continuing Education, Universiti Teknologi Malaysia) Peliklah juga rasanya bila jurufoto duduk di depan kamera dan berposing. Ada yang keras, ada yang tak boleh senyum, ada yang terlebih senyum, ada yang terlebih perut dan sebagainya. Sekali sekala, bolehlah…
Kepada yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang fotografi secara sambilan ke peringkat diploma, bolehlah menyertai program ini. Maklumat lanjut akan diumumkan tidak lama lagi.
Dalam gambar di atas, berdiri dari kiri ialah: Munzir Fauzi, Din Arshad, Ted Adnan, Shamshahrin, Azam & Hasnuddin. Ada 2 orang lagi tenaga pengajar tidak ada di dalam gambar kerana ada urusan lain.
Hasnuddin


Produk yang diberi nama Flip Bac ini dipasang pada LCD screen kamera. Ia akan membalikkan imej dari LCD screen dan membolehkan anda melihat LCD anda dari sudut atas. Ketika artikel ini ditulis, produk ini masih belum dijual di Malaysia. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari laman web Flip Bac http://www.flipbac.com

Photojojo adalah sebuah laman web yang memaparkan banyak tips-tips menarik dan unik yang berkaitan dengan fotografi. Antaranya:

Tips menjadikan kamera anda buruk untuk menghilangkan minat pencuri dari mencuri kamera anda!

Berbagai idea mereka cipta business card yang unik

Cara merakam gambar dari sudut tinggi menggunakan belon, serta banyak lagi tips dan idea pelik ada dipaparkan dalam laman web Photojojo. Untuk melayari laman web Photojojo, SILA KLIK DI SINI!
DAPATKAN ARTIKEL FOTOGRAFI PERCUMA, DIHANTAR TERUS KE E-MEL ANDA. SILA KLIK DI SINI
SOALAN:
Saya berminat untuk tahu, selalunya bagi seorang wedding photographer untuk setiap sesi shooting berapa banyakkah selalunya gambar akhir yg akan dihantar kepada client? Bagaimana pula dgn saiz gambar tersebut?
Terima kasih.
Syakir Zainol
http://www.flickr.com/syakirzainol
JAWAPAN:
Berapa banyak gambar dan saiz apa yang perlu diberi kepada pelanggan bergantung kepada pakej yang ditawarkan oleh jurugambar. Namun, antara pakej (jumlah dan saiz gambar) yang boleh ditawarkan ialah:
Anda boleh tentukan sendiri berapa banyak gambar dan saiz apa yang ingin anda berikan kepada pelanggan. Ini bergantung kepada harga yang ditawarkan. Pastikan pakej anda menarik (bergantung kepada jenis pelanggan) dan harga yang ditawarkan adalah berpatutan.
- Hasnuddin
Sekiranya anda ada soalan yang ingin anda tanya, sila ke ruangan TANYA HASNUDDIN di – http://fototeacher.com/blog/?page_id=4
Berikut adalah 2 soalan dari Saudara Mohamad Rahfidi Yusoff dan dijawab oleh saya:
SOALAN 1
JAWAPAN: Boleh, asalkan anda perlu pastikan lensa dari jenama tersebut dibuat untuk jenama Nikon. Sila lihat pada kotak lensa tersebut atau tanya kepada penjual lensa. Jenama seperti Tamron, Sigma, Tokina dan sebagainya dikenali sebagai ‘third party lens maker’. Mereka membuat lensa untuk kegunaan kamera dari jenama lain seperti Nikon, Canon dan sebagainya.
SOALAN 2:
JAWAPAN: IF bermaksud ‘Internal Focusing’ dimana, ketika memfokus, bahagian luar dan hadapan lensa tidak berpusing. Lensa IF ini memudahkan bila kita menggunakan filter polarizer (screw in type) atau ketika merakam gambar close-up supaya lensa tidak ‘terlanggar’ subjek ketika sedang memfokus. ED pula bermaksud Extra-low Dispersion yang merujuk kepada jenis kanta yang digunakan dalam penghasilan lensa telephoto. Fungsi kanta ED ini ialah untuk mengurangkan ‘chromatic aberration’ (Satu kecacatan dimana cahaya berbeza tidak bertemu pada satu titik yang sama). Pendek kata, IF dan ED ini ialah ciri yang menunjukkan ketinggian kualiti sesuatu lensa dan tentunya harganya juga mahal sedikit dari lensa tanpa ciri ini.
Gambar atas – tanpa chromatic aberration. Manakala gambar bawah menggunakan lensa tanpa ED yang menghasilkan kecacatan chromatic aberration.
Hasnuddin
SOALAN:
Assalamualaikum,
Saya ingin meminta pendapat Abg Din mengenai laman web fotografi.
1.Apakah perkara wajib yang perlu ada dalam laman web kita selain gambar?
2.Untuk “Domain name”, adakah sesuai menggunakan nama sendiri (contoh: www.sipulan.com) atau nama subjek lain (contoh: Adan sendiri menggunakan www.adan.biz)? Apakah nama yang sesuai pada pandangan Abg Din dari sudut perniagaan?
3. Laman web yang manakah lebih sesuai untuk perniagaan, menggunakan “Flash” atau laman web biasa yang tidak menggunakan Flash?
Pendapat daripada Abg Din amat dialu- alukan. Terima kasih.
-Ijam-
http://ufophotography.fotopages
JAWAPAN:
Waalaikummussalam,
Ijam, terima kasih kerana bertanya soalan yang bernas ini. Saya bukanlah orang yang paling layak untuk jawab soalan ini sebab ianya berkaitan dengan internet marketing. Tetapi, saya suka untuk kongsi pengalaman saya sekadar yang saya tahu.
Jawapan pertama:
Saya rasa, selain dari gambar, perkara penting yang mesti ada dalam laman web kita ialah apa saja yang menunjukkan kredibiliti kita. Tunjukkan yang kita ini telus, boleh dipercayai dan bertanggungjawab. Ini boleh ditunjukkan dengan cara, antara lain – meletakkan gambar muka kita di dalam laman web, nombor telefon talian tetap, alamat tempat beroperasi, testimoni dari pelanggan, bukti pencapaian kita seperti artikel atau gambar yang pernah tersiar dalam media cetak, rakan niaga kita, persatuan yang menaungi kita dan sebagainya.
Jawapan kedua:
Samada nak guna nama sendiri atau nama syarikat untuk domain name, terpulang kepada matlamat dan strategi kita sendiri dalam perniagaan. Jika menggunakan nama sendiri, agak sukar untuk delegate job yang masuk. Contohnya, kalau nama domain ialah Ali Photography, orang biasanya akan harap, Ali sendiri yang akan datang mengambil gambar. Kalau kita guna nama syarikat seperti Canggih Photography, pelanggan akan bayangkan, syarikat itu ada sepasukan jurugambar yang sama hebat.
Jawapan ketiga:
Saya secara peribadi tidak suka laman web yang menggunakan ‘Flash’. Ada 2 sebab. Pertama sebab Search Engine tidak dapat baca data dalam laman web kita. Jadi, susah orang nak search dan laman web kita susah nak dapat penyenaraian tertinggi di dalam Search Engine. Sebab kedua, laman web yang menggunakan ‘Flash’ biasanya akan ambil masa untuk loading. Bukan semua orang ada komputer yang laju dan orang sekarang tak suka menunggu. Jadi, cadangan saya, guna saja laman web dengan asas html, tapi pastikan tetap nampak cantik.
Saya harap, jawapan saya dapat membantu. Kalau nak belajar lebih banyak mengenai internet marketing, bolehlah rujuk laman web www.irfankhairi.com
Sekiranya anda ada soalan yang ingin anda tanya, sila ke ruangan TANYA HASNUDDIN di – http://fototeacher.com/blog/?page_id=4
Hasnuddin
SOALAN
Zahirudin Suprabto
zahirdin@yahoo.com.my
JAWAPAN:
Hasnuddin
Jika anda ada soalan yang ingin ditanya kepada saya, harap jangan tulis soalan pada ruangan komen di bawah. Sila hantar soalan dengan mengikut format yang betul seperti yang telah ditetapkan. Untuk melihat cara menghantar soalan, sila klik di sini.

Sumber gambar asal – http://www.nikon.com.my
SOALAN:
1) Boleh tak kamera digital SLR guna teleconverter?
2) Apa perbezaan di antara teleconverter dari segi zoom. Berapa jauh zoom boleh pergi kalau guna 70-200mm?
3) Bagaimana dari segi perubahan aperture?
KhairulNizam Omarudin
Yon Image Photography
http://yon-kn.fotopages.com
JAWAPAN:
Sebelum saya jawab soalan, saya nak cerita sikit kat anda semua, Yon ni tinggal di Johor tapi dah 2 kali datang kursus fototeacher di KL. Saya salute semangat Yon yang kuat untuk belajar. Satu lagi… maaf Yon, saya lambat jawab soalan ni. Soalan anda ‘terhilang’ dalam ‘timbunan’ e-mel
Ok, untuk menjawab soalan anda:
P.S. – Kepada sesiapa yang masih tak faham apa yang saya terangkan mengenai teleconverter, focal length dan aperture stop, kena hadir kursus AFD… http://www.fototeacher.com/basicphotography.htm
Jika anda ada soalan yang ingin ditanya kepada saya, harap jangan tulis soalan pada ruangan komen di bawah. Sila hantar soalan dengan mengikut format yang betul seperti yang telah ditetapkan. Untuk melihat cara menghantar soalan, sila klik di sini.
Hasnuddin
Soalan dari Anas Asyura:
Bolehkah Abg. Din terangkan secara terperinci, bagaimana cara untuk memastikan kita mendapat cash flow yang baik. Harap penerangan ini boleh jadikan kami lebih bersemangat untuk jadi full time wedding photographer.
Suka saya ulangi bahawa cash flow yang baik amat penting untuk kita survive sebagai full time wedding photographer. Tak kira berapa banyak job atau berapa mahal kita charge, tapi kalau duit tu terlalu lambat sampai ke tangan kita, tak ada gunanya…
www.fototeacher.com
Soalan dari Ijam,
Saya nak mintak pendapat Abg. Din pasal persediaan yang perlu dibuat untuk jadi full time wedding photographer.
Nak buat wedding photography secara full time ni merupakan satu langkah yang besar dan memerlukan pertimbangan yang mendalam. Ini memang satu keputusan yang berat. Berikut adalah tips yang boleh saya berikan:
Hasnuddin
SOALAN:
Harap Saudara Hasnuddin dapat jelaskan apakah maksud teori ‘Rule of Third’.
- Mohd. Firdaus
JAWAPAN:
Rule of third adalah teori berkenaan komposisi gambar. Biasanya, bila rakam gambar, kita akan compose supaya subjek kita berada di bahagian tengah gambar. Cara ini tidak salah, tetapi kurang menarik kerana straight forward.
Untuk lebih kreatif, kita boleh compose gambar kita supaya subjek berada di bahagian lain selain dari bahagian tengah gambar kita. Tetapi, bagaimanakah komposisi subjek yang paling sesuai dalam sesuatu gambar? Teori rule of third ini memberikan panduan kepada kita dimana harus kita letakkan subjek kita di dalam gambar yang dirakam.

Untuk menggunakan teori rule of third, anda perlu bayangkan 2 garis menegak dan 2 garis melintang dalam viewfinder anda. Garisan-garisan ini perlu menghasilkan 9 bahagian yang sama besar. Ingat, anda perlu bayangkan sahaja garisan ini, garisan ini tidak terdapat dalam viewfinder anda. Untuk menepati teori rule of third, subjek anda perlu berada pada mana-mana titik pertemuan garisan-garisan ini. Ada 4 titik pertemuan kesemuanya. Jika anda tidak dapat letakkan subjek anda pada salah satu titik pertemuan ini, sekurang-kurangnya, subjek anda mesti berada hampir dengan titik pertemuan ini. Menurut kajian, jika subjek anda berada pada salah satu titik pertemuan garisan menegak dan melintang ini, subjek akan jadi lebih ‘outstanding’ atau menyerlah di dalam gambar.

Biasanya, tanpa menggunakan teori rule of third, jurugambar akan meletakkan subjek di bahagian tengah gambar. Cara ini tidak mengikuti panduan rule of third. Hasilnya, gambar akan nampak kurang menarik dari segi komposisi.

Apabila seseorang jurugambar ingin meletakkan subjek selain dari di bahagian tengah gambar, tetapi tidak mengikuti teori rule of third, hasil gambarnya juga akan jadi kurang menarik dari segi komposisi. Gambar dengan komposisi seperti gambar di atas ini tidak mengikuti panduan rule of third kerana subjek tidak berada di titik pertemuan garisan menegak dan garisan melintang.

Gambar di atas dirakam dengan komposisi yang betul menepati teori rule of third kerana subjek (badan burung) diletakkan pada titik pertemuan garisan tegak dan melintang. Komposisi gambar ini kelihatan lebih menarik. Nota: Selain dari rule of third, anda juga perlu pertimbangkan mengenai looking room. Looking room atau ruang pandangan adalah ruang kosong di hadapan subjek anda sekiranya subjek anda memandang ke kanan atau memandang ke kiri (Dikecualikan jika subjek memandang kamera atau membelakangkan kamera). Seperti burung helang di atas, dengan guna teknik looking room, kita membiarkan ruang kosong di hadapan burung helang. Adalah menyalahi panduan looking room jika kita letakkan burung helang pada titik atas sebelah kanan atau titik bawah sebelah kanan.

Teori rule of third hanyalah sebagai panduan untuk komposisi yang baik. Disebabkan fotografi adalah seni dan seni adalah subjektif, adakalanya, kita boleh ‘melanggar’ peraturan dengan tidak mengikuti panduan yang ditetapkan oleh rule of third. Gambar di atas tidak mengikuti teori rule of third kerana badan burung tidak berada pada titik pertemuan garisan menegak dan melintang. Namun, dengan komposisi ini, gambar juga kelihatan menarik kerana kita dapat lihat percikan air di belakang burung yang sedang terbang.
Nota: Gambar yang ditunjukkan di atas, dirakam oleh saya di Pulau Langkawi.
Harap, penerangan saya dapat membantu.
Hasnuddin
SOALAN:
“Saya selalu ditugaskan merakam gambar event oleh jabatan tempat saya bertugas. Masalah saya ialah saya sukar mendapatkan angle yang menarik untuk menggambarkan event tersebut. Harap saudara Hasnuddin boleh berikan tips untuk merakam gambar event.”
- Mohd. Firdaus
Mohd. Firdaus,
Untuk mendapatkan rakaman gambar event yang baik, terlebih dahulu, anda mesti berfikir dan melihat event tersebut dari sudut pandangan penganjur acara. Bayangkan diri anda sebagai penganjur yang telah mengeluarkan sejumlah wang dan masa bagi menjayakan event tersebut. Gambar yang bagaimanakah yang ingin anda lihat? Apa yang penting untuk dirakam pada sesuatu event ialah:

Gambar dekorasi juga penting sebagai pelengkap rakaman gambar sesuatu acara
Dari segi teknik, untuk merakam gambar event, anda perlu beri perhatian kepada perkara berikut:

Salah satu teknik untuk merakam gambar event yang baik ialah dengan meminta tetamu VIP bergambar sambil memandang kamera. Ini bagi mendapatkan gambar formal dengan ekspresi wajah yang baik.

Apabila merakam gambar secara kandid, pastikan semua wajah subjek utama anda dalam posisi dimana muka mereka boleh dilihat dengan jelas. Ekspresi wajah subjek utama dalam gambar juga mestilah dalam keadaan yang baik.
Untuk mendapatkan gambar event yang baik, anda juga perlu memahami dan menguasai kemahiran komposisi, teori rule of third, cropping, angle, looking room, head room, mood dan sebagainya. Dengan latihan dan usaha yang bersungguh-sungguh, saya yakin gambar anda akan lebih baik lagi dalam sedikit masa.
Hasnuddin
P.S. – fototeacher akan menganjurkan kursus lanjutan fotografi tidak lama lagi yang akan menekankan aspek artistik dan pelbagai teknik fotografi secara praktikal. Untuk diberitahu mengenai kursus ini sebaik dilancarkan, sila langgan newsletter dari fototeacher.com di http://www.fototeacher.com/subscribe.htm